Monday, February 24, 2014

KESEMUA 8 MAYAT MANGSA LEMAS DITEMUI

 

Berhubung dengan insiden yang memilukan tempoh hari dimana 8 Remaja Lemas Di Sungai Buloh Kasap di Sungai Muar Johor, petang tadi dilaporkan kesemua mayat mangsa ditemui. Ikuti laporan penuh.


Ketua Polis Daerah Segamat Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata mayat Mohd Nazree Zainal, 14, ditemui terapung pada pukul 1.40 petang dan mayat Mohd Shafiq Md Sukur, 16, ditemui di dasar sungai pada pukul 2.06 petang.

“Tiga mayat lagi turut ditemui di dasar sungai itu iaitu Mohd Zaki Zaidi, 16, dan Mohd Izoan Hakimis Amin, 16, yang ditemui pada pukul 2.41 petang manakala mayat terakhir, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, ditemui pada pukul 2.46 petang.” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Kamil berkata kesemua mayat itu ditemui dalam lingkungan 10 meter dari kawasan kejadian dengan mayat Mohd Shafiq, Mohd Zaki, Mohd Izoan Hakimis dan Mohd Hafizuddin tersangkut pada kayu-kayu di dasar sungai. Kesemua mayat kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.

Semalam, gerakan mencari dan menyelamat berjaya menemui tiga mayat remaja itu Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15, di dasar sungai berhampiran satu sama lain.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor Datuk Ab Ghani Daud berkata operasi mencari dan menyelamat terbabit menggunakan teknik kocakan bot yang membolehkan pergerakan pada kesemua mangsa yang tersangkut.

Beliau berkata tempat kesemua mayat remaja itu ditemui turut merupakan tempat yang dihidu anjing pengesan ketika gerakan mencari dan menyelamat.

“Bomba yang melakukan operasi dan menyelamat dalam tempoh 30 jam sejak semalam tidak mempunyai halangan yang begitu sukar kecuali bentuk muka bumi dasar sungai yang tidak rata.” katanya.

Ab Ghani berkata sehubungan penemuan kesemua mayat, operasi mencari dan menyelamat yang disertai 133 anggota merangkumi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat [RELA], Jabatan Pertahanan Awam dan Pejabat Daerah ditamatkan pada pukul 3.00 petang tadi. Setakat ini pihaknya percaya kejadian tersebut disebabkan pasir jerlus di kawasan terbabit. 

Terdahulu, kesemua keluarga mangsa dilihat melakukan solat fardu Zohor dan solat hajat di kawasan kejadian sebelum suasana kemudian bertambah pilu apabila satu persatu mayat remaja itu ditemui. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut hadir meninjau gerakan mencari dan menyelamat terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi semalam, Mohd Hafizuddin yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu dikatakan tiba-tiba tergelincir sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang ke dalam sungai.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri [ADUN] Buloh Kasap Norshida Ibrahim Daud berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai kerja-kerja mengorek pasir oleh sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian lemas itu.

Tebing sebelah kiri dan kanan sungai tersebut katanya telah runtuh dipercayai akibat kerja-kerja menyedut pasir dengan menggunakan jentera penyedut berkuasa tinggi untuk mengeluarkan pasir dari dasar sungai berkenaan.

Pagi tadi, Pegawai Daerah Segamat Abdul Rahim Nin di dalam sidang media berkata beliau telah pun mengarahkan kerja-kerja mengorek pasir berhampiran lokasi kejadian itu dihentikan dengan serta-merta.

Norshidah berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan wang tunai RM500.00 kepada setiap keluarga terbabit bagi membantu urusan pengebumian mangsa.

Berikut senarai nama mangsa yang mati lemas di Sungai Buloh Kasap:

1. MOHD ZATI ZAIDI, 16 
2. MOHD ZIKRI ZAIDI, 14
3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16 
4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16  
5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14 
6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13 
8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16

TRAJEDI MENYAYAT HATI 8 PELAJAR SMK BULOH KASAP 'DISEDUT' PASIR JERLUS


SATU DEMI SATU 'DITELAN' SUNGAI

"YA ALLAH! Zikri.. Ayoi.. tolong aku!" Itu ungkapan terakhir mangsa pertama tragedi lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap dekat sini yg mengorbankan 3 remaja manakala 5 lagi rakan mereka masih hilang, semalam.

