Tuesday, December 16, 2014

JALAN2 IOI CITY MALL PUTRAJAYA

"Mommy, chumel tk Ayel?!"
 
Ntah apa la yg direnungkan tu?! Hurmmm..
 

Niat di hati tujuan utamanya nk cari bateri Samsung S5 je. Susah btl rasanya bila HP tk 'function'..

Masuk kereta HB start enjin n tanya, 'Nk g mna ni?!' Hehehe.. Fikir2 tempat yg ada jual bateri HP.. ada jual susu n pampers Airyl.. tu yg terus redah smpi ke sini! Sbb kt sni ada Tesco..

Smpi pkul 11.30am.. orang punya la ramai! Maklum baru bukak agaknya.. orang pn excited nk datang! Baru jalan kejap Airyl dh rimas n ajak kuar. So duduk la lepak kt tepi 'kolam'..

Masuk blk semula pkul 3.00pm nk makan kt Kenny Rogers pn beratur panjang berjela! Sabor je la..

Anyway dapat jugak akhirnya bateri Samsung S5 yg dicari2 tu.. rege RM85.00. Klu nk yg mahal lagi pun ada RM135.00.. tp tu je la yg termampooo..

PERATURAN LESEN MEMANCING MULAI TAHUN 2015


PERATURAN BARU PEMANCING WAJIB ADA LESEN MEMANCING MULAI TAHUN 2015

Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia, peraturan baharu pelaksanaan lesen memancing dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2015. Difahamkan, tujuan utama lesen memancing dilaksanakan adalah untuk mengawal populasi ikan serta mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pengeboman ikan. 

Pada masa yang sama, individu yang tidak memiliki lesen memancing boleh dikenakan denda RM500.00 bagi kesalahan pertama, kedua dan ketiga manakala boleh dibawa ke Makhamah jika melakukan kesalahan buat kali keempat. Menurut Jabatan Perikanan lagi, kajian ini telah dilakukan selama 12 tahun dan dijangka akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat kelulusan dari Lembaga Perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.

OBJEKTIF UTAMA PERATURAN LESEN MEMANCING MULAI TAHUN 2015 

Perlesenan sukan memancing adalah salah satu usaha untuk membangunkan sumber perikanan dan menaik taraf sukan rekreasi memancing di lautan. Selain mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang, perlesenan memancing ini juga dapat memastikan populasi sesetengah spesis ikan dapat dikawal.

HARGA LESEN MEMANCING MULAI TAHUN 2015

Yuran yang dicadangkan dalam perlaksanaan perlesenan ini ialah RM10.00 per tahun seorang dan setiap pemancing akan dibekalkan satu buku log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan tangkapan ikan di lautan. 

PEKELILING CADANGAN LESEN MEMANCING OLEH JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

Difahamkan peraturan lesen memancing oleh Jabatan Perikanan telah diwartakan sejak 27 November 2014 dan dijangka akan dibentangkan pada tahun 2015 untuk mendapat kelulusan sebelum ianya dikuatkuasakan di seluruh negara. Taklimat mengenai peraturan baru pelesenan memancing 2015 juga telah dimaklumkan kepada persatuan pemancing di setiap negeri.


Wednesday, December 10, 2014

NOOR HAFIZAH MOHD IDRUS PILOT AIR ASIA WANITA

Siapa sangka Noor Hafizah merupakan individu yang mengemudi pesawat Airbus A330 dgn 375 penumpang..

Noor Hafizah Mohd Idrus, 28, berminat untuk menjadi juruterbang sedari kecil. Bagaimabapun, impian itu pada awalnya mendapat tentangan daripada kedua ibu bapanya. Sebaliknya mereka mahu melihat Noor Hafizah berjaya dalam bidang perubatan dan bergelar seorang doktor.

Untuk tidak menghampakan impian orang tua, dia meneruskan pengajian di dalam bidang sains, peringkat matrikulasi di Londang, Melaka walaupun terpaksa melupakan impian untuk terbang tinggi di awan biru. Disebabkan markah yang tidak begitu melayakkannya untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, akhirnya anak kedua daripada enam beradik itu meneruskan pengajian dalam bidang multimedia peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM].

Begitupun setelah mengharunginya selama satu setengah tahun, pengajiannya ‘terbengkalai’ begitu sahaja tanpa sempat ditamatkan. Semuanya gara-gara iklan AirAsia yang disiarkan untuk pengambilan kadet juruterbang syarikat tersebut.

Lantas tanpa berfikir panjang Noor Hafizah atau lebih mesra disapa Fizah telah memohon tanpa pengetahuan keluarga.

