Wednesday, October 30, 2013

KEBAIKAN MANDI SONGSANG


Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.

Apakah itu mandi songsang?
Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala.

Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri. Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah . Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan di`setting’ kan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi, apa itu mandi songsang?
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. [kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.]

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN

■  Menjadikan pengamalnya AWET MUDA dan FRESH. 
■  Mengembangkan salur darah otak - menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baiik untuk berfungsi.
■  Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
■  Mengurangkan tekanan [stress] yang telah dihasilkan oleh otak.   
■  Melancarkan perjalanan darah.
■  Menjadikan pengamal semakin pintar. 
■  Meninggikan daya ingatan. 
■  Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
■  Menjadikan `state mood’ yang tenang dan ceria.
■  Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
■  Memiliki daya ketahanan mental.
■  Menambahkan semangat berani.
■  Menguatkan gigi dan gusi.



... dan banyak lagi yang akan diketahui apabila diamalkan.

BAHAYA PENYEGAR UDARA!


Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari. 

Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu toluena, benzena, formaldehid dan phthalates. Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates – bahan mengganggu sistem endokrin [EDS] terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut. Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.
  
"Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi.” katanya.

Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya. Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu. Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates.

Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu. "Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan." katanya.


 

Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya. Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan. Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang.
 

MENGAPA USIA 20an SUDAH MULAI BERUBAN?!


Apabila seseorang itu telah mencapai usia 20an, sebahagian daripada golongan ini akan menampakkan ketumbuhan putih di rambut mereka.

Walaubagaimanapun  masalah rambut beruban dalam usia ‘muda’ ini kemungkinan besar adalah berpunca daripada masalah genetik atau keturunan. Ada juga yang akan cepat beruban sebab terlalu banyak berfikir perkara yang berat-berat.


Selain itu, stress atau tekanan akibat bekerja kuat dan belajar juga merupakan faktor kebiasaan yang dikenalpasti menjadi punca sesetengah orang sudah tumbuh uban walaupun baru berusia 20an.  Secara psikologinya, pertumbuhan uban mungkin boleh dikurangkan dengan kaedah menenangkan diri. Maksudnya kalau berpeluang, elakkan daripada berterusan menghadapi situasi yang menyebabkan stress.

Masalah yang menyebabkan stress atau tekanan mungkin tak boleh dielak 100% tetapi ia boleh dikurangkan dengan pemikiran bahawa tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Semuanya hanya memerlukan masa. Justeru jangan membuatkan diri terlalu tertekan akibat memikirkan sesuatu masalah atau isu yang dihadapi.

Rawatan menginai rambut juga boleh diusahakan untuk menutup uban atau cuba tips hitamkan uban.
Jika ada lebihan wang, boleh saja dapatkan rawatan di salun-salun kecantikan yang berlesen dan bertauliah untuk mendapatkan impak warna rambut yang gelap, sekata, cantik, rata dan bersinar. Disarankan seboleh-bolehnya jangan dicabut uban tersebut.

Sebabnya berdasarkan pemerhatian, kebanyakan yang mencabut uban akan mendapati uban lebih banyak tumbuh. Ada pula yang menghadapi masalah ‘botak’ akibat terlalu kerap mencabut uban dan rambut gatal

ISTANA PALING BERHANTU DI SCOTLAND


Istana Edinburgh ini dulunya sebagai tempat mukim bagi keluarga kerajaaan Scotland pada abad ke 12. Namun, Istana Edinburgh sudah dihuni sejak 900 tahun lalu.

Dipetik dari laman rasmi Istana Edinburgh, diceritakan aneka pertempuran dan pengepungan terjadi di istana ini. Banyak keluarga kerajaan hidup dan meninggal di dalam istana ini. Sebuah puisi kuno menceritakan para kesatria gagah berani berpesta di sini, sebelum pergi ke medan perang dan mati.
 

Istana ini menjadi rumah bagi keluarga Kerajaan Scotland. Ratu Margaret menghembuskan nafas terakhirnya di sini pada tahun 1093. Kemudian Ratu Scotland Mary Queen, ibu dari Raja James VI meninggal tahun 1566. Istana ini menjadi pengkalan tentera tahun 1600an.
 
