Tuesday, March 31, 2015

JOM BELI EMAS!


Dah masuk berbelas2 kedai emas.. dr Jln Klang Lama ke Jln Puchong then dr Chow Kit Road ke Jln TAR.. tp tk terjumpa satu pn design rantai tangan yg mcm ni. Klu 'online' mmg banyak la .. tp tk berani la plk! Hurmmm..

Konon nk beli emas sebelum GST.. tp esok 1 APRIL 2015 kn dh start GST. Abis camno?! Hehehe.. 

MUHAMMAD AIRYL ZAKWAN


'Mommy.. mcm mna Ayel nk kuarkn singa ni?!'
Hurmmm.. Sabor je la! Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Hahaha..
 

JALAN2 SETIAWALK MALL LAGI..


Nk beli barang dapur kt AEON Big.. singgah dlu jalan2 kt Setiawalk. Kitaorg dh bebrapa kali jln2 cuci mata kt situ.. maklum sblh umah je. Bdk Airyl tu la.. suka nooo klu dapat tengok air.

Anyway mmg susah betul nk soh bdk Airyl ni pakai kasut or sandal. Ni pn untung dia nk pakai selipar 'Penyelamat Dunia' [Avengers].. Klu ikutkn dia mmg nk pakai selipar jamban yg RM2.00 tu je.

CERITA PASAL AIRYL..

 

Happy btl budak Airyl ni.. selalu je sekolah dia buat lawatan! Masa ni dia ada lawatan ke Aquaria KLCC.. n keesokannya harinya ke KL Tower plk.. lawatan utk kali yg keempat bagi bulan MAC 2015.

Minggu sblm cuti sekolah aritu dh ke Muzuim Coklat.. n Farm in the City. Semuanya FOC! Untung la..

Friday, March 20, 2015

JAGALAH HATI.. TUNDUKKAN PANDANGAN..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. 

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Suami menjawab, "Ya, mahu."

Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng dan kosong dari rasa malu kepada Allah.. tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."

Rasulullah S.A.W bersabda:
"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "

- Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat.

Syeikh: "Jadi masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah."

"Sekarang apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"

Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."

Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU!"

 
Hargailah yang halal di sisimu. Moga dengan cara itu Allah akan sentiasa memandangmu dengan pandangan Rahmat.

Aminnn.. Inshaa Allah..

Wednesday, March 18, 2015

LAPORAN HARGA EMAS MAC 2015 dan GST

 

Harga emas hari ini sedang melesu dan berada pada paras terendah sepanjang tahun 2015, setelah mencatatkan harga tertinggi pada 17 - 18 Januari lalu [150.37/g] emas terus  menjunam ke paras 136.62/g hari ini.

Pada 1 April 2015 ini, kerajaan akan mula memperkenalkan GST dan emas tidak terkecuali turut dikenakan cukai. Maka peminat-peminat emas harap bersedia dengan poket lebih tebal untuk membeli emas, cukai yang dikenakan adalah minima.. dukacitanya ada  sesetengah pembeli malah peniaga tersilap faham bagaimana cukai GST akan dikira pada barangan kemas.

Cukai GST yang dikenakan kepada emas akan dikira 6% dari keuntungan jualan bukannya 6% dari harga emas semasa. Jadi akan timbul nanti, pembeli akan dapat mengagak keuntungan sebenar peniaga emas dari tax 6% yang dikenakan. Ada beberapa contoh cara kiraan GST untuk barang kemas.

Contoh paling senang: Cincin emas 10g berharga RM1,000.00 dibeli dari pembekal RM800.00 maka cukai GST yang akan dikenakan adalah:

  • 6% x RM200.00 = RM12.00 bukannya..
  • 6% x RM1,000.00 = RM60.00 [Salah!]

Contoh lebih kompleks: Cincin emas 10g dibeli dari pembekal RM800.00 + upah RM50.00.. penjual menjual pada harga RM1000.00 + upah RM200.00.. maka:

  • 6% x Untung [RM350.00] = RM21.00 [Betul]
  • 6% x Jumlah Harga [RM1,200.00] = RM72.00 [Salah]

Oleh kerana harga emas berubah setiap hari, penjual emas kecil-kecilan, borong, peraih [jika dikenakan GST] memerlukan sistem akaun dan POS [Point of Sale] yang lebih teratur untuk rekod transaksi kos modal dan jumlah jual untuk dikira GST bukannya seperti cara lama bergantung kepada turun naik harga emas per gram setiap hari.

