Friday, October 31, 2014

PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR! Negara Arab Menjadi Padang Rumput dan Sungai..

Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia..

 

"Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai!" - Sahih Muslim
Terletak di Al Ain.. sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada Emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema yang terbesar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak. 

Ini antara petanda Hari Kiamat yg sudah semakin hampir dengan kita. Semoga kita semua tidak lagi lalai dan leka dengan hal duniawi sahaja.

Sumber Sportmusang.Com

Thursday, October 30, 2014

PENIAGA ONLINE PERLU PAPAR NAMA dan NOMBOR SYARIKAT


Suruhanjaya Syarikat Malaysia [SSM] nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Melalui sebuah notis yang dipaparkan Ecommercemilo.Com pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.

Sebenarnya, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.

Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.00.

Sekiranya anda sudah mempunyai syarikat yang berdaftar tetapi tidak tahu dimana sepatutnya nama dan nombor syarikat anda diletak, berikut adalah cara yang betul [mengikut SSM] untuk meletakkan maklumat tersebut di Facebook Page anda. Anda hanya perlu meletakkan maklumat-maklumat tersebut di dalam ruangan "About" seperti di dalam gambar dibawah.


Sekiranya anda belum mendaftar, dinasihatkan supaya mendaftar dengan segera kerana harganya hanya RM60.00 untuk satu tahun bagi perniagaan kecil-kecilan..

Untuk keterangan lanjut sila layari Peraturan Peniaga Online

Wednesday, October 29, 2014

SYARAT KELAYAKAN SKIM SUBSIDI PETROL


Skim Subsidi Petrol yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini bakal dilaksanakan mengikut 3 peringkat berdasarkan kepada pendapatan rakyat dan bakal dilaksana pada JUN 2015
 
  • Individu yang berpendapatan kurang dari RM5,000.00 layak menerima subsidi penuh.
  • Individu yang berpendapatan antara RM5,000.00 hingga RM10,000.00 hanya menikmati sebahagian dari subsidi.
  • Individu yang berpendapatan lebih dari RM10,000.00 tidak layak untuk menikmati subsidi petrol.
 
Subsidi ini akan dilaksanakan bermula pada JUN 2015 dan hanya melibatkan RON95 dan diesel sahaja. Harga minyak RON97 pula akan bergantung kepada harga pasaran semasa. 
 
Sumber: Siakapkeli.com
 

Friday, October 24, 2014

Roti GARDENIA and ME!

Ada plk yg menyibuk nk 'enterframe'. Sabor je la! Hehehe..

Makanan WAJIB ada kat rumah.. Roti Gardenia. Hehehe..
.. dan pastinya dengan 'perencah' sampingannya.. Marjerin Planta, Peanut Butter, Kaya, Nutella, Jem Strawberri.. 

PISANG GORENG CHOCOLATE CHEESE..

Pisang Goreng Chocolate Cheese ni.. klu kt Shah Alam harganya RM8.00 sekotak!

Pisang Goreng yang dahulunya dimakan panas2 sedap dicicah dengan sambal kicap kini telah di 'TRANSFORMASI'kan menjadi Pisang Goreng yang unik dan sedap.  Pisang Goreng Cheese cukup popular sekitar pertengahan tahun ini. Ianya sangat mendapat permintaan ramai hingga ada yang merebut peluang untuk menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan.

Pisang Goreng Cheese di katakan 'dessert' yang cukup popular di negara jiran Indonesia. Ianya di jual di jalanan dan sangat digemari warga setempat mahupun para pelancong. Ada juga yang menyatakan resepi ini berasal dari Sabah. Namun tak kiralah dari mana asal usulnya.. kini ia telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia pula.

Terdapat beberapa perasa tambahan.. antaranya adalah Pisang Goreng Chocolate Cheese, Pisang Goreng Strawberry Cheese, Pisang Goreng Blueberry Cheese, Pisang Goreng Oreo Cheese.. n macam2 lagi!
Rasanya OK la.. tp tekak aku mmg 'Cannot Go!' Makan seketul pn dh muak. Maklum tekak Melayu! Hehehe.. 