Tahun 2001, beberapa pasukan paranormal pernah mengadakan penelitian tentang keberadaan hantu-hantu di dalam istana. Anehnya, mereka melaporkan kejadian yang sama persis dengan cerita masa lalu. Mereka mendapati banyak tokoh penampakan hantu.
 
Sejak tahun 1996, semua tempat di mana raja-raja bertakhta selama beberapa abad lamanya kini dipamerkan. Di sana pelancong boleh melihat semua rahsia dan benda-benda Kerajaan Scotland yang masih mempunyai nilai seni tinggi.
 
Ketika memasuki dalam bilik, terlihat ruang yang sedikit pencahayaan. Istana ini terbahagi menjadi 12 bangunan yang pelbagai fungsi seperti muzium, bilik tarian dan beberapa bangunan yang lain. Namun siapa sangka, bangunan yang menyeramkan ini ternyata menjadi ikon destinasi pelancongan di Scotland dan menjadi tapak warisan budaya UNESCO.
 
Jika datang ke sana, perbezaan musim menentukan waktu buka Istana Edinburgh. Jika pada musim panas istana ini buka pada pukul 09.30am - 18.00pm waktu setempat. Sedangkan ketika musim salji dibuka pada dari pukul 09.30am -17.00pm waktu setempat. Anda perlu membayar harga tiket dewasa sebanyak 16 Euro  dan harga tiket kanak-kanak  9,60 Euro .
 

Tuesday, October 29, 2013

MACAM2 AIRYL...

Baring2 layan Oggy and the Cockroaches...

MAKE UP UNTUK KULIT GELAP

Di dunia ini manusia memiliki banyak macam jika kita lihat secara fizik, mulai dari yang pendek, tinggi, gemuk, langsing dan masih banyak lagi bentuk tubuh manusia itu bahkan sampai warna kulit... tetapi sebenarnya bentuk tubuh atau warna kulit bukan penghalang bagi anda untuk dapat tampil cantik. Kuncinya adalah anda harus pintar merias diri agar dapat tampil secantik mungkin. Bagi anda yang mempunyai warna kulit gelap anda harus mengetahui tips make up untuk kulit gelap agar pemilihan warna yang nantinya akan anda gunakan tidak salah.
 

Kita sering melihat banyak orang Negro yang memiliki warna kulit yang gelap tapi tetap tampil cantik di public, itu kerana mereka mempunyai tata rias yang professional. Walaupun anda tidak memiliki tenaga professional dalam urusan tata rias, bagi anda yang memiliki warna kulit gelap anda dapat mencuba tips make up untuk kulit gelap ini agar anda dapat lebih maksimal dalam merias diri.
  • Untuk pemilihan warna blush on, anda dapat mencuba warna seperti rose, deep orange dan coral. Dengan tambahan bayangan warna cokelat dan peach akan tambah membuat wajah anda sempurna. Pakai blush on pada sepanjang tulang pipi.
  • Gunakan warna-warna natural untuk eye shadow seperti merah bata atau cokelat. Jangan mencuba eye shadow dengan menggunakan warna-warna terang khususnya putih. Pada bagian atas kelopak mata anda gunakan warna coklat terang. Lalu pada lipatan kelopak mata anda dapat menggunakan warna cokelat gelap lalu baurkan keluar, mata anda tampak dalam dengan melakukan hal ini.
  • Dengan menggunakan eyeliner yang mempunyai warna gelap, mata anda akan tampak lebih besar, apalagi dengan tambahan maskara yang anda gunakan pada bulu mata, penampilan anda akan lebih istimewa.
  • Warna anggur, copper, merah tua, burgundy dan bronze sangat sesuai untuk dijadikan pilihan warna lipstick anda. Anda juga dapat mencuba untuk memadukan dua warna di atas untuk bereksperimen pada siang hari. Warna lipstick yang gelap dapat anda gunakan untuk malam hari... dan yang pasti jangan mengoleskan terlalu tebal kerana anda akan kelihatan lucu.
Mungkin itulah beberapa tips make up untuk kulit gelap. Semoga dapat membantu anda untuk mempercantikkan diri mengahadapi moment yang istimewa...