Jadi kepada kita yang niaga kecil-kecilan ini ada baiknya menggunakan Microsoft Excel yang dah familiar dari software akaun yang complex seperti Quiken n etc. Boleh dapatkan sistem akaun Excel DKS yang senang di sini.

Bagaimanapun setakat hari ini, cukai GST tidak akan dikenakan kepada jongkong emas, emas mentah dan raw material emas yang lain. Cukai hanya  dikenakan kepada barang kemas dan perhiasan sahaja.

Kejatuhan matawang ringgit berbanding dollar juga memberi impak agak luas kepada harga emas pasaran tempatan kerana setiap kali tukaran matawang jatuh, kita terpaksa membayar lebih untuk mengimport emas ke dalam negara.

Ada beberapa ketika tahun ini  pasaran emas antarabangsa dalam keadaan menaik tetapi pasaran emas tempatan merundum disebabkan matawang negara merosot.. tukaran matawang MY/USD hari ini USD1/MYR3.70.

Dapatkan diskaun RM5/gram untuk emas @Pandora916,  layari www.hargaemas.my

Wednesday, March 11, 2015

JALAN2 CARI PASAL.. IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Kali kedua ke IOI City Mall Putrajaya..

Cuti2 ujung minggu. Lepas makan tengahari dlm pkul 2.00pm macam tu ajak Airyl tido. Sekali pkul 4.00pm bangun tido dia bole cakap, "Mommy, Ayel nk pegi IOI tinggi bole?!

"Ayel nk beli apa sayang?!"

"Ayel tknk beli apa.. Ayel bk tenok air je!"

"Hurmmm.. Tkpe la. Kita pegi lain kali ye! Mcm nk ujan ni!"

".. tapi Ayel nk pegi! Nk pegi!"

.. n tiba2 ujan pn turun dengan selebat2nya dalam bilik. Hahaha.. Tk smpi ati la plk tengok dia menangis. Hurmmm.. Layanzzzzz..

   
 
 
"Ayel sonok sangat naik choot choot tadi!" Hurmmm..
 
"Mommy tenok.. sama tk Ayel!"
Lebih kurang pukul 8.00pm kami pn balik. Seriously mmg tk beli apa2 pn.. layankn bdk Airyl tu je. On the way blk kami singgah makan di Laman Perdana Putrajaya utk makan malam. Chicken Grill dia cuma RM9.90. Yummy!

ZAMANI SLAM TERKINI


ZAMANI SLAM tunjuk perkembangan positif.. naik 9kg selepas proses pemulihan. 

Tahniah kami ucapkan kepada ZAMANI SLAM yang kini sedang menjalani rawatan dengan jayanya di sebuah pusat pemulihan di ibu negara malah lebih menarik lagi, penyanyi ini juga dikatakan sudah bertambah berat badannya.. bukan sekilo dua tetapi 9 kilogram. 

Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata peningkatan tersebut menunjukkan perkembangan positif terhadap tahap kesihatan penyanyi itu selepas menjalani proses pemulihan sejak akhir Januari lalu. Difahamkan Zamani akan berada lima bulan lagi berada di pusat pemulihan sebelum bersedia bertemu masyarakat.

"Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu."

"Namun ia masih di peringkat awal pemulihan kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru." ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas sebutan kes dadah penyanyi tersebut di Mahkamah Majistret Ampang, Isnin lalu.

"Tugas dan tanggungjawab saya lebih berat kerana masyarakat tidak mahu dia dihukum, sebaliknya masyarakat mahu melihat dia pulih seperti manusia normal lain. Oleh itu apa yang penting adalah melihat peningkatan kesihatan dia supaya bebas terus dari najis dadah itu." ujar peguamnya lagi.

Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa menetapkan 10 April depan bagi sebutan semula kes terhadap dua pertuduhan terhadap Zamani kerana memiliki dan mengambil dadah.
 

Zamani Slam dilihat kini tampil dengan berambut pendek dan sangat kemas ketika hadir di mahkamah Ampang telah menerima pelbagai pujian daripada orang ramai. - See more at: http://katakcomel.my/imej-terkini-zamani-slam-yang-mengejutkan/#sthash.Jc7yRhM2.dpuf
Zamani Slam dilihat kini tampil dengan berambut pendek dan sangat kemas ketika hadir di mahkamah Ampang telah menerima pelbagai pujian daripada orang ramai. - See more at: http://katakcomel.my/imej-terkini-zamani-slam-yang-mengejutkan/#sthash.Jc7yRhM2.dpuf
Zamani tampil dengan  berambut pendek dan kemas ketika hadir di Mahkamah Majistret Ampang..