  

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang. Sehingga jam 11.00 malam tadi, tiga mayat ditemui iaitu Mohd Hafizul Daniel Norhashim, Mohd Zikri Zaidi dan Naz-rul Aminuddin. Ketiga-tiga mayat itu ditemui dasar sungai berhampiran satu sama lain.

Daripada lapan remaja berkenaan, dua daripada mereka adalah adik beradik, iaitu Mohd Zikri dan abangnya, Mohd Zaki. Empat lagi rakan mangsa, Mohd Shahrul Abd Halim, 14; Mohd Amerul Shah Ammar, 14; Hafizuddin Zamri, 15; Norshafila Abdullah, 16, terselamat kerana tidak terjun ke dalam sungai selepas melihat satu demi satu kawan baik mereka ‘ditelan sungai’.

Semua remaja berkenaan adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap.
 
 

PASIR JERLUS
Kejadian dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu. Apabila mangsa memijak dasar sungai yang mencecah kedalaman sehingga enam meter, kaki terbenam dan ‘disedut’ sehingga gagal menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk So’iman Jahid, berkata lokasi mempunyai kedalaman lebih berbanding tempat lain kerana kegiatan mengorek pasir dilakukan di kawasan itu.

“Cuaca panas sejak kebelakangan menyebabkan air sungai menjadi cetek sehingga terbentuknya teluk dan beting pasir jerlus di tengah sungai.” katanya. 

Sebelum kejadian itu, 12 remaja berkenaan dari Taman Mewah, yang terletak kira-kira dua kilometer dari sungai itu, berjoging di tepi sungai berkenaan. Mereka yang berjoging kira-kira jam 6.30 pagi, singgah menghirup udara pagi di tepi Sungai Muar berhampiran lokasi kejadian. 

Mohd Shahrul berkata, ketika berada di tepi sungai itu, ada dalam kalangan mereka mengingati sesama sendiri supaya tidak pergi ke gigi air kerana bimbang terjatuh. Belum habis bercakap, tiba-tiba Mohd Hafizuddin tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai dan tangan terkapai-kapai.

 

“Pada mulanya, kami ingatkan dia bergurau, tetapi apabila dia tenggelam, Mohd Izoan dan Mohd Noreen terus terjun untuk menyelamatkannya. Apabila melihat Mohd Izoan dan Mohd Noreen tidak juga timbul, Mohd Zikri dan Nazrul Aminuddin pula terjun bagi menyelamatkan mereka.” katanya.

Dalam keadaan cemas dan panik, Nazrul atau dikenali Ayoi, meminta rakannya yang terkapai-kapai dalam sungai supaya bersabar dan mengarahkan rakan di darat mencari tali dan kayu. Bagaimanapun, belum sempat empat rakan yang berada di darat mendapatkan tali atau kayu, Ayoi turut tenggelam.


NEKAD TERJUN 
Melihatkan seorang demi seorang rakan mereka hilang, Mohd Shafiq dan Mohd Hafizul Daniel, nekad terjun untuk menyelamatkan mangsa. Bagaimanapun, kedua-duanya turut mengalami nasib yang sama.

Mohd Shahrul berkata, Mohd Zaki pula tanpa berfikir panjang, terus terjun untuk menyelamatkan tujuh rakan yang sudah tenggelam, tetapi dia juga tenggelam.

“Kami berempat tergamam apabila melihat kelapan-lapan teman baik semuanya tidak timbul.” katanya sambil menambah kejadian itu berlaku dalam masa kurang lima minit.

Sementara itu, Mohd Amerul Shah berkata, dia yang panik dan terkejut, menelefon ibu dan bapa mangsa untuk mendapatkan bantuan. Norshafila, satu-satunya perempuan dalam kumpulan itu, berlari pulang ke rumah bagi memaklumkan kepada keluarga.
 
AL-FATIHAH..

Friday, February 21, 2014

BUAH CINTA


Buah CINTA?! Mungkin ada yang pernah dengar dan ada pula yang menyangkakan jenis ayat atau puisi. Namun jika anda datang ke Cameron Highlands, anda boleh membeli dan merasainya sendiri.

Anyway, kalau kita ke Medan atau Brastagi di Sumatra buah ini disebut "Terung Belanda". Jika kita ke Makassar pula, di sana ianya dinamakan "Buah Tiung". Di New Zealand buah ini dinamakan "Tree Tomato".
 