Friday, October 25, 2013

AN ELDERLY CHINESE STREET CLEANER WITH HIS GRANDDAUGHTER

Sanitation worker nuzzles granddaughter on street, the brief tender moment or true love captured becoming famous on the internet.

 
 

Internet Post: Happiness and One’s Position In Society Are Unrelated 
June 3rd, evening, Jin Yunzhong posted a photograph titled “Happiness” on the Fengniao.com discussion forum featuring an elderly man wearing a sanitation worker vest sitting on the cement wall beside a roadside green belt, his hands cupping the face of a young girl, the two of them smiling and laughing as they touched their noses together.

The poster at the same time said that city cleaners or sanitation workers belong to a group of people who are considered at a very low level of society who often are discriminated against and even face safety risks. However, they have their own happiness and as his grandchild sits on his knees kissing him, a smile and happiness is instantly written across his face!

MEREKA MUNGKIN AHLI SYURGA


Dalam kehidupan seharian kita sering melihat pengutip sampah, tukang sapu, ‘Pak Guard’ dan seumpamanya.
Pernahkah kita melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja2 rendah am seperti mereka?!
Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.

Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita. Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.

Beberapa soalan:
  • Pernahkah anda menyapa mereka?!
  • Pernahkah anda menggembirakan mereka?!
  • Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka?!
  • Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari Raya dan sebagainya kepada mereka?!
Adakah anda sentiasa memudahkan kerja2 mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?!
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka…

Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai ‘jaga’ atau ‘Security Guard’ di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah.

Dia terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun dia tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walaupun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori ‘tidak wajib’ untuk membayar zakat.

Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga!

Artikel: iluvislam.com

POKOK HIASAN YANG BERACUN!


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. 

Jika anda sayangkan anak2 dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini dgn segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak di ruang tamu atau di tempat letak kereta, pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak2 anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda menggigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak2 dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak2 yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa2 mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak di ruang tamu atau di tempat letak kereta akan membawa padah.

Kesan apabila menggigit daun beracun... lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran2 dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat2 dan sekolah2 sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam...

The name of this plant is Dumb Cane
Botanical name: Dieffenbachia
Family: Araceae
Malay Name: Pisang Tanah
 

Thursday, October 24, 2013

5 TIPS YANG MEMPENGARUHI KECANTIKAN dan KESIHATAN WANITA


Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat! Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua.

Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:

SENAMAN MEMBINA PERIBADI POSITIF
- Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

MEROKOK MENAMBAH USIA DI WAJAH
– Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

MAKANAN BERLEMAK AKAN MENGHANTUI ANDI DI USIA TUA
– Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

PERKEMBANGAN TULANG WANITA AKAN BERHENTI PADA USIA 35 TAHUN
– Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20an dan 30an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

SAYANGI DIRI LEBIH DARI ORANG LAIN
– Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi "SUPERWOMEN" yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

'PEACE YO!' kata Airyl...

Semenjak dua menjak ni mcm tu je la style dia! Hahaha...


AIRYL dan TAB nya...

 Bangun tido pkul 6.00am je terus... 'Mommy, nk main game baru!'
... tiap2 ari la Abah kna download game baru. Klu tkde game baru mmg 'meroyan' la bdk Airyl ni. Cepat sangat bosannya!


Paling dia suka dh semestinya game 'repair' n 'modified' kereta...

BIBIR CANTIK BAK DELIMA MEREKAH


Bibir yang mengukir senyuman lebih bermakna daripada seribu kata-kata. Bahagian inilah yang sering menjadi tumpuan apabila bertemu seseorang. Daripada senyumannya, telah dapat menggambarkan kemesraan yang bakal dilalui sepanjang mengenali seseorang itu.