Tuesday, March 10, 2015

BIARKANLAH AYAHMU BEREHAT..


Ada seorang adik bertanyakan soalan kepadaku, "Selepas pemergian arwah ayah baru-baru ini saya terasa down.. hilang semangat. Ajarkan saya erti redha, boleh?!"

Soalan yang sukar dijawab.
Wahai adik, anggap saja ayahmu bukan pergi meninggalkanmu. Sekadar berehat dari dunia yang memenatkan ini.

Hidup ini meletihkan, dik.
Ayahmu itu telah melalui pahit maung.. suka duka sebelum bersemadi. Untuk membesarkan dirimu saja tanpa kamu sedari bukan saja air keringat mengalir tetapi air mata jua telah pun menitis. Ayahmu telah berdepan dengan dunia yang penuh dengan ketidakadilan, penindasan, penipuan dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai benteng untuk melindungi anak-anaknya. Biar saja dirinya derita asal anak gembira dan bahagia. Cukup makan dan pakai. Ke sekolah dan universiti selesa berjaya.

Kedutan dan kulit yang kelihatan 'burn' lagi kusam di wajah dan badan ayahmu.. bukti letihnya berfikir, penatnya guna kudrat tulang empat kerat. Di ladang atau di ofis.. tiada beza tetaplah berpenat. 

Biarlah ayahmu damai di sana.
Dengan apa dan bagaimana?!
Dengan dirimu menjadi lebih baik dari semalam. Baiki jati diri.. teguhkan hati.. kuatkan iman.. tambahkan ilmu agama dalam diri. Soleh dan solehahmu itu bantu mendamaikan orang tuamu di bawah sana.

Andai sebaliknya.. yang damai menjadi ribut.. yang luas menjadi sempit.. yang sejuk menjadi panas meruap. Sudahlah menangis di dunia, di alam barzakh menangis lagi. Berapa banyak lagi air matanya yang perlu tumpah untuk dirimu?!

Hidup ini tidak lama. Esok.. lusa. Berjumpa.. bersua jua di akhirat sana. Hari ini mungkin umurmu belasan tahun. Pejam celik saja.. tua datang mengganti muda. Akhirnya kamu jua diusung sama ke perhentian sementara.

Usah bersedih dengan yang pergi. Kerana kita jua akan pergi. Sayang mencecah awan pun kamu cuma mampu simpannya dalam hati dan memori. Tidak mampu menghalangnya dari mati. Malah kamu sendiri.. andai disayangi orang sehabis sayang sekalipun kamu jua akan pergi.

Kerana ayah bukan milik kamu. Kamu jua bukan milik ayah. Kita semua milik Allah. Mujur saja Allah berikan cebisan rahmat-Nya untuk merasa erti kasih sayang di dunia. 

Erti kasih sayang yang Allah berikan bukan untuk saja-saja.. tetapi untuk kamu akhirnya mengerti yang lebih kamu patut sayangi adalah Allah jua.

Akhir kalam dariku wahai adik, ingatlah Surah Al-Insyiqaq ayat 6:
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ

Ertinya: Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah [menjalankan keadaan hidupmu] dengan sedaya upayamu hinggalah [semasa engkau] kembali kepada Tuhanmu.. kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu [tercatit semuanya].

Rasulullah s.a.w. jua ada berdoa: "Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan.. "

Senyumlah wahai adik..
Biarkanlah ayahmu berehat..

.. 40 hari pemergian Abah. Sepantas itu waktu berlalu!
Ya Allah! Ampuni dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu.. wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Aminnn..
Al-Fatihah.

NUSYUZ YANG TERPAKSA


Semakin hari semakin banyak dikongsikan kes-kes nusyuz yang tragis oleh para isteri dan suami. Ada yang boleh dikatagorikan sebagai nusyuz yang nyata. Ada pula yang boleh dikatakan nusyuz yang terpaksa.

Hakikatnya nusyuz hari ini sudah tidak lagi diambil berat baik oleh pihak isteri mahupun suami. Kali ini kami ingin kongsikan fenomena isteri yang nusyuz kerana terpaksa akibat dari kepimpinan suami yang lemah.

Hari ini ramainya pasangan yang telah berzina sebelum berkahwin tidak dapat dibayangkan. Begitu banyak penzinaan dilakukan oleh pasangan yang sedang bertunang atau bercinta secara suka sama suka. Bagi pasangan ini ia sering dipujuk dan dirayu oleh bakal suami walaupun calon isteri atau kekasih mereka benar-benar menolak.

