Wednesday, April 30, 2014

PUNCA-PUNCA KENAPA KITA MENJADI PELUPA

Ramai antara kita yang muda muda lagi sudah lupa perkara perkara yang penting mahupun yang kurang penting, tetapi apakah punca sebenarnya kita menjadi seorang yang pelupa?! 


PUNCA-PUNCA KENAPA KITA MENJADI PELUPA 

1. Rehat Yang Kurang 
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.

Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.

2. Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan.

Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun.

Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

3. Umur Lebih Dari 65 Tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang [alzheimer]. Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

4. Depression [Kemurungan]
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.

5. Mangambil Pil Tidur dan Pil Alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.

6. Kadar Gula Dalam Darah Tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.

7. Penurunan Metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.

NILAI SEBUAH GAMBAR - RM20,000.00


Nilai di Sebalik Sebuah Gambar..

KOTA BHARU - Hanya kerana sekeping gambar, namanya kini sebaris juru foto antarabangsa lain selepas dinobatkan sebagai pemenang ketiga Anugerah Fotografi Antarabangsa Hamdan [HIPA], Dubai baru-baru ini.

Muhamad Saleh Dollah, 40, tidak pernah menyangka percubaan pertamanya menghantar gambar untuk menyertai pertandingan itu tahun lalu berhasil apabila idea dan kreativiti yang diaplikasikan berjaya menyaingi peserta dari seluruh pelosok dunia.

"Mungkin ini rezeki saya, tidak ada persiapan dilakukan hanya hantar gambar sedia ada yang diambil dua tahun lalu dengan ambil kira tema ditetapkan iaitu ‘mencipta masa depan.’ Malah, proses penghantaran gambar dibuat melalui laman web anugerah itu juga dilakukan saat akhir, kira-kira enam jam sebelum penyertaan ditutup.” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhamad Saleh yang lebih dikenali sebagai Abe Less Classictouch Full berkata, beliau merupakan peserta pertama dari Malaysia yang menyertai anugerah itu sejak diperkenalkan pada 2011.

Mempertaruhkan gambar warga emas sedang mencari cucunya yang hilang di Pantai Mek Mas, Pantai Cinta Berahi, Kelantan dengan bertemankan pelita, Muhamad Saleh tidak menyangka ia mampu menarik perhatian juri sehingga melayakkan beliau menangi sebuah trofi dan wang tunai USD6,000.00 [RM20,000.00].

JALAN2 CARI MAKAN..

Untung la 'meow' tu pegi mana2 tuannya bawak..

Balik dari Ampang Superbowl Kajang sempat kami 'Jalan2 Cari Makan' kt Sungai Ramal Food Junction, Kajang. Macam2 ada kt situ.. Sate Willy, Mee Udang Kuala Sepetang, Burger Bakar Abang Burn n macam2 lagi.. tp sbb dh agak malam so tkde la nk amik gambar sangat. Kena pakai 'flash' nnti orang marah! Hehehe..

PRESENT UNTUK 'BIRTHDAY BOY'..

 
HAPPY BIRTHDAY to My BELOVED HUSBAND! U have made everyday of my life a beautiful journey. On your birthday I want U to know that U will always be very special to me!

Mommy belikan 'Abah' set bowling je untuk taun ni..  tp set 'Abah' ni mahal sikit dari Mommy punya tau! Hehehe..


.. n yg ni redeem untuk diri sendiri. REDLINE. Nk jugak tu! Hahaha.. So lepas ni bole la tiap2 minggu kita mem'bowling' kannn.. 

14th DEFENCE SERVICES ASIA [DSA]

#Throwback. Hehehe..

 

Sambil menyelam smbil mnum air! Dh alang2 datang kursus ada plk Pameran DSA tu.. apa lagi?! 

JOM MAIN 'BALL'..

Main 'ball' kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam..


Budak Airyl ni dh dapat main 'ball' mmg tk hengat nk blk la jawabnya..

