Thursday, March 27, 2014

GURAUAN TERAKHIR KAPTEN ZAHARIE


"Kau tidak akan jumpa kubur atau pusaraku!" itulah gurauan terakhir Kapten Zaharie Ahmad Shah pada kenalan rapatnya, Mohaza.
 
Mohaza tidak menyangka gurauan di Aidilfitri tahun lalu itu menjadi petanda bahawa Kapten Zaharie akan pergi buat selama-lamanya.
 
Menurut Mohaza, Kapten Zaharie bergurau sedemikian ketika berada di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang.
 
“Zaharie memberitahu saya [secara gurauan] yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.
 
“Al-Fatihah. Semoga Allah S.W.T mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin.” katanya.
 
Ahmad Idris Zaharie, anak kepada Kapten Zaharie juga turut berkongsikan rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.
 
Melalui laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′ Ahmad Idris menulis:
 
“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”
 
 

KENYATAAN DARI MUHAMMAD FAIRUZ HAMID, ADIK IPAR PASANGAN PENUMPANG MH370

 

Pada orang lain, pengumuman mengenai pesawat MH370 berakhir atau tersiratnya terhempas di selatan Lautan Hindi mungkin mampu diterima dengan hati yang terbuka.. namun tidak bagi keluarga penumpang pesawat berkenaan.

Bagi mereka, selagi serpihan pesawat atau bukti-bukti yang menunjukkan pesawat itu terhempas, selagi itulah mereka terus berharap dan berharap. Besar sungguh harapan mereka..

Muhammad Fairuz Hamid, adik ipar kepada pasangan penumpang MH370, Razahan Raz dan Norli Akmar Hamid bertegas mengatakan insiden MH370 ini belum tamat walaupun Perdana Menteri membuat pengumuman tergempar tempoh hari. 

Berikut adalah kenyataan dari beliau: 

Minta maaf pada semua. Doa dan perihatin dari anda semua amat kami hargai. Bagi kami ini masih belum penamatnya. Kami tak terus terima bulat-bulat dengan  berita terbaru ini. 

YA! Mungkin jejak terakhir pesawat MH370 adalah di “situ”.. dan di “sini”.. namun, kami belum menerima berita mengatakan semua penumpang dan krew telah terkorban.

Sekarang ini, ia terus menjadi andaian bahawa “semua krew dan penumpang terkorban.”

Pencarian masih belum berakhir dan bagi kami kenyataan ini sangat melukakan hati kami semua yg terlibat.

Kami menerima ucapan takziah daripada semua pihak tapi kami masih tidak putus asa hingga sekarang.

Kami hanya tunggu jawapan yg betul2 muktamad dan bagi kami hanya Allah S.W.T yg mampu memberikan jawapan tersebut.. dan setelah jawapan muktamad tersebut diperolehi, baru kami akan terima dengan pasrah. Kami redha dengan ketentuanNya.

Sekarang, kami akan terus berdoa dan tidak akan berputus asa. Masih ada perkara yg perlu kami tekankan disini:
  • Kotak Hitam [black box] - Tidak dijumpai
  • Bangkai pesawat - Tidak dijumpai
  • Perkara yg disahkan banyak kali - “Pesawat dikesan di Laut China Selatan”.. “Pesawat dikesan di Lautan Andaman”.. “Pesawat dikesan di Lautan Hindi”.. dll..
  • Perkara yg menjadi spekulasi banyak kali - “Pesawat ditembak jatuh”.. “Pesawat terhempas”.. “Pesawat meletup di udara”.. “Pesawat di'hijack' dan disorok”..
  • Negara itu kata jumpa di sini.. negara itu jumpa disana.. last sekali berita ini yg keluar!

Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yg dah jadi?! .. dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal?! Beliau sudah ditekan oleh pihak negara yg mempunyai kuasa lebih besar?!

Barangkali untuk tutup rahsia sebelum ia mula terbongkar?! Mereka mungkin dah lama tahu dari hari pertama tentang rahsia ini tetapi kita sebagai orang biasa terus disajikan dengan “drama” dan “sendiwara”.. dan akhirnya “emosi” kami terus menjadi santapan mereka.

Saya menulis ini bagi pihak keluarga saya kerana ini yg terbuku dalam hati mereka ketika semua sedang bersedih dan cuba menerima Qada’ dan Qadar Ilahi.

Hanya satu jawapan saja yg boleh diterima tetapi jawapan itu sedang dinafikan ketika ini. Ini sebenarnya yg kami tidak boleh terima. Sekian.