Buah CINTA ini juga dikenali ebagai "Passion Fruit" berasal dari keluarga Passifloracea dan dipercayai berasal dari Negara Brazil. 
 

Kenapa dipanggil buah CINTA?! Ini kerana rasanya dikatakan mempunyai pelbagai rasa seperti kadang kala anda akan merasainya amat manis, kadangkala pahit dan kadangkala masam.. 

Ianya diibaratkan seperti percintaan yang penuh dengan kemanisan, kepahitan dan rasa yang beradun dalam satu perhubungan..
 
Di Malaysia buah cinta yang berwarna unggu lebih banyak di tanam dan mudah tumbuh kerana sifafnya yang sub tropika. 

Daunya sedikit melebar dengan bewarna hijau terang dan sedikit kekuningan manakala batangnya sederhanan kecil dengan salur akar tunjang.
 

Buahnya selalunya terhasil dalam rangkaian tiga atau dua serangkai dan berwarna hijau muda ketika tempoh awalnya sebelum bertukar menjadi unggu ketika matangnya. Keratan dalaman buah yang masak akan menemukan biji-biji buah cinta yang padat.


Di Cameron Highlands, anda boleh membeli anak pokoknya dengan harga RM7.00 - RM15.00 sepasu mengikut saiz dan jika ingin membeli buahnya anda boleh membelinya di pasar malam, gerai jualan khasnya di Kea Farm dan persimpangan masuk Ladang Teh Sungei Palas. 

Orang kata, kalau anda merasai buah cinta dan mendapati manis rasanya, ini bermaksud percintaan anda diselubungi kemanisan dan kebahagian.. dan begitulah sebaliknya jika terasa masam..
No COMMENT!

Thursday, February 20, 2014

PERBICARAAN AZIZUL dan SHALWATI di SWEDEN: Warkah Maaf Dari AMMAR!


Macam-macam spekulasi yang timbul berikutan kes pasangan Malaysia pukul anak di Sweden, ada yang menyebelahi pasangan ini, ada pula yang mendakwa pasangan ini benar-benar mendera anak mereka.

Dan sekarang tersebar pula surat permohonan maaf Ammar, anak pasangan ini. BACA:-

Surat permohonan maaf yang dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di Sweden yang berusia 12 tahun itu menyentuh hati ramai orang terutamanya Shalwati Norshal. Azizul Raheem Awalludin yang menjadi pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden dan isterinya, Shalwati Norshal didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah hari ini dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di antara 7 dan 14 tahun.

Pegawai Kedutaan Malaysia, adik-beradik Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk memberi pasangan itu sokongan moral. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Muhammad Tayeb.

WARKAH MAAF DARIPADA AMMAR BUAT IBU
"Ibu, saya minta maaf. Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu" 
– Ammar [anak kedua pasangan itu]
Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku. Pasangan ini telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.

Peguam Shalwati berkata, adalah sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya. Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita. Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype, mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.

Sementara itu, Shalwati kelihatan gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah. Dia juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul di dalam pakaian berwarna hijau dan bergari. Dua peguam lain, Johan Kallus dan Clara Hjort, turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan itu jika mereka didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.


RAKAMAN VIDEO AMMAR KEPADA POLIS
Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata dia dipukul 'lebih seribu kali' dalam masa setahun. Ammar turut mengaku ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin iaitu pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, dibicarakan pada hari kedua di Mahkamah Daerah Solna di sini atas tuduhan mendera anak-anak mereka.

Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.

"Saya rasa selepas ini ibu bapa saya tidak suka saya, tidak sayang saya. Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul jika mereka tahu saya tidak di sekolah." kata Ammar [temuduga telah dijalankan oleh pihak polis semasa waktu sekolah dengan kebenaran penolong guru besar].

Ammar menerangkan tiga insiden yang menyebabkan dia dipukul iaitu memasang muzik dengan kuat ketika dia sepatutnya menyiapkan kerja rumah apabila bergaduh dengan kakaknya Aishah semasa hendak ke sekolah dan ketika dia belajar al-Quran dengan ibunya.

Shalwati dan Azizul Raheem kelihatan suram semasa menonton temuduga yang dipertontonkan ketika perbicaraan itu dengan Shalwati menggigit bibir dan suaminya menundukkan kepalanya.