MULA BERKHIDMAT DI AIR ASIA

Mula berkhidmat di Air Asia pada 2006 dan kini diletakkan di bawah Air Asia X sejak Oktober 2010, Noor Hafizah sudah boleh berlapang dada kerana dengan izin Allah dia kini bergelar Senior First Officer iaitu satu tahap lagi untuk meraih gelaran kapten.

Semakin tinggi terbang semakin luas pemandangannya melihat alam ciptaan Allah. Tidak hairanlah kecintaannya terhadap pencipta semakin utuh. Kerjayanya yang bertanggungjawab terhadap banyak nyawa menjadikan dirinya tidak pernah leka lebih lebih lagi untuk memenuhi kewajipan pada Yang Maha Esa. Pesanan ibu bapanya supaya tidak meningalkan solat sebaik melangkah ke dunia yang diimpikannya ini juga sentiasa diingati.

Bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah ini tidak menafikan dia mengalami kesukaran untuk menunaikan rukun islam yang pertama ketika awal pembabitannya dalam dunia penerbangan. Dia mengalami masalah ketika ingin berwudhuk sewaktu bertugas dalam penerbangan, Bagaimanapun, masalah itu tidak dibiarkan begitu saja.

"Saya berjumpa dengan seorang ustaz. Dia memberikan saya panduan berwudhuk ketika berada di dalam kapal terbang. Saya diberitahu oleh ustaz tersebut bahawa kita masih boleh membasuh bahagian kaki tanpa perlu membuka kasut. Ini memudahkan petugas petugas kapal terbang yang sememangnya mempunyai masa yang terhad." ujar anak gadis ini menyusun bicara.


SOLAT BUKAN SATU BEBANAN

Noor Hafizah, antara 17 juruterbang wanita di syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia ini mengakui tidak pernah menggangap solat sebagai satu bebanan. Baginya solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan itu atas kehendak kita sendiri untuk melakukannya atau tidak.

"Ada ruang untuk bersolat di dalam kapal terbang. Tambahan pula setiap penerbangan mempunyai dua juruterbang. Kita boleh bergilir gilir mengerjakan solat, makan dan memasuki tandas." ujarnya yang segak berpakaian uniform.

Dia juga tidak mengalami kesukaran dalam menentukan arah kiblat. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat. Berbekalkan ilmu agama yang dimilikinya, semua itu dapat di atasi dengan mudah.

"Menentukan arah kiblat tidak menjadi masalah kerana kompas disediakan. Kita juga boleh menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam. Lagipun, di dalam kenderaan yang bergerak mana-mana arah kiblat dibolehkan." akui Noor Hafizah. Tiada alasan bagi mereka untuk meninggalkan solat walaupun berada di awan biru. Penumpang pula boleh solat di tempat duduk sahaja. Ternyata Islam bukan agama yang menyukarkan.

SAAT-SAAT CEMAS

Bagi juruterbang, cuaca dan angin merupakan faktor penting yang diambil kira dalam perjalanan ke destinasi. Apabila mengharungi hujan lebat dan angin kuat, ia menjadi saat paling mencemaskan bagi kebanyakan juruterbang.

"Pada masa itu, hujan turun dengan lebat di Kuala Lumpur. Langit lansung tidak nampak. Kapal terbang tidak boleh mendarat ketika itu. Namun ketika belajar dahulu, kami diajar untuk tidak mempertaruhkan nyawa penumpang. Setiap kali sebelum membawa penumpang terbang, seperti memandu kenderaan lain juga, saya membaca selawat serta doa minta dipermudahkan perjalanan." Noor Hafizah berkongsi amalannya, pada masa yang sama dia mengakui pengalamannya tidaklah seteruk pengalaman sesetengah juruterbang yang lain.

Saat saat cemas tidak menghalang Noor Hafizah meneruskan kerjaya ini. Minat dan keseronokan "terbang" mengatasi segala galanya.


Jika bersemuka dengan Noor Hafizah Mohd Idrus, pastinya tidak percayai dia merupakan individu yang mengemudi pesawat Airbus A330 dengan 375 penumpang kerana susuk badannya yang kecil.

BIODATA NOOR HAFIZAH MOHD IDRUS PILOT AIR ASIA WANITA

Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus
Nama Samaran: Fizzy Idrus
Umur: 30 Tahun [2014]
Asal: Taiping, Perak
Alamat Terkini: Cheras, Kuala Lumpur
Pendidikan: Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM
Bidang: Ijazah Multimedia
Bermula Kareer Juruterbang: Berhenti belajar di UKM dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...