"AYAH MASIH HIDUP!"

Subang Jaya: “Selagi tidak tengok dengan mata saya sendiri serpihan atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup.” demikian luahan anak bongsu juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Ahmad Seth bersama kakak, Aishah [kiri] serta ibu, Faizah Khanum Mustafa Khan

Ahmad Seth Zahari, 26, berkata, dia tidak terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perjalanan MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi memandangkan pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang.

“Saya tenang dan tidak terkejut. Itu yang boleh saya katakan sebaik mendapat berita perjalanan MH370 yang dikendalikan ayah berakhir di selatan Lautan Hindi.

“Ini mungkin kerana naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu [masih hidup] tipis tetapi selagi tiada bukti menunjukkan perkara itu, saya rasakan yang ayah masih ada.” katanya ketika ditemui di rumahnya di Subang Jaya, kelmarin.

Walaupun bersikap tenang, namun riak wajah pelajar sebuah kolej bahasa asing itu gagal menyembunyikan seribu kesedihan kerana selepas 18 hari misteri kehilangan pesawat dikendalikan bapanya belum menemui sebarang jawapan yang pasti.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

'I LOVE YOU' UNGKAPAN TERAKHIR BUAT ISTERI


SHAH ALAM - "I LOVE YOU!" adalah kata-kata terakhir diungkapkan pramugara Penerbangan Malaysia [MAS] MH370, Mohd Hazrin Hasnan kepada isterinya Intan Maizura Othaman beberapa jam sebelum pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas.

Kata-kata itu jugalah akan sentiasa menjadi kenangan manis buat Intan Maizura, 34, yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.

Menceritakan mengenai detik beberapa jam sebelum pesawat dinaiki suaminya hilang, wanita itu berkata Mohd Hazrin terlepas kenderaan disediakan oleh pihak MAS untuk kakitangan bertugas pada malam 7 Mac.

Beliau berkata suaminya yang komited dengan tugas kemudian meminta beliau menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur [KLIA], Sepang.

Intan Maizura berkata dalam perjalanan ke lapangan terbang, mereka bersembang seperti biasa dan Mohd Hazrin ada memegang tangan serta mencium tangannya.

"Kata-kata terakhirnya pada saya malam itu ialah "I Love you." Kata-kata itu akan sentiasa menjadi memori yang manis dengan dia.

"Mohd Hazrin bukan sahaja seorang suami malah adalah sahabat karib saya. Saya terlalu merinduinya, namun saya redha dengan apa yang berlaku dan menganggap dia pergi ke destinasi berikut seperti biasa tetapi jika dia kini berada di Lautan Hindi, bersemadilah dengan tenang." katanya ketika ditemui di kediamannya di sini malam ini.

Intan Maizura berkata anak sulung mereka, Iman, 4, kerap bertanya mengenai bapanya sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai perkembangan terbaru penerbangan MH370 pada Isnin lepas.

"Sehari selepas pengumuman itu saya beritahu anak saya bahawa bapa pergi kerja dan kapal terbang dinaiki bapa rosak serta tidak akan balik kerana bapa sudah berada di syurga."

"Bila dia [Iman] meminta berjumpa dengan bapanya, saya beritahu supaya banyak berdoa dan akan berjumpa. Alhamdulillah, dia faham dan tidak pernah bertanya lagi." katanya.

Walaupun sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri bahawa penerbangan pesawat dinaiki suaminya berakhir di Lautan Hindi, Intan Maizura redha dan menerimanya dengan hati terbuka.

Wanita itu juga yakin beliau mampu meneruskan kehidupan terutama dalam membesarkan anak-anaknya kelak dengan sokongan daripada anggota keluarga serta rakan-rakan.

"Sebagai orang Islam, kematian itu sudah pasti dan merupakan janji Allah jadi, kita harus redha serta sentiasa mendoakan orang tersayang." katanya.

- Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my

Tuesday, March 25, 2014

HANYA TINGGAL 18 HARI UNTUK CARI KOTAK HITAM MH370 SEBELUM BATERI HABIS - ABC NEWS

 

ABC News melaporkan pasukan pencari hanya tinggal 18 hari untuk kotak hitam pesawat itu terus hidup sebelum kehabisan baterinya kerana mampu bertahan untuk memberikan isyarat selama 30 hari.

Laporan itu menyebut, kotak hitam itu sudah kehilangan tiga daripada jangka hayat baterinya sejak pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu.

Menurut ABC News lagi, lebih mudah pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari kotak hitam itu sebelum ia kehabisan bateri.