Monday, October 13, 2014

AIRYL dan ECZEMA..

Terkenang semasa dulu.. 

Sedih bila tengok kulit anak Mommy yang gebusss itu terkena penyakit kulit yang biasa dialami oleh kanak-kanak atau bayi. Mulanya kat pipi je.. ingatkan ruam susu. Rupanya lama kelamaan merebak ke seluruh muka dan badan..
 

Apa itu ECZEMA?! 

ECZEMA dalam bahasa Greek bermaksud ‘to boil over’ iaitu radang atau membakar. Kadangkala ia dinamakan sebagai 'dermatitis'. Ia adalah penyakit kulit dengan manifestasi gatal, kulit menjadi kering kemerah-merahan dan kadangkala membengkak serta berair.

Biasanya eczema menyerang kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun. Antara eczema yang sering menyerang ialah 'Atopic Dermatitis'.

'Atopic Dermatitis' adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom 'oversensitivity.'

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit. 

GEJALA-GEJALA ECZEMA

ACUTE ECZEMA
- Erythema: Kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
- Papules: Pembentukan tompok-tompok merah

ECZEMA KRONIK
- Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
- Kulit menebal kasar dan berkedut. 

PUNCA ECZEMA

Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman [Fizikal]
- Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
- Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
- Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor-faktor Luaran [Persekitaran]
- Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.

- Alahan [Allergens]: Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah [house dust mites].

APAKAH RAWATAN UNTUK ECZEMA?! 

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.  

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

ADAKAH PENGGUNAAN STEROID MEMBAHAYAKAN ANAK SAYA?! 

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan menyebabkan mereka enggan menggunakannya terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emolien yang banyak tak menjadi masalah.

APAKAH RAWATAN LAIN YANG ADA?! 

Pil 'antihistamin' kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

RAWATAN ALTERNATIF APA LAGIKAH YANG SAYA BOLEH CUBA?!

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.
 

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

APA YANG AKAN BERLAKU JIKA ECZEMA ITU DIJANGKITI?! 

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
 
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

BOLEHKAN SAYA BERBUAT SESUATU UNTUK MENGELAKKAN ANAK SAYA DARIPADA MENDAPAT ECZEMA DARI MULANYA?! 

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
 
Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu [atau formula susu lembu] daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik [samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt] semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema tetapi kajian lanjut diperlukan.

Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai..

Thursday, October 2, 2014

JAWAPAN TERBAIK KENAPA SAYA MASIH MEMILIH HOSPITAL dan KLINIK KERAJAAN!


Ini adalah cerita hasil nukilan seorang bekas peguam, Puan Nisah Haji Haron. Kenapa beliau masih memilih perkhidmatan kesihatan kerajaan padahal beliau mampu untuk membiayai kos perubatan beliau di fasiliti swasta. Ini jawapan beliau:

Nisah Haji Haron

Setelah melalui 5 kali proses kehamilan, saya menggunakan khidmat klinik kerajaan dan saya bersalin setiap kali di Hospital Besar Seremban [kini Hospital Tuanku Jaafar Seremban]. Hanya sekali dua pada peringkat awal kehamilan, saya buat imbasan untuk menentukan bahawa saya hamil di klinik swasta.

Pada awal tahun 2000, ketika hamil anak pertama saya pergi juga ke klinik swasta. Sekali lawatan tidak kurang RM30.00. Kalau buat imbasan, tambah lagi dalam RM40.00 – RM50.00. Ini kadar di Seremban. Persoalannya, bukan saya tidak mampu. Namun, di klinik kerajaan saya boleh mendapatkan khidmat nasihat yang sama dan dibuat imbasan juga [jika temu janji itu dengan doktor] tanpa dikenakan bayaran satu sen pun!

Apabila bersalin di Hospital Besar Seremban pada tahun 2000, saya duduk di hospital selama 3 hari 2 malam. Oleh sebab bersalin normal [SVD], kos untuk tinggal di hospital tidak sampai RM50.00 sepanjang tempoh tersebut. Saya memilih untuk tinggal di wad kelas 3 pada ketika itu.