Lebih menyedihkan lagi fenomena amalan zina yang telah dilakukan oleh pasangan yang berkahwin bersama pasangan lain sebagai amalan hidup sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga. Ini menunjukkan bahawa banyak sekali pasangan suami isteri atau ibubapa sekarang adalah dari golongan penzina. Ini menggambarkan tahap keimanan dan ketaatan kepada Allah amat tipis sekali. Tidak peliklah jika anak-anak remaja sekarang mengamalkannya dengan lebih meluas lagi.

Apabila telah berkahwin, mempunyai anak dan rumahtangga mulai goyah, maka masing-masing mula menuding jari mencari salah pasangan. Sang suami sering menimbulkan masalah isteri yang nusyuz. Isteri pula mula nampak kelemahan suami. 

Apabila diteliti latarbelakang masalah masing-masing, kami dapati majoriti daripadanya berpunca dari kegagalan fungsi suami sebagai LELAKI menurut spesifikasi rukun nikah. Tanggungjawab diabaikan. Keperluan mencari nafkah turut ditanggung oleh isteri. Segala keputusan urusan rumahtangga dan hal ehwal anak-anak terpaksa dibuat oleh isteri kesemuanya. Suami ibarat tiada kuasa dan suara sama sekali.

Adakalanya suami sendiri tidak berpendapatan atau terlalu sedikit pendapatannya. Isteri terpaksa tersungkur-sungkur memenuhi keperluan nafkah keluarga. Pada masa yang sama isteri terpaksa bertungkus lumus mengurus anak dan rumahtangga. Akhirnya berlaku juga nusyuz di sini sana samada suka mahupun terpaksa.

Bayangkan seorang wanita muallaf yang berkahwin dengan lelaki Muslim telah ditiduri lebih 2 tahun sebelum dinikahi. Aktiviti sosial, pergaulan bebas, minuman keras dan bertukar pasangan zina menjadi amalan biasa. Asas agama tidak diajarkan.

Sebelum akad nikah baru isterinya di'Islamkan'. Kemudian setelah berkahwin si suami mahu isteri muallafnya mematuhi arahan tuhan, menutup aurat, menjauhi pergaulan bebas, zina dan sebagainya. Boleh kita bayangkan betapa sukar sang isteri untuk mematuhinya?

Sebenarnya.. bagi isteri yang memang dari awal sangat mematuhi hukum hakam agama, gejala suami yang nusyuz begini memang wajar diingkari. Mematuhi suami yang mengingkari perintah tuhannya sehingga gagal memimpin keluarga dengan sempurna menuju syurga akan menjadikan isteri menjadi tertekan dan hidup sengsara. Lebih malang lagi jika suaminya bukan sahaja kaki judi, kaki mabuk, kaki betina dan suka makan wang isteri, malah sering memukul dan menghinanya pula.

Tidak peliklah ramai isteri yang memilih untuk hidup sendiri sebagai janda apabila mengalami situasi begini. Lebih tertekan apabila isteri begini sering dinasihati untuk mematuhi suami yang nusyuz pula. Allah sendiri melarang kita mengambil kafir sebagai wali atau pemimpin. Perintah ibubapa sekalipun tidak wajar kita patuhi jika ia menyalahi perintah Allah dan rasul.

Contoh isteri terbaik tetapi nusyuz yang terlakar dalam alquran ialah isteri Firaun. Dia tidak diizinkan ‘meniduri’ isterinya sepanjang perkahwinan yang hanya seperti kahwin kontrak sahaja. Tidak mungkin isteri sebaik ini akan selamat jika mematuhi suaminya yang kufur terhadap perintah tuhannya.

QS: 11. Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Firdaus dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.
QS: 66. At Tahrim 10. Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya, maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari [siksa] Allah; dan dikatakan: "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk [jahannam]."

Pengalaman kami membuktikan kerukunan rumah tangga seperti ini amat sukar dipulihkan jika kedua-dua belah pihak tidak sama-sama berusaha mencari orang ketiga yang boleh dijadikan pembimbing rumahtangga mereka secara telus dan berilmu. Mereka harus bertaubat dan kembali beriman serta mematuhi seluruh Rububiyah Allah bersama-sama.
الزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.
ANNUR ayat 3.