Jika pesawat terhempas ke kawasan perairan, satu beacon pencari air akan menghantar satu nadi ultrasonik yang tidak boleh didengar oleh telinga manusia tetapi boleh dikesan oleh sonar dan peralatan mencari akustik.

Terdapat satu sensor tenggelam di sebelah beacon, dan apabila sensor itu menyentuh air, beacon akan diaktifkan.

Beacon kemudian menghantar denyutan pada 37.5 kilohertz [kHz] dan boleh menghantar bunyi sedalam 4,267 meter.

Setelah beacon memberikan isyarat "ping" isyarat ping akan dikeluarkan sekali sesaat selama 30 hari.

Dalam keadaan jarang berlaku kemalangan teruk, beacon boleh terputus isyarat jika berlanggaran berimpak tinggi, kata laporan itu.

Pasukan mencari dan menyelamat mesti berada kira-kira 25km di kawasan beacon untuk mencari kotak hitam itu.

Keadaan bumi dalam laut seperti parit dalam juga boleh menjejaskan pengesanan isyarat beacon itu, tambah laporan tersebut dipetik The Malaysian Insider.

PENERBANGAN MH370 BERAKHIR DI SELATAN LAUTAN HINDI


KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra [PWTC] malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom [AAIB] yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi." kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini." kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini." katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan. Saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi." katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.


Berita mula diterbitkan pada: Mac 24, 2014 22:27 [MYT]
 

BIODATA FARIQ ABDUL HAMID - PEMBANTU JURUTERBANG PESAWAT MAS MH370

Biodata Fariq Abdul Hamid pembantu juruterbang pesawat MAS MH370. 
Gambar pegawai juruterbang MH370 ini menjadi tumpuan orang ramai dilaman sosial dan mendoakan agar mereka ditemui dalam keadaan selamat. Turut bersama dalam penerbangan MH370 adalah kapten Zaharie Ahmad Shah yang berusia 53 tahun bersama dengan 239 penumpang yang lain. Terdahulu, pesawat boieng 777 [MH370] dilaporkan hilang dari radar pada pukul 2.40 pagi 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.



Biodata Pembantu Juruterbang MAS MH370
Nama Penuh: Fariq Abdul Hamid
Umur: 27 Tahun
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan: Pegawai Pembantu Juruterbang MH370
Tahun Berkhidmat: 2007
Pengalaman: 2,763 jam penerbangan
Syarikat Bekerja: Malaysian Airlines System [MAS]

BIODATA ANDREW NARI - KETUA PRAMUGARA PESAWAT MAS MH370

Biodata Andrew Nari ketua pramugara pesawat MAS MH370. Seorang ketua pramugara yang sudah bergelar seorang bapa turut mencuri tumpuan dilaman sosial berikutan anak perempuannya Maira Elizabeth Nari meluahkan rasa sedih kehilangan bapanya menerusi laman Twitter. Menerusi Twitter, Maira sangat berharap agar bapanya itu kembali pulang dengan keadaan selamat.


Mesej status sedih Maria Elizabeth Nari anak ketua pramugara MH370, Andrew Nari. Status itu menjadi tumpuan susulan tweet yang ditulis oleh Maira yang mahu bapanya pulang untuk menyaksikan perlawanan Liverpool dan Machester United pada hari Ahad. Menariknya, laman rasmi Livepool FC turut membalas kenyataan tweet tersebut dengan menyatakan rasa simpati mereka terhadap insiden MH370.

Status Sayu Anak Andrew Nari

Biodata Ketua Pramugara Pesawat MAS MH370
Nama Penuh: Andrew Nari
Umur: 50 Tahun
Asal: Sarawak
Tarikh Lahir: February 1965
Warganegara: Malaysia
Status: Berkahwin
Bilangan Anak: 2 Orang
Tahun Bekerja Dengan MAS: September 1989

BIODATA ZAHARIE AHMAD SHAH - KAPTEN PESAWAT MAS MH370

Biodata Zaharie Ahmad Shah kapten pesawat MAS MH370. 
Seperti yang sedia maklum, pesawat MH370 yang berada dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing dilaporkan hilang dan gagal dikesan menerusi radar. Terdahulu, pesawat MH370 berlepas dari KLIA ke Beijing pada jam 12.41 pagi [8 Mac 2014] sebelum gagal dikesan menara kawalan pada jam 2.40 pagi.
 