Tambah lagi sekiranya bibir yang penuh dan tebal dan dipalit pula dengan gincu yang berwarna terang lagi menawan, menyerlahkan lagi keseksian si empunya wajah. Apapun hakikatnya setiap daripada kita memiliki bibir semula jadi yang cantik dan ia jadi lebih menawan dengan satu sentuhan saja. Bantuan sentuhan daripada gincu bibir telah menambahkan keseksian pada bibir. Tanpa bantuannya bibir seakan-akan mati tanpa serinya.

Kepentingan gincu bibir bagi menaikkan seri wajah seseorang wanita ini bukanlah suatu yang muncul pada zaman ketamadunan tetapi telah dipraktikkan sejak zaman kuno lagi, cuma penggunaan bahan sahaja berlainan.

Jika dahulu di zaman Babylon, wanita menggunakan bahan seperti batu semimulia yang ditumbuk dan debunya digunakan untuk mewarnai mata dan bibir, manakala bangsa Mesir kuno kemudian membuat ramuan khusus untuk gincu bibir, bahkan Ratu Mesir yang terkenal iaitu Cleopatra mengenakan warna bibir merah menyala yang dibuat daripada ramuan kumbang merah dan semut merah.

Bahkan di rantau Asia penggunaan sirih yang selalu dipraktikkan di kalangan wanita India dan Melayu untuk memerahkan bibir bagi menaikkan seri bibir yang mulus lagi seksi.

Namun begitu dengan peredaran zaman, penggunaan bahan-bahan seperti itu telah semakin ditinggalkan malah telah dilupuskan langsung kerana kemodenan reka cipta peralatan solek.

Kata-kata yang menggambarkan keseksian bibir yang sering didengar iaitu bak delima merekah menggambarkan keadaan bibir yang cantik, mungil dan menggiurkan. Bibir yang sempurna menambah rasa keindahan kepada si pemilik atau individu, ditambah palitan gincu pada bibir mengikut kesesuaian wajah bagi membangkitkan aura keperibadian tertentu.

Jarang kita melihat bibir yang tidak dipalit gincu. Setidak-tidaknya warna tanah yang bersesuaian dengan bibir agar tidak nampak terlalu pucat dan tidak berseri.

Terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mendapatkan bibir yang sihat dan menawan.


Merawat Bibir Merekah
Atasi masalah bibir merekah dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Bibir Merah Semulajadi
Untuk mendapatkan bibir yang merah semulajadi, amalkan dengan menyapu madu lebah di bibir semalaman [semasa tidur].

HIDUP SIHAT dan AWET MUDA


Sewaktu usia semakin memanjat tinggi, perubahan fizikal semakin ketara. Kedutan di wajah, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, tubuh badan semakin membongkok dan kekuatan fizikal yang terhad. Keadaan ini membuat kita takut untuk menghadapi masa tua.

Setiap orang akan menghadapi masa tua jika umurnya panjang. Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, 'Sediakan Payung Sebelum Hujan'. Proses ketuaan setiap orang itu berbeza. Ia bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan.

Kini terdapat pelbagal rawatan kecantikan, perubatan moden mahupun tradisional yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun sudah dimamah usia. Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas. Ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas.

Ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan dirinya nampak lebih tua, seperti mengambil minuman keras, merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan dan mempunyal sikap negatif. Manakala individu bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.

CARA-CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN:

1. Diet dan makanan tambahan - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.

2. Pengambilan makanan tambahan seperti IgG Plus, BioYoung, Spirulina, Jus Pati Kurma 3K dan lain-lain dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh.

3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.

4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa lakukan juga senaman wajah.

5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.

6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.

7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.

8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.

10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda.

BRUNEI DARUSSALAM LAKSANAKAN HUKUM HUDUD


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara Brunei termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina. Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu telah diwartakan selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji. 

Suatu masa dulu baginda pernah bertitah, “Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu?! Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu.”

Sebelum ini Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67 tahun antara lelaki terkaya di dunia berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak. Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.


“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini tanggungjawab kita terhadap Allah sudah ditunaikan.” kata Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapannya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka.