Saya masih lagi mendapat soalan, "Mengapa tidak ke hospital swasta?!" ataupun "Mengapa tidak duduk di wad kelas satu?!"

Jika saya lahirkan anak saya di hospital swasta [kelahiran SVD], pada ketika itu kosnya mencecah RM2,000.00 [kadar di Seremban]. Saya dapat suasana hospital yang mungkin lebih aman kerana diberikan bilik seorang satu ataupun berdua, bertiga. Selebihnya, tidak banyak beza pun dengan apa yang saya lalui di bilik bersalin. Jika harus melalui C-Section, kosnya pastilah meningkat berkali-kali ganda.

Ada juga yang tanya, "Selesakah bersalin di hospital kerajaan?! Tak bersesak-sesak?! Kena tengking-tengking dengan misi?!"

Bagaimana harus saya jawab persoalan ini? Saya akan ke mana-mana tempat yang baharu dengan ‘cawan yang kosong’. Saya tahu saya ke klinik kerajaan yang menawarkan kos perubatan percuma kepada ibu-ibu mengandung. Saya belum pernah diminta satu sen pun daripada pihak klinik walaupun mereka memberi saya ubat dan vitamin. Jadi, tentulah saya tidak diharapkan saya dilayan seperti tuan puteri yang baru turun dari langit. Tentulah tidak ada hamparan permaidani merah khusus untuk saya!

Ramai orang?! YA, ramai! Jadi kenalah bijak memilih waktu. Kalau mahu pergi sebelah pagi, datanglah awal-awal. Sebelum jam 7.30 pagi setidak-tidaknya sudah pergi ambil nombor. Jika tidak, pilih untuk datang pada waktu petang. Orang sudah mula reda. Saya akan sediakan bahan bacaan ataupun buku nota untuk mencatat. Pada saya inilah peluang untuk saya bersendirian dan mempunyai masa khusus untuk membaca sambil menunggu giliran.

Misi marah-marah?! Siapa yang tak marah kalau tidak ikut peraturan dan arahan yang telah ditetapkan. Mereka sentiasa cuba untuk menceriakan wajah pada setiap pelanggan.. tetapi kita juga harus faham bahawa mereka juga manusia yang setiap hari menghadapi rutin kerja sejak awal pagi sehingga lewat petang. Itu belum lagi dicampur dengan karenah pelanggan yang berfikir dia seorang sahaja yang betul.

Selama hampir 10 tahun mengulang ke klinik kerajaan dan hospital kerajaan, saya dapat melihat perkembangan yang positif dalam usaha mereka memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Menunggu giliran kini, tidaklah terlalu lama seperti awal-awal dahulu.

Untuk kelahiran anak-anak yang lain saya hanya tinggal sehari di hospital. Ada yang tidak sampai 24 jam pun kerana anak lahir sebelum subuh dan sudah boleh keluar hospital selepas waktu zuhur. Oleh itu kos setiap kali bersalin tidak sampai RM30.00.

Selesa?! Tidak ada apa yang harus saya rungutkan. Saya dapat kelan-kenalan baru di katil-katil bersebelahan. Berjumpa dengan golongan 'marhaen'. Ada banyak kisah yang dapat dikongsi dalam pertemuan sesingkat itu. Kalau kita menjadi ibu buat kali pertama, akan ada ibu-ibu yang lebih berpengalaman yang akan sukarela membantu.

Setelah pulang ke rumah, misi atau jururawat di klinik kerajaan tadi akan datang ke rumah tanpa perlu diundang. Mereka akan datang melihat keadaan bayi dan keadaan ibu. Sebab itulah, anak saya yang sebelum ini segera dikejarkan ke hospital kerana dikesan mendapat jaundice. Jururawat akan datang setiap hari selama hampir seminggu untuk memastikan bayi benar-benar sihat.

Berapakah kos untuk perkhidmatan ini?! PERCUMA!

Jadi perlukah saya merungut?!
Saya fikir kalau ke hospital swasta atau klinik swasta, selangkah sahaja perjalanan untuk bertemu doktor, maka bertaburlah duit di sepanjang jalan..

Terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Ampangan dan juga pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...