Friday, April 25, 2014

PELUKAN UBAT MUJARAB UNTUK ANAK


Berapa kerap anak anda minta dipeluk?! Ketika sedih, dia mahu dipeluk. Ketika hendak berpisah dengan anda, dia juga mahu dipeluk. Pelukan juga mampu untuk menghentikannya dari mengamuk. Dengan pelukan, anak boleh merasakan cinta anda..
Anda sudah membuktikan kebaikan pelukan kepada bayi baru lahir. Ketika bayi menangis, tangisannya beransur reda apabila ibu atau bapa memeluk dan menepuk perlahan tubuhnya. Jadi, berapa kali anda memeluk anak hari ini?!

PELUKAN UBAT MUJARAB
  • Mengurangkan depresi dan meningkatkan kekebalan tubuh. Pelukan juga boleh memberi tenaga baru pada tubuh yang kepenatan menjadi segar dan merasa muda. Pelukan yang dilakukan di rumah secara rutin akan memperkukuhkan kasih sayang. 
  • Jumlah hemoglobin atau sel darah merah dalam darah akan meningkat ketika seseorang disentuh. Hemoglobin adalah darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh termasuk ke jantung dan otak. Peningkatan jumlah hemoglobin boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit.
  • Peluklah anak sebelum ke tempat kerja. Ini akan membuatkan ibu bapa fokus pada pekerjaan, berasa bahagia dan menjadi produktif.

MANFAAT PELUKAN UNTUK ANAK
  • Merangsang perkembangan sel otak
  • Mengurangkan stress
  • Merangsang rasa mengantuk
  • Membangun konsep diri yang positif
  • Mengurangkan emosi negatif seperti kesepian, cemas dan kekecewaan
  • Mengatasi rasa takut
  • Peralihan tenaga

Thursday, April 24, 2014

RAIN [비] - LA SONG

Jom kita dengar lagu.. LA SONG by Rain.


Lirik LA SONG..

ppeonhadi ppeonhan geureohge haneun geureon nomeun anieyo. geureoneyo.
malsseong manhjiman sunjongjeogin geureon gwiyeomdungieyo. yeppeohaejwoyo

laaa lalalala lalala lala lala lalala
laaa lalalala lalala lala lala lalala

1 2 3 4 show me what's you got
1 2 3 4 show me what's you got

nan nuul su itneun ttangeun manhji namdeulcheoreom eobseodo itneun cheog
oejechaman dollijineun cheesy waneun dallado wanjeonhi change.. Follow me!
Maserati ferrari Keyneun pilyo eobseo nan momdungari
jachega so rich hanikka butigananikka geureohge sanikka
ireon sinbalkkeuneul kkwagmae negtaineun jjom pullae oneureun dareun mal hagiga silheo
geunyang itneun ti naegineun silheo oneureun na jom hallae nacheoreom jjwag ppae ibgo
oneureun dallyeo geurae sasireun oneul na jom ppae ibeotda sinbalkkeun

laaa lalalala lalala lala lala lalala
laaa lalalala lalala lala lala lalala

aha that's right
here we go
let's dance time
everybody sing a song

laaa lalalala lalala lala lala lalala
laaa lalalala lalala lala lala lalala
laaa lalalala lalala lala lala lalala
laaa lalalala lalala lala lala lalala


BIOGRAPHY 

A South Korean pop star, Rain [real name: Jung Ji-hoon, born June 25, 1982 in Seoul - in Korea known as the romanized Bi, and in Japan as Pi] started his career as a backup dancer with JYP Entertainment before recording his own work and hitting the top of many Asian charts. 

Rain stepped out of the backup shadows in 2002 with his debut album, Bad Guy. The album was a hit and Rain then moved his talents to the world of television drama, starring in the series Sang Doo! Let's Go to School. His return to music, marked by the release of How to Avoid the Sun in 2003 was well received and his hit third album, It's Raining was a mammoth success in 2004 - 2005. 