Apabila ditanya jika adik-beradiknya turut sering dipukul, Ammar mendakwa mereka hanya dipukul kadang-kadang jika dibandingkan dengannya.

Walau bagaimanapun, Ammar beberapa kali menyebut bahawa dia 'layak dipukul' kerana menurutnya hukuman itu dibuat kerana tindakan yang sering melakukan kesalahan.

Apabila ditanya siapa yang menentukan hak untuk dia dipukul, Ammar berkata dia yang menentukannya sendiri.

Perbicaraan disambung pada hari Khamis.
 
Keadaan di mahkamah semasa perbicaraan pasangan ini di Sweden
DAKWAAN
Pegawai pendakwaan, Arnell bermula dengan mengemukakan tuduhan terhadap Shalwati, bermula dengan dakwaan menggunakan penyangkut baju, kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani untuk memukul anak mereka. Beliau juga menggariskan tuduhan terhadap Azizul, termasuk menampar Ammar sehingga jatuh ke lantai dan pukulan pada badannya ketika dia berada di atas lantai. Bagi pertuduhan lain, beliau berkata Azizul memaksa Ammar untuk duduk di satu sudut lebih dari lapan jam tanpa makanan.

GANTIRUGI
Kallus membuat tuntutan gantirugi untuk Ammar, 12, dengan tuntutan sebanyak RM49,100.00 [Krona Sweden 96,200] kerana didakwa melanggar integriti, penderitaan mental dan fizikal Ammar. Bagi anak pasangan itu yang lain, Adam, 11, jumlah tuntutan ganti rugi adalah RM27,500.00 [Krona Sweden 54,000], Arif, 7, RM31,600.00 [Krona Sweden 62,000] dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun, Aisyah, RM31,600.00 [Sek 62,000].

Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama 10 hari. Keterangan dalam kes termasuk sembilan jam rakaman polis dengan anak-anak pasangan itu. Selepas rehat waktu tengah hari, mahkamah telah ditunjukkan tiga klip video Arif sedang ditemuramah oleh seorang polis wanita .

NASI SUDAH MENJADI BUBUR
Seperti peribahasa di atas, kes ini semuanya bermula daripada pertembungan budaya serta sikap anak-anak yang sering memberontak. Seperti semuanya sudah terlambat untuk Ammar mengakui kesilapannya. Apapun, kita doakan pasangan Malaysia, Puan Shalwati dan En. Azizul dilepaskan daripada semua pertuduhan. Semoga kes ini menjadi iktibar kepada setiap keluarga di negara ini.
 
 

Sumber dari:
http://www.tranungkite.net/ 
 

 

MACAM2 AIRYL.. lagi dan lagi!

Masih tetap macam tu jugak! Sibuk dgn 'tab' nya..

 
Bkn main khusyuk dgn game..

 
 
Peace Yo! Hehehe.. Muahsss!

Wednesday, February 19, 2014

DBKL PERKENALKAN CAJ KESESAKAN!


DBKL tiada pilihan lain selain memperkenalkan peraturan menghadkan kenderaan luar dan mengenakan 'Caj Kesesakan' melalui zon larangan waktu puncak!

Sumber dipetik dari:

COOL BLOG!


CoolBlog kegemaranku.. dh semestinya perisa Honeydew + Bubble Tea. Yummy! Klu bole hari2 mau! Hehehe..

bluerose99.blogspot.com/bubble.tea

MACAM2 AIRYL..

Airyl dgn 'tab' nya mmg tk boleh dipisahkn. Biar la org lain nk makan ke.. apa ke.. dia tetap dgn 'game' nya. Nk buat mcm mna?! Redhooo..

 
 
 

ENGKU EMRAN DIBERI HAK PENJAGAAN ENGKU ALEESYA


Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon dan pengacara program Primadona, Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa. Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari. Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 [Negeri Selangor].

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut. Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.


Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya. 

Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin. Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie, Roslan Sujak Rafiee. Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian. Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.

Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam

Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai. "Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai." katanya. Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.

Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.


Kalau sudah tertulis jodoh sampai ke sini saja, apa lagi yang mampu kita lakukan?! Semoga tanggungjawab selaku ibu dan bapa kepada Engku Aleesya tidak akan diabaikan oleh Erra dan Engku Emran. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka. Takziah atas penceraian ini. Hanya mereka yang tahu apa yang terbaik.  
 