DR AZIZAN OSMAN LETAK JAWATAN


Telah tersebar tentang berita perletakkan jawatan Dr Azizan Osman dalam Richworks Group of Companies. Perletakkan jawatan itu berkuatkuasa pada 1 Oktober 2013.

Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor dan Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies. Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies.

Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Yasmin menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.

Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.

Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.

PETUA MENINGKATKAN DAYA INGATAN


Sebenarnya kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

■  Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

■  Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat atau data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

■  Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu kawal tekanan anda dengan baik seperti membaca Al-Quran, bermeditasi, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

■  Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan... tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementerian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

■  Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

■  Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

■  Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

■  Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Anyway, buku 'Teknik Meningkat DAYA INGATAN Anda' ini ditulis oleh seorang warga Indonesia yang bernama Irwan Widiatmoko... dan sudah pn berada di pasaran Malaysia.

Inshaa Allah niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati!

KHASIAT EPAL HIJAU


Tidak ramai yang tahu tentang khasiat memakan buah epal hijau ini. Kebiasaannya tertumpu kepada epal merah kerana rasanya yang lebih manis berbanding hijau sedikit masam. 

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

■  Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
■  Mengurangkan risiko penyakit jantung.
■  Membantu kesihatan membran paru-paru.
■  Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia [boron] pada mineral tulang.
■  Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
■  Membantu mengekalkan berat badan.
■  Mengurangkan tekanan penyakit asma.
■  Mengurangkan risiko barah.
■ Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
■ Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
■  Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

MOM and ALEESYA...

Mom n Aleesya...enjoying every moment!



Wednesday, October 23, 2013

BIG APPLE DONUTS and COFFEE at AEON SERI MANJUNG

Aku bukanlah penggemar tegar BIG APPLE Donut. Setakat makan seketul dua tu OK lah... tapi sejak akhir2 ni Airyl suka sangat. Makan 2 ketul pn tk cukup!


Satu fakta yg aku baru tau... Big Apple Donut made at the lowest level of sweetness possible walaupun dark chocolate n mereka juga mengurangkan penggunaan gula seminima yang mungkin! 


As for me klu dibandingkn dengan donut2 yg lain BIG APPLE Donut ni lebih lembut n sedap. Harganya pn berpatutan iaitu RM13.00 untuk 6 biji. Pilihan Airyl selalunya adalah Berry Bambi atau Pink Twister manakala aku plk dh semestinya Californian Almond...

FAKTA UNIK TANGAN KIDAL


Kidal adalah suatu kebiasaan lebih dominan menggunakan tangan kiri untuk melakukan pekerjaan seperti menulis, makan atau melakukan pekerjaan yang berat menggunakan tangan.

Menurut The Left Handers Club, sebuah organisasi orang-orang kidal tak pernah menganggap bahwa kidal itu adalah sebuah kelainan tapi sebaliknya, mereka malah menganggap kidal adalah sebuah keunikan.

Sampai saat ini belum ada  doktor atau ilmuwan yang mengerti pasti apa penyebab kidal. Ada beberapa teori yang mencetuskan alasan kenapa seseorang kidal tapi kebenarannya belum teruji secara pasti.

Menurut Fabiola Priscilla Setiawan, M.Psi. psikolog anak dan remaja kidal terjadi bila otak kanan seseorang lebih dominan dibanding otak kirinya.
"Otak kanan itu mengatur bagian tubuh sebelah kiri sedangkan otak kiri mengatur tubuh sebelah kanan. Orang yang lebih nyaman menggunakan tubuh sebelah kiri termasuk tangan kiri, bererti otak kanannya yang lebih dominan." ujar psikolog yang akrab dipanggil Mbak Febi.

Gara-gara didominasi otak kanan orang kidal jadi jauh lebih kreatif dibanding orang-orang yang biasa menggunakan tangan kanan. Otak kiri fungsinya mengatur hal-hal yang berhubungan dengan logika sedangkan otak kanan mengatur hal-hal yang abstrak seperti seni, bahasa, musik dan emosi.