Biodata Kapten Pesawat MAS MH370
Nama Penuh: Zaharie Bin Ahmad Shah
Warganegara: Malaysia
Umur: 53 Tahun
Pekerjaan: Kapten Juruterbang Pesawat Boeing 777
Tahun Berkhidmat: 1981
Pengalaman: 18,365 Jam Penerbangan
Syarikat Penerbangan: MAS

BERITA TERKINI PESAWAT MAS HILANG - 25 MAC 2014

Berita terkini MH370 pada selasa 25 Mac 2014 pesawat MAS Terhempas. Setelah pencarian selama 17 hari, pesawat MH370 disahkan berakhir di Lautan Hindi dan kes pesawat hilang kini disiasat dibawah kes pesawat terhempas. Tapi ini tidak bermakna bahawa operasi mencari mencari dan menyelamat dihentikan. Pencarian masih diteruskan iaitu Kotak Hitam dan bangkai pesawat bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.


Intipati Sidang Media Perdana Menteri Malaysia
Pada petang 24 Mac 2014, PM telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom [AAIB]. Mereka memaklumkan kepada bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan. Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat  MH370. Berdasarkan analisis , Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. Satu sidang media khas oleh PM Malaysia di PWTC pada jam 10.00 malam telah dibuat dan mengumuman pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. 

Suasana Sedih Dan Pilu Ahli Keluarga Penumpang MH370
Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 dari China bertukar menjadi histeria sebaik Perdana Menteri Malaysia mengunumkan penerbangan pesawat berakhir di selatan Lautan Hindi, malam semalam. Di hotel Beijing tempat di mana ramai ahli keluarga, waris dan sahabat handai berkumpul sejak MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing tidak sampai pada pagi 8 Mac lalu, mereka terus meraung dan menangis sebaik mendengar berita terbaharu itu. Sesetengahnya mengeluarkan perasaan marah dan ada juga rebah di lantai. 

Takziah Diucapkan Kepada Semua Penumpang dan Krew MH370

 

Misi Pencarian Kotak Hitam Tetap Diteruskan
Misi pencarian kotak hitam tetap diteruskan untuk mengetahui punca sebenar insiden kemalangan MH370 di Lautan Hindi.

Sumber: http://www.melvister.com
 

BERITA TERKINI PESAWAT MAS HILANG - 24 MAC 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada isnin 24 Mac 2014. Misi pencarian kini sudah memasuki hari ke 17 atau minggu yang ketiga. Fokus utama adalah pencarian objek yang dikesan oleh imej satelit di Lautan Hindi [Koridor Selatan]. Usaha pencarian objek tersebut masih tetap diteruskan pada hari ke 17.


PM Najib Sahkan MH370 Berakhir Di Lautan Hindi [Terkini]
Objek yang ditemui dilautan Hindi adalah sah milik MH370. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika sidang media pukul 10.00 malam di PWTC. Najib turut mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. MAS telah memaklumkan perkara ini kepada ahli keluarga dan waris penumpang MH370. Turut dilaporkan secara dukacitanya semua penumpang dan anak kapal tidak selamat. 

Intipati Rasmi Ucapan PM Dato Seri Najib Razak 24 Mac 2014 [10.00 PM]
  • Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia
  • Kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom [AAIB] yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.
  • Dengan rasa penuh dukacita berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pesawat Australia Kesan Dua Objek Milik MH370
Dua objek telah dikesan oleh pesawat Australia hari ini yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines [MAS] MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Perkara itu diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menerima panggilan dari Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di pejabatnya, pada petang ISNIN. Pengumuman mengenai objek itu akan dibuat oleh PM Najib Razak pada 10.00 malam 24 Mac 2014.


Temui Serpihan Kecil Kayu Di Lautan Hindi
Pasukan mencari dan menyelamat Australia turut ditemui serpihan kecil, termasuk sekeping palet kayu, dikesan oleh sebuah pesawat yang terbabit dalam pencarian di selatan Lautan Hindi. Palet kayu kargo itu turut digunakan dalam industri kargo penerbangan dan kapal. Tidak dapat disahkan jika ianya adalah milik pesawat MH370.


Satelit Imej Perancis Turut Kesan Objek Di Lautan Hindi
Malaysia menerima imej satelit baharu daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek-objek berpotensi yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines [MAS] yang hilang di sekitar koridor selatan. Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata imej-imej itu dihantar dengan segera kepada pusat koordinasi menyelamat Australia yang mengetuai usaha mencari di kawasan berkenaan. Terdahulu, imej satelit China dan Australia juga turut mengesan objek di Koridor Selatan sebelum negara Perancis. 