Tuesday, February 18, 2014

EPAL FUJI

Epal kegemaranku dh semestinya Epal FUJI..

FUJI APPLE.. FUJI SAKI.. MALUS DOMESTICA FUJI.. 

Epal Fuji yang dikatakan berasal dari epal yang diklon oleh seorang petani di Tohoku Research Station di  Fujikasi, Aomori, Jepun pada akhir tahun 1930an dan mula dipasarkan sekitar tahun 1962.

Epal Fuji ini  merupakan hasil dari benih yang dicantumkan  antara dua kelainan epal Amerika, Delicious Merah dan epal tua Virginia Ralls Genet [kadang-kadang disebut sebagai 'keldai betina' Rawls].

Epal Fuji biasanya besar atau sangat besar dan bulat. Setiap sebiji mengandungi antara 9% - 11% gula selain mengandungi serat, mineral karoten dan vitamin C. Serat yang tinggi di dalam epal boleh membantu menghindari beberapa jenis penyakit seperti kegemukan, barah usus dan penyakit jantung.

Penyakit-penyalit tersebut boleh dihindari kerana kandungan serat seperti pektin dan serat-serat yang lain boleh larut dan dihancurkan oleh bakteria di dalam usus. Sebahagian asid organik dibebaskan dalam proses tersebut. Salah satu daripada asid organik itu ialah asid butirik yang menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usus yang sihat. Asid butirik juga didapati boleh melemahkan enzim yang diperlukan oleh sel barah usus untuk merebak.

 

Kulit berwarna merah muda, isi yg gebu dan berair  berbanding epal lain bahkan epal Fuji tahan segar selama 6 bulan tanpa cuaca yg dingin.

Di Jepun, epal Fuji menjadi yg terbaik kerana teksturnya. Epal Fuji cukup banyak ditanam dan pengeluarannya banyak di utara Jepun, Cina dan Amerika Syarikat. Epal Fuji memerlukan banyak sinar matahari untuk buahnya matanf dgn baik sehingga ditanam secara komersial di Inggeris.

Mengikut kajian epal boleh mengurangkan risiko barah kolon, barah prostat dan barah paru-paru. Berbanding dengan buah-buahan yang lain dan sayur-sayuran, epal mengandungi jumlah vitamin C yang tidak seberapa, tetapi kaya dengan sebatian antioksidan yang lain. Biarpun tidak sebanyak buah-buahan lain, namun kandungan serabut dalam epal membantu mengawal pergerakan usus secara lembut dan sihat, maka ia dapat mengurangkan risiko barah kolon. 


Serat epal juga membendung penyakit jantung, mengawal berat badan dan tahap kolesterol kerana buah epal tiada kolesterol dan ada serat yang mengurangkan kolesterol dengan mencegah penyerapan semula. Terbukti bahawa bahawa epal yang dibiakkan secara in vitro memiliki sebatian fenol yang boleh mencegah barah serta menunjukkan aktiviti antioksidan. Fitokimia fenol yang utama dalam epal adalah kuersetin, epikatekin dan prosianidin B2. Namun demikian benih epal adalah sedikit beracun kerana mengandungi sedikit amigdalin, sejenis glikosidasianogen meskipun boleh menghindarkan burung, namun tidak cukup berbahaya kepada manusia.


Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Iowa, Amerika Syarikat, kulit epal yang mengandungi asid ursolik mampu membantu mengekalkan tahap kolestrol dan gula dalam darah pada peringkat terkawal. Selain itu, apabila tindak balas antara asid ursolik dengan hormon tubuh badan ternyata ia mampu mengekang sedikit demi sedikit penyusutan otot akibat proses penuaan.

 

Friday, February 14, 2014

BEDAK TALKUM UNDANG MAUT!


AMARAN! 
Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari. Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang [CAP] hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu. Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari. Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari."

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir." katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya. Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras. Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi." ujarnya.
 

Thursday, February 13, 2014

WANITA PERLU LEBIH TIDUR!


New York: Siapa memerlukan lebih banyak tidur, WANITA atau LELAKI!

Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki jawapannya: Otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas pada siang hari.

Saintis Universiti Duke di North Carolina, mendapati wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah.

Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur, menurut Science World Report. 

Risiko Penyakit Jantung

Kajian sebelumnya turut mengaitkan faktor kurang tidur kepada risiko penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh.

Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur mendapat radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.