Hitting the top of the charts in countries all over Asia [e.g. Japan, China, Taiwan, and South Korea], It's Raining would sell more than a million copies. He went on to win a number of MTV Asia awards, and also toured Korea and Japan. In 2006 Rain played to sold-out shows in Las Vegas and in October of that year he released album number four, Rain's World. A Japanese album, Eternal Rain was released in 2006 and managed to crack the Top 20 in that country.
 

MACAM2 AIRYL.. 'SOPING' DI TESCO.


Semalam punya citer..
Mommy n Abah sibuk tolak troli nk beli susu n pampers dia.. dia pn sibuk nk troli jugak.
So, ini la hasilnya.. buah2an la plk!

Tuesday, April 22, 2014

BUDAK SEKOLAH TERTUSUK BESI LONGKANG DI PIPI

 
 

Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Secreat Heart, Kota Kinabalu.

SABAH, Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50 tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar lelaki tahun 4 di SK Secred Heart. Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke liar bahagian pipinya.

Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama.Pihak sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini. Perjalnan ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan yg kebetulan berada di hospital.

Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas. Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa.Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.
Sulaiman Hj Awang
PPA PPD KK
21hb April 2014
4.12 petang
 

BOLA BESI 4KG TERKENA KEPALA

KAMIL cedera parah selepas terkena balingan bola besi di padang sekolah.

Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah, di sini, cedera parah di kepala apabila terkena bola besi yang dilontarkan rakannya ketika menjalani sesi pemanas badan acara sukan lontar peluru di padang sekolah berkenaan, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, mangsa, Kamil Sidqie Salim, 17, sedang mengutip bola besi yang dilontar rakannya sebelum secara tiba-tiba sebiji bola seberat empat kilogram yang dibaling seorang lagi rakannya menimpa kepalanya. 

Difahamkan, mangsa terus rebah dan mulutnya mengeluarkan lendir bercampur darah sebaik terkena lontaran bola besi itu selain terdapat kesan lekukan di bahagian kiri kepalanya.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail [HSI] Pandan di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit Neuro Hospital Sultanah Aminah [HSA] di sini, untuk rawatan lanjut.  

Hasil ujian x- ray, tengkorak tempat mangsa terkena bola besi itu dikatakan mengalami keretakan.

Friday, April 18, 2014

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH PENAKLUK KONSTANTINOPEL


Sabda Rasulullah S.A.W ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, ".. Konstantinopel [kini Istanbul] akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.." [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel." Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi S.A.W.

Hadis Nabi S.A.W ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 200,000 orang tenteranya. 
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

BIODATA RINGKAS

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis [sempadan Turki – Bulgaria]. Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun [1451 – 1481]. Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dalam bidang keagamaan. Gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN KONSTANTINOPEL

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam. 

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS KONSTANTINOPEL

Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

MENARA BERGERAK

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

BANTUAN DARI POPE VANTICAN

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantine.

MELANCARKAN KAPAL PERANG DARI PUNCAK GUNUNG

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan [warfare strategy] yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah S.A.W dan bersama-sama berdoa kepada Allah S.W.T..

MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING KOTA

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantine menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.

KARISMA SEORANG PEMIMPIN

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!"

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. 

PENAWANAN KONSTANTINOPEL

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol [Islam keseluruhan] . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel. 

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya itu.

Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

Filem 'FETIH 1453' ditayangkan secara rasmi di TURKI pada 17 FEBRUARI 2012.. 


Tuesday, April 15, 2014

TRAGEDI BALIK TADIKA

 KANAK-KANAK MAUT VAN TERJUNAM LOJI KUMBAHAN..

Abang sulung mangsa, Muhammad Azri Aniq tidak dapat menahan sebak ditenteramkan ibunya, Zamani.
Musliza menenangkan abang kedua mangsa, Muhammad Azri Afiq yang amat sedih kehilangan adik bongsunya.
Musliza menunjukkan barangan mangsa.