Pelan Carian Objek Imej satelit 24 Mac 2014
Berikut adalah pelan carian objek di Lautan Hindi pada 24 Mac 2014.


Sumber: http://MH370Hilang - 24Mac2014

BERITA TERKINI PESAWAT MAS HILANG - 23 MAC 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada ahad 23 Mac 2014. Kehilangan MH370 kini sudah memasuki hari ke 16. Pihak Malaysia dengan bantuan beberapa negara lain tetap meneruskan operasi mencari dan menyelamat [SAR] sehingga pesawat MH370 ditemui.


Satelit China Turut Rakam Imej Objek Di Lautan Hindi
Satelit pihak berkuasa China merakamkan imej sebuah objek berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar di kawasan Lautan Hindi yang kini menjadi zon tumpuan mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak dua minggu lalu. Imej itu dirakamkan pada pukul 12 tengahari, 18 Mac lepas di kawasan yang terletak kira-kira 120 kilometer ke arah barat daya dari lokasi dua objek terapung dirakamkan oleh sebuah satelit lain dua hari sebelumnya. Sejurus itu, kerajaan China menghantar kapal pengesan bagi mengenal pasti objek berkenaan.


Objek Di Lautan Hindi Masih Tidak Ditemui Pada 23 Mac 2014
Objek yang dikesan oleh satelit China dan Australia di Koridor Selatan Lautan Hindi masih lagi belum ditemui pada hari ke 16. Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa Perancis turut berjaya mengesan imej satelit baru menunjukkan objek yang bermungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang di sekitar koridor selatan. Malaysia menerima maklumat tersebut pada pagi Ahad dan ia dimaklumkan serta-merta kepada pusat koordinasi operasi Australia. Sebelum ini, Australia dan China juga mengeluarkan imej satelit ‘objek berpotensi’ berkaitan dengan pesawat MH370 di koridor selatan sekitar Lautan Hindi.

BERITA TERKINI PESAWAT MAS HILANG - 22 MAC 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada sabtu 22 Mac 2014. Misi operasi dan menyelamat kini sudah memasuki hari ke 15. Fokus utama pencarian adalah mencari dua objek yang terapung di Lautan Hindi dimana mungkin ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines.

 

Pencarian Dua Objek Di Lautan Hindi Masih Gagal Ditemui 
Setakat ini, pihak Operasi dan Menyelamat masih tidak menemui sebarang petunjuk mengenai dua objek yang dikatakan ada kaitan dengan MH370 di koridor selatan Lautan Hindi. Menurut pihak Australia, pencarian dua objek tersebut akan memakan masa yang agak lama. Terdahulu, Australia mendakwa menemui objek serpihan yang mungkin MH370 menerusi imej satelit dan tiada pengesahan setakat ini jika objek tersebut adalah milik MH370.
 
 

Kedalaman Dasar Lautan Hindi Mencabar
Kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar. Perbandingan kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.

 

Lokasi Dua Serpihan Objek Di Lautan Hindi


Senarai Aset Dikerah Ke Lautan Hindi

 

Transkrip Komunikasi Akhir Kapten Dan Copilot MH370 Tidak Benar
Transkrip komunikasi akhir yang didedahkan oleh Akhbar The Telegraph adalah tidak benar. Perkara itu disahkan oleh Hishamuddin pada sidang media 5.30 petang tadi.


Satelit China Kesan Objek Di Lautan Hindi
Imej satelit objek yang baharu dikesan berukuran 22.5m x 13m berkedudukan 120km di barat objek yang dirakam di Lautan Hindi beberapa hari lalu. Nota itu dihantar daripada Duta Besar China kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan dimaklumkan pada sidang media 5.30 petang.


Sidang Media Isu MH370 22 Mac 2014
Pencarian dua objek yang dikesan di Lautan Hindi masih lagi gagal dikesan pada hari ke 15. Pada masa yang sama, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan transkrip komunikasi pesawat MH370 yang didedah akhbar The Telegraph hari ini adalah tidak tepat, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman. China juga telah mengesan petunjuk baharu objek terapung sebesar 22.5×13 meter yang dikesan satelit China di koridor selatan Lautan Hindi ketika sidang media pesawat MH370 hilang di Hotel Sama-Sama, Sepang.  Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lebih terpecinci namun kerajaan China akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat.