Dr Breus berkata wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang.

Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk.

"Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri." kata Prof Jim Horne, Pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough.

"Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan.

"Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan." katanya.

Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. 

- Sumber Dari: BERITA HARIAN

Friday, February 7, 2014

'UNFRIEND' and 'BLOCK' di FACEBOOK?!


Erk! Ada orang ‘unfriend’ n ‘block’ aku di FB?! Tkpe la. Maybe aku bukan kawan FB yg baik.. juga bukan Erra Fazira atau Luna Maya! Hehehe..

Maybe juga sbb komen2 aku menyakitkan hatinya atau mungkin antara aku dengannya mempunyai pendapat atau aliran yg tidak sama..

Anyway, aku baru perasan rupanya ada 49 ‘Friend Request’ kt FB. Disebabkan kekangan waktu n keterbatasan masa untuk online.. tk berkesempatan utk nk ‘Approve’. Sooooo sorry!
 
Tazkirah hari ini..
.. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang2 yg memutuskan silaturrahim!" 
[HR al-Bukhari dan Muslim]..

Wallahualam.. 

HAPPY BIRTHDAY To Me! Terima Kasih Kepada Semua Yang Wish..

.. ucapan paling bermakna from my Beloved Husband! Nangesss..

Jutaan terima kasih yg tk terhingga kepada rakan2 yg mengenali especially rakan2 FB, Instagram, Blog.. yg sudi mengucapkan ucapan HAPPY BIRTHDAY serta turut mendoakan kesejahteraan, rezeki yg murah serta umur yg panjang. Semoga doa2 yg dipanjatkan akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa..

Meskipun ianya sekadar sebaris ayat yg diucapkan setahun sekali, tetapi hakikatnya bukan senang untuk memberi ucapan.. walaupun hanya dgn membuat beberapa klik n menaip..

.. antara rakan2 FB yang wish birthday! TQ..

Terima kasih juga buat rakan2 yg melayangkan kad ucapan, juga yg mengalunkan halwa telinga ini dengan dendangan lagu ‘Selamat Hari Jadi’.. semuanya cukup bermakna buat aku!
Kalau ikutkan hati nak je aku jumpa semua n ucapkan terima kasih ‘personally’ kt sorang2.. tapi apakan daya tiada kesempatan untuk itu semua!

Maaf andai aku tak memberi ucapan ‘hari lahir’ kepada kalian sebelum ini dek kekangan waktu n keterbatasan masa untuk online. 

Semoga kalian semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan tubuh badan, diberikan keberkatan oleh Allah SWT, kebahagiaan serta kejayaan di dunia n akhirat. 

Aminnn..

Monday, February 3, 2014

TAPAI PULUT SARIMAH

.. hanya di Melaka. Hehehe..

Menu WAJIB kirim setiap kali adik yg stay di Melaka balik kampung..

PADA zaman dahulu banyak pantang larang yang perlu dipatuhi dalam proses pembuatan pencuci mulut.. tapai. Antaranya si pembuat tidak boleh makan sirih atau mendekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna merah. Mengikut kepercayaan, jika pantang larang itu diingkari, tapai yang berwarna putih itu akan berubah warnanya menjadi merah dan rasanya kurang enak. Kepercayaan itu juga termasuklah si pembuat tapai tidak boleh makan makanan yang masam ketika membungkus kerana ia akan menyebabkan rasa tapai berubah menjadi masam.

Hari ini, tapai yang dianggap sebagai makanan tradisional bukan hanya dihidangkan pada majlis-majlis keraian di kampung-kampung bahkan ia juga dihidangkan di kebanyakan hotel bertaraf lima bintang.

Perniagaan tapai pulut Sarimah misalnya, turut mematuhi beberapa banyak pantang larang ketika proses pembuatan tapai. Tampil dengan slogan iaitu Anda Akan Menjadi Penggemar Sejati, tapai pulut Sarimah menawarkan tiga perisa tapai yang berbeza. Tapai yang terbahagi kepada tiga jenis perisa itu terdiri daripada perisa pandan dengan pembalutnya berwarna hijau, perisa ros berwarna merah dan warna semula jadi untuk perisa asli.