SKUDAI – Kegembiraan enam murid yang pulang dari tadika bertukar tragedi apabila van yang dinaiki menggelongsor lalu terjunam ke dalam loji kumbahan di Taman Universiti, di sini, semalam.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian jam 11.30 pagi itu adalah Muhammad Azri Aqif Azhar, 4.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, tragedi menyayat hati itu melibatkan mangsa bersama lima yang lain iaitu Nur Aima Abd Razak, 5; Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5; Daniel Asyraf Abdullah, 5; Danial Aiman Hakimi Md Gefri, 6 dan Sakinah Roslan, 4.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pemandu van iaitu seorang wanita berusia 44 tahun berada di luar kenderaan dan sedang menjemput kanak-kanak tadika lain memasuki kenderaan tersebut untuk dibawa pulang.

Pada masa itu, pemandu berada di luar dan terdapat enam kanak-kanak berada dalam van sekolah tersebut yang tiba-tiba menggelongsor lalu melanggar pagar kawasan kolam kumbahan sebelum kenderaan itu terjunam ke dalamnya.

"Semasa kejadian enjin van sekolah itu dimatikan dan brek tangan juga dinaikkan." katanya semalam.

Mohd Khamsani berkata, pemandu berkenaan sudah bekerja selama lima tahun kini ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Beliau berkata mangsa, Muhammad Azri Aqif Azhar dikejarkan ke Hospital Kulaijaya bagi mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat lemas.

Manakala seorang rakan mangsa berada dalam keadaan kritikal dan empat lagi yang kesemuanya berusia lima tahun dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah [HSA] untuk mendapat rawatan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KAMI REDHA, PASRAH

Suasana sedih menyelubungi kediaman keluarga mangsa dan ia bertambah pilu dengan teriakkan abang kepada Muhammad Azri Aqif yang tidak dapat menahan kesedihan apabila kehilangan adik dan rakan sepermainan.

Aqif merupakan anak bongsu dari tiga beradik lelaki iaitu Muhammad Azri Aniq, 9, dan Muhammad Azri Afiq, 6.

Bapa mangsa, Azhar Yusoff, 43, berkata, dia dimaklumkan kejadian sedih berkenaan oleh isterinya, Zamani Abdullah, 37, kira-kira 11.40 pagi.

Dia yang juga seorang penyelia stor bagaimanapun redha dengan ketentuan Ilahi meskipun bersedih atas kehilangan anak bongsunya itu.

“Sedih memang sedih, namun saya pasrah sudah ajalnya. Saya cuma tidak sempat menunaikan kehendak Aqif yang nak makan coklat sebelum ke tadika pagi tadi [semalam]. Walaupun semalam [kelmarin] dia dapat memakan coklat tetapi dia mahukan lagi hari ini [semalam].” katanya.

Jenazah mangsa dibawa pulang ke kampung halaman ibunya di Kampung Gong Pak Maseh, Kuala Terengganu, Terengganu untuk dikebumikan.

Sementara itu, bapa salah seorang mangsa yang kritikal, Abd Razak Abd Latif, 35, tidak menyangka insiden berkenaan menimpa anak bongsunya, Nur Aima, 6.

“Pagi tadi [semalam] saya hantar anak ke tadika seperti biasa sekitar jam 7 pagi sebelum ke tempat kerja. Saya mendapat tahu tentang perkara ini melalui isteri saya, Hartini Alios yang menerima panggilan daripada pihak tadika."

"Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak menggunakan perkhidmatan van sekolah, ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku." katanya yang memberitahu Nur Aima dalam keadaan stabil meskipun belum sedar diri lagi.

TIADA KELAKUAN PELIK

Guru kelas mangsa, Siti Nora Daim, 33 berkata, beliau berada dalam tadika ketika kejadian berkenaan berlaku dan hanya mengetahuinya apabila diberitahu seorang kakitangan.