Benarlah ketetapan Allah bahawa lelaki penzina dengan wanita penzina, dan lelaki mukmin dengan wanita mukmin. Biar sebesar mana sekalipun dosa yang telah kita lakukan janganlah bertangguh lagi. 

QS: 2. Al Baqarah 221. Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. 

Suami harus segera mengajak isteri mempelajari ilmu agama dan fahami semula asas munakahat untuk sama-sama mematuhinya. InsyaAllah kebahagiaan rumahtangga bakal kita nikmati semula. Jika tidak.. kekufuran itu akan menular pula kepada anak-anak untuk menambah sengsara di dunia dan akhirat.

NUSYUZ YANG SEBENAR
QS: 4.  An Nisaa' 34. “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah MELEBIHKAN sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan karena mereka TELAH MENAFKAHKAN sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara. Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka NASIHATILAH mereka dan pisahkanlah mereka di TEMPAT TIDUR mereka dan PUKULLAH mereka. Kemudian jika mereka MENTAATIMU, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Jika suami sudah benar-benar soleh dan memenuhi tanggung jawab sebagai suami di sisi Allah, namun isteri pula enggan mematuhinya walaupun telah dicuba sedaya upaya, barulah layak si isteri digelar nusyuz. Itulah contoh isteri terburuk yang Allah gambarkan melalui isteri nabi Nuh dan Luth a.s.

Namun sebelum itu patuhi dahulu semua langkah yang Allah lakarkan dalam ayat di atas. Suami harus mampu melebihi isteri dari segi nafkah, penguasaan ilmu munakahat dan keibu-bapaan sehingga mampu menasihati isteri ke arah ketakwaan. Perhatikan juga tahap penghukuman selepas proses nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran [QS:103], juga HUKUMAN MASA, memulaukan isteri melalui pemisahan tempat tidur sebelum akhirnya barulah dibenarkan ‘memukul’ isteri. 

Akhir sekali ingin kami kongsikan tabiat memukul isteri yang disalah ertikan secara muhkamat sedangkan ia lebih kepada satu analogi mutasyabihat. Ia ibarat Musa a.s. memukul tongkat [petunjuk] ke lautan [ke kepala lautan manusia].

Kerana kurang kefahaman itu lalu ada suami yang ‘membalun’ isteri semahunya mengikut nafsu. Itu bukan ajaran Islam dan amalan itu boleh mencemarkan nama Islam dan Allah.

Sebenarnya ramai juga isteri yang nusyuz kerana jahil atau samar-samar. Jadi, nasihat berupa leteran yang biasa tidak mampu menampakkan di mana nusyuznya. Isteri boleh ‘terpukul’ semasa proses mendidik dan menasihatinya dengan membacakan ayat-ayat Allah yang menunjukkan fakta perlakuan nusyuznya dengan tepat. Itulah tongkat atau analogi petunjuk yang dipukulkan ke kepala batunya. Isteri juga seharusnya terpukul ketika suami menjalankan hukuman masa melalui pemisahan tempat tidur itu.

Sumber: http://www.facebook.com/wargaprihatin

Friday, March 6, 2015

SENYUM ITU SUNNAH.. SENYUM ITU SEDEKAH

senyum itu SUNNAH,
senyuman mu juga SEDEKAH,
anda tersenyum ia merupakan IBADAH,
senyumlah, semoga hidupmu mendapat BERKAH... - See more at: http://secerah-nurrahman.blogspot.com/2012/02/senyum-itu-sedekah.html#sthash.KstwC6yq.dpuf

Senyum itu Sunnah..
Senyum itu Sedekah..
Senyum itu juga merupakan Ibadah..
Senyumlah! Semoga hidup anda berkah..

Diriwayatkan..
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah namun kami tidak memiliki apa pun lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?!"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah.. beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah.. dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." [HR Tirmizi dan Abu Dzar].

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah, "Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." [HR Trimidzi, Ibnu Hibban dan Baihaqi].

Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW, "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." [HR Tirmidzi].

Meskipun ringan.. senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.

Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu." [HR Muslim].

.. tapi bagaimana cara kita senyum apabila kita beselisih dengan kawan atau kenalan kita?!

Ikhlas atau E-Class?!

Jawapan ada pada diri kita sendiri!

senyum itu SUNNAH,
senyuman mu juga SEDEKAH,
anda tersenyum ia merupakan IBADAH,
senyumlah, semoga hidupmu mendapat BERKAH... - See more at: http://secerah-nurrahman.blogspot.com/2012/02/senyum-itu-sedekah.html#sthash.KstwC6yq.dpuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...