BERITA TERKINI PESAWAT MAS HILANG - 21 MAC 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada jumaat 21 Mac 2014. Misi pencarian MH370 kini sudah pun memasuki hari ke 14. Penemuan dua objek yang dikesan oleh satelit Australia di Lautan Hindi memberikan harapan dan petanda baru kepada kehilangan MH370.


Misi Pencarian Fokus Dua Objek Di Lautan Hindi
Fokus Operasi dan Menyelamat [SAR] kini adalah mencari dua objek dari imej satelit yang mungkin ada kaitan dengan MH370 di Lautan Hindi.

  

Kapal Norway Tiba Di Lautan Hindi Misi Mencari Dua Objek Terapung
Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung dipercayai dapat membantu membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Kapal berkenaan sepatutnya menghala ke Madagascar dari Melbourne namun mendapat permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk membantu misi mencari objek yang dijumpai melalui satelit. Kapal milik Norway itu akan beroperasi pada 21 Mac 2014 untuk menjejaki dua objek yang dirakam imej satelit Australia di Lautan Hindi.


Imej Dirakam Satelit Australia Didakwa Pesawat MH370 
Berikut adalah gambar dua objek terapung yang dilaporkan dikesan oleh satelit Australia. Pasukan penyiasat Australia mendakwa serpihan bersaiz 24 meter itu mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370. Imej tersebut dikesan di Lautan Hindi yang terletak di Koridor Selatan. Australia akan membuat pengesahan mengenai dua objek berkenaan setelah objek tersebut ditemui.


Misi Pencarian Dua Objek Di Lautan Hindi Diteruskan Pada 21 Mac 2014
Misi carian objek di Lautan Hindi diteruskan pada hari jumaat 21 Mac 2014 berikutan masih gagal menemui objek berkenaan pada khamis. Dua objek disyaki serpihan daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikatakan ditemui di selatan Lautan Hindi dipercayai hanyut sejauh 300 hingga 400 kilometer [km] ke lokasi imej dirakam satelit Australia. Operasi mencari dan menyelamat [SAR] di kawasan Australia untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan Lautan Hindi masih lagi diteruskan. Menurut laman web Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia [AMSA], empat kapal terbang digunakan untuk meliputi kawasan seluas 23,000 kilometer persegi, 2500 kilometer daya barat Perth. Dua pesawat tentera udara Australia [RAAF], Orion dan Hercules, kapal P8 Poseidon milik Amerika Syarikat dan pesawat tentera udara New Zealand Orion digunakan dalam misi ini.

 

Peta Misi Carian Dua Objek Didakwa MH370 Di Lautan Hindi


 

Sidang Media Rasmi Operasi SAR MH370 21 Mac 2014
Sehingga jam 5.40 petang, tiada perkembangan positif mengenai dua objek yang dilapor dikesan satelit yang berkemungkinan serpihan pesawat MH370 terapung di Lautan Hindi, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau menegaskan keadaan cuaca turut memainkan peranan penting dalam operasi mencari dan menyelamat. Ini kerana kawasan pencarian merupakan lautan yang luas dan dikhuaitiri objek berkenaan hanyut jauh dari lokasi asal atau tenggelam. Hishammuddin memberikan jaminan bahawa kapal P-8A Poseidon dan pesawat P3 Orion adalah antara aset paling canggih dalam operasi itu. Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss turut menyatakan pesawat yang melakukan operasi mencari dua objek terapung yang dikesan satelit di selatan Lautan Hindi tidak menemui apa-apa.

BERITA TERKINI PESAWAT MAS HILANG - 20 MAC 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada khamis 20 Mac 2014. Misi pencarian MH370 kini sudah memasuki hari ke-13. Operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan di dua koridor iaitu utara dan selatan untuk mengesan pesawat tersebut.


Sidang Media Rasmi Pencarian MH370 20 Mac 2014
Menerusi sidang media [5.30 petang] oleh Dato Hishamuddin Tun Hussein, fokus utama adalah mengenai penemuan dua objek imej satelit yang dikesan di Lautan Hindi kemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370. Imej tersebut dikenalpasti oleh satelit Australia. Setakat ini, dua objek berkenaan masih belum dipastikan adalah milik MH370. Tambahnya lagi, operasi pencarian dua objek tersebut di Lautan Hindi yang terletak di Koridor Selatan adalah sukar dan mencabar. Namun, pasukan mencari dan menyelamat akan berusaha untuk mengesan dua objek tersebut dan akan mengesahkan jika ia adalah milik pesawat MH370.