"Saya amat terkejut dengan apa yang terjadi kerana kami baharu sahaja selesai sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid yang terlibat."

"Sebagai guru kelas, saya turut sedih kerana saya rapat dengan semua murid terbabit. Ketika dalam kelas, semua mereka tidak menunjukkan sikap pelik kecuali Muhammad Azri Aqif yang lebih senyap dan tidak aktif seperti biasa." katanya.

Sementara itu, antara insan terakhir yang ditemui mangsa adalah pembantu tadika, Musliza Kasun, 35, yang dikatakan begitu akrab dengan Aqif kerana keletah kanak-kanak itu yang gemar bergurau.

Musliza yang masih trauma akibat kejadian itu tergamam namun beliau bersama beberapa individu lain cuba menahan van tersebut dari menggelongsor namun gagal.

"Ketika itu, saya sedang membantu murid pulang dari sekolah dan pintu van tersebut masih terbuka. Dengan tidak semena-mena, van berkenaan menggelongsor ke dalam loji berdekatan. Kanak-kanak dalam van tersebut tidak menjerit mungkin kerana mereka tergamam. Kami yang menyaksikan kejadian ada yang menjerit sambil cuba menahan van dari terus mengundur.

Namun usaha itu tidak berjaya dan kejadian berlaku amat pantas. Selepas van itu memasuki loji berkenaan, beberapa penduduk terjun cuba menyelamatkan kesemua mangsa." katanya.

Beliau berkata, kebiasaan lebih 10 murid menaiki van tersebut bagaimanapun ramai yang tidak hadir ke kelas semalam.

Musliza berkata, pada sesi persekolahan sebelum itu, Aqif bersama rakan sekelasnya diajar bermain kompang dan mangsa merupakan pelajar paling bersemangat.

Sementara itu antara saksi kejadian, Mohamad Hanafi Jaafar, 46, berkata, meskipun dirinya tidak pandai berenang, beliau nekad terjun ke loji berkenaan sebaik melihat kejadian tersebut.

"Saya sedang dukung bayi sambil perhatikan budak-budak ini pulang dari sekolah, Tiba-tiba van tersebut menggelongsor dan saya lihat salah seorang penduduk terjun dan saya terus ikut.

Afiq merupakan mangsa terakhir yang diselamatkan selepas kira-kira tiga minit berada dalam air." katanya.


Thursday, April 10, 2014

RASULULLAH IS MY DOCTOR..

Akhirnya..
Walaupun demam n tak berdaya namun ku gagahkn jua! Dapat sudah..
 
 

Tajuk Buku: RASULULLAH is my DOCTOR oleh JERRY D. GRAY
Harga: RM25.00
 
Buku ni mengajak kita agar mengikuti rawatan perubatan cara Rasulullah S.A.W yang sebenarnya ternyata lebih berkesan andai kita benar-benar mengamalkannya dan meyakininya. 

Sesungguhnya 'thibbun nabawi' [pengubatan cara Nabi] adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya.

Rasulullah S.A.W juga berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan ubatnya." Dalam surah As-Syu'arak ayat 80 menyatakan, ".. dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku."

Antara Kandungan:
Bahagian 1: Kedoktoran Rasulullah S.A.W
Bab 1: Menyedari dan Mempercayai
Bab 2: Doa, Ubat yang Diperlukan
Bab 3: Habbatussauda [Biji Jintan Hitam]
Bab 4: Bekam

Bahagian 2: Manfaat Ramuan Semulajadi
Bab 5: Tajamkan Pandangan Mata
Bab 6: Ramuan Dari Pasar

Bahagian 3: Ancaman Terhadap Kesihatan Manusia
Bab 7: Kakacauan Perubatan
Bab 8: Kebenaran Yang Menakutkan Mengenai Vaksin


Wednesday, April 9, 2014

LUNCH HARI NI..


