Monday, July 27, 2015

MACAM2 AIRYL - AIDILFITRI 2015

1st Raya di kampung Mak di Ijok..

Nur Adrianna Zandra si 'Baby Chumil'..

.. nanti sambung lagi! Huhuhu..

SAMBIL MENYELAM SAMBIL MINUM AIR

Seperti kebiasaannya setiap kali balik kanmung HB di Sitiawan, Perak agenda utamanya adalah jalan2 ke Lumut, Teluk Batik, Marina Island etc..

'Nak amik gambar dengan abah.. tp nk duduk kt kaki abah!' kata Airyl. Huhuh..
Erk! ada sesuatu kat belakang tu! Hahaha..










Friday, July 10, 2015

RESEPI BISKUT GAJUS


BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan buttercup
1 biji kuning telur
½ cawan tepung kastard
½ cawan biji gajus hancur [biji gajus hendaklah dipanggang terlebih dahulu dan ditumbuk]
Biji gajus secukupnya untuk hiasan [tidak perlu dipanggang]

CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul buttercup dan gula halus hingga kembang

2. Masukkan serbuk gajus

3. Masukkan tepung kastard dan tepung gandum

4. Gaulkan hingga menjadi doh yang lembut

5. Canai dan terapkan adunan dengan acuan berbentuk buah gajus

6. Sapu kuning telur dan letakkan biji gajus dihujungnya 

7. Bakar hingga masak dan sedia untuk dihidang

Thursday, July 9, 2015

GADIS Kehilangan Telefon Bimbit.. Dipulangkan Semula oleh CRISTIANO RONALDO


Kesuraman berubah menjadi keceriaan buat seorang gadis di Amerika Syarikat.

Semuanya bermula apabila Austin Woolstenhulme kehilangan telefon bimbitnya beberapa hari lalu semasa berkunjung ke Las Vegas untuk bercuti bersama rakan-rakannya. 

Berdasarkan muat naik di Instagram Austin, kesemua mereka berada di Las Vegas bagi menyaksikan persembahan DJ popular, Zedd.


Nasib malang itu bertukar sama sekali apabila telefon bimbit gadis ini dipulangkan semula oleh orang yang menjumpainya.

Namun itu bukan berita baiknya, individu yang memulangkan telefon tersebut adalah pemain bola sepak paling terkenal di dunia iaitu Cristiano Ronaldo!


Bintang Real Madrid itu menjumpai telefon berkenaan semasa berada di Las Vegas lantas berusaha menjejaki semua pemiliknya.

Tidak terhenti setakat itu, semasa memulangkan semula telefon terbabit, Cristiano turut membelikan makan malam buat Austin serta tiga rakannya.

Kegembiraan itu dikongsi Austin dan rakannya, Kenzie Sellers menerusi profil media sosial masing-masing.


Sementara itu, para pengguna Twitter memberikan reaksi yang positif terhadap tindakan Cristiano itu. Rata-rata ramai yang menyifatkan pemain bola sepak berusia 30 tahun itu sebagai seorang yang jujur dan berhati mulia.

Monday, July 6, 2015

BALIK RAYA MANA..

  

Bagi yang sudah berumahtangga, soalan yang biasa didengar menjelangnya hari Raya ialah, 'Balik Raya mana tahun ni?!' Bagi yang suami isteri kampungnya seorang di Utara seorang di Selatan mesti susah juga kan?! Sistem bergilir2 balik kampung mana untuk beraya kenalah dipraktikkan!

As for me Alhamdulillah aku di Ijok, Kuala Selangor dan husband pula di Sitiawan, Perak.. kira 'satu' jalan, so tkde la masalah sangat! Sebelum beraya di kampung husband pasti beraya di kampung aku dulu. Huhuhu..

Namun jangan ada perasaan, 'Ini bukan kampung aku!' bila kita beraya di rumah mertua. Kalau ada perasaan macam tu memang kita akan rasa tak seronok. Dua2 pun keluarga kita juga kan?!

Bagi aku keseronokkan beraya dengan keluarga sendiri dan keluarga mertua memang ada sedikit perbezaan!

Anyway husband dah tkde Mak dan Abah. Cuma ada seorang kakak yang ada 2 orang anak dan menetap di Pekan, Pahang dan sorang adik lelaki yang baru saja berkahwin. So klu balik Perak kami akan berkumpul di rumah 'Tok' di Sitiawan. Pastu yang seronoknya kami akan 'Jalan2 Cari Pasal' ke Teluk Batik, Lumut, Marina Island, Pulau Pangkor dan sekitarnya..

Muhammad Airyl Zakwan bersama sepupunya Nur Aleesya Zahra..
Satu family je yg tkde tapi tetap nmpak kemeriahannya. Huhuhu..

.. tapi bila balik beraya di kampung aku suasananya lebih meriah. Adik beradik aku seramai 7 orang dan 6 orang yang dah berkahwin.. dengan anak dan anak2 buah yang seramai 16 orang memang kecoh satu rumah!

Makanan pun banyak.. penuh dan tak muat dua meja! Masing2 nak menu ikut tekak masing2.. dengan rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, ayam masak merah, daging masak kicap, kuah lodeh, ketupat, lemang, kuah kacang and etc. So terpaksalah makan kat lantai dengan bentang tikar je!

Bila malam pula nak tido boleh berebut2 'tempat' kadang2 tu.. sebab tak cukup bilik tidur! Maklum bilik tidur cuma 5.. so ramai yang tidur kat ruang dapur dan ruang tamu je! Aku awal2 memang dh 'booking' tempat depan TV kt ruang dapur sbb senang nk bancuh susu Airyl klu dia terjaga tengah2 malam! HB je yg tidur dalam bilik sorang2! Huhuhu..

Nak masuk bilik air pun kena tunggu giliran! Bilik air ada 3.. tapi semua nak mandi kat bilik air yg 'satu' tu je sebab bilik air tu ada 'shower' n 'water heater'. Huhuhu.. Bilik air yg satu lagi tu pula air 'kolah'nya sejuk! Itu bilik air kesukaan arwah Abah. Aku je yang suka mandi kt bilik air 'dalam' rumah. Malas nak keluar rumah kekdahnya! Hahaha..

Anyway tahun ni 1st kami sekeluarga beraya tanpa ayahanda tersayang.. Abah telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Februari 2015 yang lalu akibat Kanser Darah.. Multiple Myeloma.

Memori di pagi Syawal tahun 2014.. Abah minta HB ambilkn beberapa gambar bersama cucu2 perempuannya.. n itu lah gambar2 Abah yg terakhir..
Raya terakhir kami ke rumah Ibu Saudara Abah. Kini kedua2nya telah kembali ke Rahmatullah. AlFatihah..

Dah jadi rutin harian setiap tahun di pagi Syawal kami beramai2 akan menziarahi rumah sanak saudara.. mungkin keadaan akan berbeza pada tahun ini. Yang pasti kami akan menziarahi pusara Abah terlebih dahulu..

Takpe lah.. Allah lebih sayangkan Abah. Walaupun Abah dah tkde lagi di dunia ni tapi Abah sentiasa ada di dalam hati ini.

                  

Ya Allah! Ampuni dosa Abah, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu.. wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Aminnn..

Al-Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...