Dua Objek Didakwa MH370 Ditemui Di Lautan Hindi
Dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat Malaysian Airlines [MAS] MH370 yang hilang sejak 8 Mac, telah dijumpai, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbot. Imej satelit itu dikesan oleh pihak Australia di Lautan Hindi. Pesawat P-3 Orion milik Australia telah dihantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan. Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.


Kenyataan Hishamuddin Tun Hussein Penemuan Dua Objek Di Lautan Hindi
Kenyataan rasmi Pemangku Menteri Pengangkutan Hishamuddin Tun Hussein setelah menerima maklumat dari Perdana Menteri Australia Tony Abbot. Menurutnya, pasukan Australia kini sedang menjejaki objek berkenaan di Lautan Hindi.


Imej Satelit Dijumpai Pakar IT India Bukan Milik Pesawat MH370
Terdahulu,dakwaan seorang penganalisis teknologi maklumat [IT] India yang dikatakan menemui imej satelit di Kepulauan Andaman yang kononnya pesawat MH370, telah pun dipertikai. Imej pesawat itu merupakan imej sekitar tahun 2009 hingga 2012 dan hanya wujud di lapisan asas pemetaan MapBox. Kesimpulannya, imej satelit tersebut menggunakan database pada tahun 2009 dan ini menyangkal dakwaan bahawa pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lalu.

  

Bukti Imej Satelit Dipertikai Bukan Milik MH370
Berdasarkan siasatan, penemuan imej kapal terbang itu berdasarkan data satelit yang belum dikemaskini dan tahun akhir dikemaskini adalah pada tahun 2009.

 

FBI Ambil Alih Siasat Simulator Kapten MH370
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) secara rasmi menyertai siasatan kehilangan pesawat MH370 dan dijangka mula menganalisis komputer dan simulator yang diambil dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, minggu ini. FBI dikatakan ingin terlibat dalam penyiasatan simulator terbabit setelah log data dalam simulator penerbangan tersebut sudah dipadamkan.


Data Simulator Penerbangan Kapten MH370 Sudah Dipadamkan
Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 Feb lepas. Khalid juga berkata data yang dipadam itu akan diperoleh semula melalui kaedah forensik dengan melibatkan pakar dari CyberSecurity Malaysia, pakar luar negara dan MAS. Menurutnya, polis tidak menuduh kapten MH370 cuma ianya adalah langkah penyiasatan menyeluruh.

 

India Sambung Semula Misi Pencarian MH370
Malaysia telah membuat permohonan baharu untuk membantu dalam pencarian di kawasan baharu menjangkau 5,000 batu nautika ke arah selatan dari Jakarta, Indonesia. India kini menggerakkan semula pesawat rondaan maritim jarak jauh P-81 dan pesawat C-130J Super Hercules bagi meneruskan pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines [MAS]. India antara 26 buah negara yang turut membantu Malaysia dalam usaha mencari dan menyelamat MH370.


Sumber dari: http://PesawatMasMH370Hilang - 20Mac2014


Thursday, March 13, 2014

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT..

Temui Kapalterbang Selepas 35 Tahun


Selepas 35 tahun kapal terbang yang membawa penumpang seramai 92 orang hilang di ruangan angkasa dan tidak dapat dikesan oleh sebarang radar dan elektronik.. ia akhirnya mendarat di Porto Alegre, Brazil dengan keadaan penumpang yang kurus kering!

Ia hilang pada 4 September 1945 dan mendarat pada 12 oktober 1980..

Teori menyatakan bahawa pesawat ini telah sesat di dimensi keempat dan ada kemungkinan telah jauh "tersimpan di Black Hole" selama 35 tahun. Para penumpang yang pulang seolah-olah tidak mampu mengingat kembali "moment" mereka ketika hilang dan tidak mempu untuk bercerita pengalaman mereka selama "disana"..
  
Kapalterbang Muncul Selepas 55 Tahun Hilang


Penerbangan DC-3 dari Rio de Janeiro ke Havana itu telah hilang, dan hanya muncul 55 tahun selepas itu, mendarat di lapangan terbang Bogota, Colombia pada disember 1994. Kapal terbang tersebut membuat pendaratan tanpa menghubungi pusat kawalan trafik udara dan hampir bertembung dengan sebuah kapal terbang yang lain.

Pihak keselamatan bergegas ke lokasi dan telah menemui sesuatu yang menakjubkan, dimana terdapat 36 rangka manusia didalamnya. Bagaimana sebuah kapal terbang yang hilang pada tahun 1939 dan muncul pada tahun 1994 membuat pendaratan selamat dan hanya rangka manusia di dalamnya?