Red Velvet Cake Secret Recipe dengan Coolblog perisa Honeydew + Bubble Tea! Yummy..

Layan tekak orang yg tk baik demam lagi ni! Masuk 5 hari dh demam ni. T
ekak pahit.. mengalahkn orang mengandung plk rasa!

JANGAN BUNUH SEMUT!


Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur Ridsect, Shieldtox atau bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi salam ke atas Nabi Sulaiman A.S.. kerana semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman A.S.. semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T sepanjang masa..

Pesan Nabi junjungan kita Rasullullah S.A.W dulu, kita ucaplah..

"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman A.S..

Ini rumahku.. aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah S.W.T yg sentiasa berzikir kepadaNya. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat!"

Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran. Cintailah Rasulullah S.A.W dengan mengamalkan segala sunnahnya..

Tuesday, April 8, 2014

RESEPI APAM TEPUNG BERAS


Bahan2nya:
1 Cawan Nasi
2 Cawan Tepung Beras
1 Cawan Gula Putih
1 1/4 Cawan Air
1 Sudu Kecil Yis [Mauripan]
Sepeket Eno

Caranya:
  • Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam.
  • Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan [warnakan kalau suka] dan biar sebentar.
  • Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 - 20 minit dengan api kuat.
  • Boleh dimakan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka. 

CHERRY BLOSSOM a.k.a SAKURA MALAYSIA

Tabebuia Pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. 

Di Malaysia, Tabebuia Pentaphylla juga dikenali sebagai pokok "Cherry Blossom" Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga. Tabebuia Pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies Pentaphylla dalam bahasa Latin merujuk kepada lima jejari daunnya di mana Penta bermaksud lima dan Phylla bermaksud daun. 

Pokok ini juga dikenali sebagai "Pokok Kertas Tisu" kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa..

 
.. area Giant Bachang, Melaka.
.. Jalan Kuala Kedah.
 
 
.. Pendang Route.
.. Jalan Putra, Laksa Ikan Sekoq, Alor Setar.
 
  

Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya. Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu. Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting. Antaranya spesis yang terkenal adalah:

Tabebuia Pentaphylla - Pink 
Tabebuia Rosea - Pink  
Tabebuia Impetiginosa - Pink  
Tabebuia Roseo-alba - White  
Tabebuia Chrysantha - Yellow

Pokok yang juga diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti 'Anti Bakteria' dan 'Anti Malaria' selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan..

 

Walau bagaimanapun batangnya dikatakan beracun. Jika terkena boleh jadi radang kulit-kulit jadi warna merah, bengkak2 dan nekrosis.. boleh menyebabkan kerosakan paru2, sawan dan juga koma!
Wallahualam..


Friday, April 4, 2014

NASA MENGELUARKAN KENYATAAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT TAHUN 2015

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Tidak akan terjadi kiamat sehingga MATAHARI terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu." 
- [Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah]
 

NASA [Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika] Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat 
– Kenyataan dari NASA berhubung Matahari keluar dari arah sebelah BARAT. Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat [NASA] pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut. 

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "Retrograde Motion." Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

PERUBAHAN KUTUB BUMI [POLE SHIFT]

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa pula berada di Antartika.

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan flip di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan flip peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku flip pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan sun spot. Manakala flip juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. Makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. 

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran para spekulator, ianya akan berlaku pada tahun 2015 kerana selepas pada itu, pergerakannya dijangka tidak sedrastik kini. Sila rujuk: http://modernsurvivalblog.com/pole dan http://globalrumblings.blogspot.com
 
MATAHARI terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakan matahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat.
  
Dari Ibn ‘Abbas..

Maka Ubai bin Ka’ab berkata: "Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?" Rasulullah S.A.W menjawab: "Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya dan orang-orang akan menghadapi [tugas-tugas] dunia mereka.. apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat!"
- [Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha].

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...