“Idea untuk menghasilkan tapai tiga perisa ini adalah hasil perbincangan bersama isteri, Sarimah Rashid, 38, yang mahukan kelainan berbanding tapai-tapai yang sedia ada di pasaran.” kata pemilik perusahaan dan pengawetan tapai pulut Sarimah, Abdul Aziz Jais, 52, ketika ditemui baru-baru ini. Menurut Abdul Aziz, pembuatan tapai menuntut ketelitian yang tinggi bagi mengekalkan rasa manisnya. 

Cara membuat tapai pulut ialah pulut perlu dicuci bersih dan direndam semalaman. Selepas itu pulut tersebut dikukus selama satu jam. Semasa dikukus, pulut perlu direnjis dengan air supaya ia cepat masak. Selepas hampir satu jam, pulut tersebut diletakkan di atas troli beralaskan plastik pada suhu 35 darjah Celsius. Pada suhu yang disifatkan sebagai suam-suam itu, taburkan ragi di atas pulut. Pulut tersebut kemudiannya sedia dibungkus dengan kertas dan ditimbang untuk dimasukkan ke dalam kotak.

“Kami lebih selesa menggunakan plastik sebagai alas dan dibalut dengan kertas warna mengikut perisa. Bungkusan-bungkusan pulut itu dimasukkan ke dalam kotak dan sedia untuk dijual.” katanya.
Ujar Abdul Aziz, walaupun tiada pantang larang tertentu dalam pembuatan tapai pulutnya, tidak bermakna dia tidak mengamalkan pantang larang orang dulu-dulu. “Apa yang paling penting dalam proses pembuatan tapai pulut ialah kebersihan dan cara kerja yang teliti kerana tapai pulut ini boleh dikatakan sebagai makanan yang sangat sensitif kepada si pembuatnya.” katanya. 

Selepas empat tahun mencuba, membuat dan menjalankan perniagaan menjual tapai perisa asli dan pandan, Abdul Aziz dan isteri merasakan mereka perlu mencuba sesuatu yang baru bagi menarik perhatian orang ramai. Tambahnya, sebelum ini tapai aiskrim dan tapai ubi selalu menjadi sebutan. Orang ramai hanya dapat merasa dua perisa tersebut selain daripada perisa asli dan pandan. Bagi memberi kelainan kepada penggemar tapai, Abdul Aziz, isteri dan pekerjanya bersetuju untuk mencipta perisa baru iaitu tapai pulut ros.

Apakah keistimewaan tapai pulut Sarimah berperisa ros?!
Selain rasa yang manis, tapai pulut itu juga berbeza daripada tapai-tapai yang lain. Bahkan, tapai perisa tersebut juga mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.

Kepada mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 06-3853 041 atau terus ke Lot 2635, Kampung Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

6 FAKTA TENTANG KFC YANG ANDA TIDAK TAHU!

 

Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KENTUCKY FRIED CHICKEN adalah antara restoran franchais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. KFC memang terkenal.. tapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC?!

Selama ini kita hanya makan ayam goreng KFC tu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih, berkacamata dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.

1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan “Kentuck Colonel”.

5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk 'franchaising' bisnes ayam gorengnya.

6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.

JALAN2 KE PORT DICKSON..

Pada cuti Thaipusam yg lalu kami telah berkesempatan untuk jalan ke Port Dickson. Agak lama juga kami tk ke PD ni! Ni pun kira 'last minute' planning. Pagi Khamis aku saja2 try booking hotel Glory Beach Resorts.. nasib baik ada kosong! Hehehe..

Fikir nk stay kt Glory tu sbb teringat dulu pantai kt belakang tu bersih sangat. Mmg syok nk mandi! Rupa2nya area pantai blkg tu skrg 'under construction'. Maybe dia nk buat tambak kot?! So tk dapek la nk mandi manda kt pantai blkg tu. Kami terpaksa drive ke pantai Teluk Kemang untuk mandi pantai..
 

Dh lama tk ke PD rupanya banyak gerai Coconut Shake kt sni skrg ni. Dalam banyak2 gerai Coconut Shake, gerai 'Original PD Coconut Shake Power' ni la yg paling best sekali!

Mandi manda n bermain pasir di Pantai Teluk Kemang..
Macam2 gaya Airyl 'berenang'..
Di hadapan Blok F.. hotel penginapan di Glory Beach Resorts, PD..

Pemandangan di belakang hotel Glory Beach besebelahan hotel Grand Lexis.. 'under construction'. So nk mandi pn tk bper sesuai sbb banyak lumpur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...