Memetik laporan daripada Herman Guevara yang merupakan salah seorang daripada 100 orang pakar penerbangan yang menyiasat fenomena ini:

"Misteri yang sangat hebat, sejak kehilangan kapal terbang DC-3 pada tahun 1939, mereka mendarat, dan menemui 36 rangka manusia, kopi yang masih panas dan jenama rokok Old Gold yang sudah lama tidak wujud. Salah seorang penumpang mempunyai surat khabar bertarikh 16 April 1939, tetapi telah kekuningan serta masih berbau cetakkan.

"Saya berharap agar dapat memberi penjelasan kepada fenomena ini tetapi saya juga seperti mereka yang lain, tidak dapat merungkai perkara sebenar disebalik kejadian ini."

Selain dari mereka yang mendakwa kapal terbang tersebut telah merentasi masa, separuh dari pakar tersebut juga mempercayai bahawa fenomena ini mempunyai kaitan dengan makhluk asing [Alien], di mana secara logiknya pendaratan secara automatic adalah mustahil dan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan satu alat kawalan jauh yang besar untuk mendaratkannya.

Pesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang


Seperti yang kita tahu, perang dunia merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk orang awam dan tentera. Semasa peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat perang dunia ke-2 yang hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui semula. Pesawat Kittyhawak P-40 tersebut adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan Dennis Copping. Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki. 

Semasa di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh sesiapa.
 
Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.

Kapal Hilang Dari Radar  


Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika. Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah "hilang."

Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata: “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”.. tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370


Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kehilangan  Pesawat Boeing 777-200 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal. Namun misteri ini masih belum terjawab kerana setakat ini tiada bangkai pesawat ditemui atau tanda-tanda yang membolehkan pesawat ini ditemui kecuali tumpuhan minyak yg dikesan di perairan Vietnam.

Maha besar kekuasaan Allah  berdasarkan cerita-cerita di atas sukar mempercayai adanya misteri kehilangan pesawat yang akhirnya berjaya ditemui selepas berpuluh-puluh tahun.

Semuanya berlaku atas takdir ALLAH.. hanya DIA yang mengetahuiNYA. Berdoa saja atas pelbagai kemungkinan yang berlaku..

Tuesday, March 11, 2014

PRAY FOR MH370


Hanya DOA yg mampu dilakukan agar Allah mempermudahkn usaha mencari n menyelamat pesawat MH370 yg masih menjadi tanda tanya..

.. dan hanya Dia yg Maha Mengetahui segalanya..
Dia tidak akan menyusahkan kita melainkan semuanya kerana kealpaan dan kecuaian kita sendiri.. dan Dia tidak akan menjadikan sesuatu itu dgn sia2..


Semua aset ATM dikerah bantu operasi mencari n menyelamat..
Amerika Syarikat hantar 2 kapal perang USS Pinckney, Arleigh Burke bantu operasi mencari MH370.. 
Australia menghantar 2 pesawat pengesan Maritim P-3C Orion..
Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines [MAS] MH370.


.. merupakan wajah 12 crew dan antara 38 penumpang dr Malaysia yg terlibat dalam misteri kehilangan pesawat MH370. Marilah kita memperbanyakkn doa semoga Allah melindungi mereka dan kembali dgn selamat.

Senarai nama anak kapal MH370 yg hilang:
1. Zaharie Ahmad Shah [Kapten]
2. Farid Ab Hamid [Pembantu Juruterbang]
3. Patrick Francis Gomes
4. Andrew Nari
5. Goh Sock Lay
6. Tan Ser Kuin
7. Wan Swaid Wan Ismail
8. Junaidi Mohd Kassim
9. Mohd Hazrin Mohamed Hasnan
10. Ng Yar Chien
11. Foong Wai Yueng
12. Tan Size Hiang

Hibanya hati bila mendengar komunikasi hubungan dari pusat kawalan trafik udara di China dengan MH370 yang hilang..

Terjemahan: "MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi. Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.

Langit cerah dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius.. agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.

Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."

Bayangkanlah jika ada di antara penumpang di dalam pesawat itu anak-anak kita, suami, adik, abang, kakak, ibu, ayah, saudara mara dan rakan-rakan kita..

"Ya Allah Ya Tuhan ku.. Kau Maha Mengetahui segalanya! Tunjukkanlah di mana mereka. Jika mereka tersesat jalan.. tunjukkanlah jalan keluar! Jika mereka telah turun ke bumi ini.. beritahulah kami di mana lokasinya."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...