"Itulah sebabnya, orang-orang yang kidal biasanya mahir menggambar. Jadi, tidak hairan kalau banyak musisi, pelukis, aktor dan seniman yang bertangan kidal." kata psikolog yang berpraktek di Lembaga Psikologi Terapan UI ini.

Akibat otak kanan lebih dominan anak-anak yang kidal juga biasanya punya daya khayal dan imajinasi yang tinggi yang bikin mereka jadi lebih kreatif dibanding anak-anak bertangan kanan.

TETAP KIDAL

Kalau anda kidal jangan sekali-kali berusaha untuk berubah jadi right-hander alias pengguna tangan kanan walaupun kalau disuruh oleh orang tua atau guru. Bila dipaksakan efeknya justeru bakal tidak bagus buat anda baik secara psikologis maupun secara prestasi. 

Fakta-fakta Menarik Tentang Tangan Kidal

■  Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15%-nya termasuk kidal. Pria biasanya dua kali lebih cenderung kidal daripada wanita.
 
■  Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk orang-orang dengan IQ tertinggi sedunia, dilaporkan kidal.
■  Jika Kamu pria, kidal, dan sedang kuliah, maka diperkirakan Kamu akan 15% lebih kaya daripada pria yang tidak kidal. Nah, kalau sampai tamat kuliah, pria kidal akan 20% lebih kaya!
■  Walau begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk kecanduan alkohol.
■  Jika kedua orangtua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sementara jika kedua orangtua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% saja.
■  Psikolog dari Universitas Queen di Belfast menyatakan bahwa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal [siapa sangka, kucing bisa kidal juga].
■  Entah mengapa, namun orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid spiral dibanding yang tidak kidal.
■  Orang kidal dapat merespon stimulasi [rangsangan] dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal jago bermain game.
■  Semakin tua seorang Ibu saat melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.
■  4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.
■  Menurut sebuah penelitian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dari yang tidak kidal.
■  Orang kidal cenderung lebih atletis, memiliki kesadaran yang lebih spasial dan berpikir lebih cepat.
■  Menurut sebuah studi yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahwa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisik. Orang kidal juga dua kali lebih terampil dalam pemecahan masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
■  Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas dari pada bukan kidal [Guardian UK].
■  Orang Kidal lebih mudah mengontrol emosi dibandingkan bukan kidal [National Geographic].
■  Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 [BC].
■  Orang Kidal jumlah sampai saat ini sekitar 10% dari seluruh populasi dunia [National Geographic].

RAHSIA CANTIK DENGAN COKLAT


Coklat bukan saja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan. Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan. Namun satu manfaat yang mungkin ramai wanita suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri. Antaranya:

■  Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit
■  Kulit sentiasa lembap dan segar
■  Menegang dan menghaluskan kulit
■  Melambatkan proses penuaan pada kulit
■  Mencegah kedutan pada wajah

Ketahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian!

Pelembut Kulit
Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja, ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.

Melambatkan Kedutan
Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan, melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

Mengurangkan Parut
Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus, mengurangkan bekas parut dan stretch mark.

TAMAN REKREASI BUKIT JALIL... Part 2


Kami sekeluarga mmg suka ke Taman Rekreasi Bukit Jalil ni sbb utamanya ianya berdekatan dgn rumah... perjalanan tk smpi 10 minit pn. Keduanya sbb budak Airyl tu beria2 menyebut, 'Nk tinuk ikan!' Kt Taman Rekreasi Bukit Jalil ni mmg ada tasik yg banyak dgn ikan peliharaannya. So klu nk bagi ikan2 tu makan kena la bawak roti sendiri dari rumah.

Kali ni juga kami ke sni siap bawak 'helikopter' mainan! Bukan main suka budak Airyl tu main...

TAMAN REKREASI BUKIT JALIL

 

Taman Rekreasi Bukit Jalil terletak berhampiran dengan Bukit Jalil Golf Club... di tepi Lebuhraya Sungai Besi -  Puchong. Sesuai untuk dijadikan tempat beriadah kerana kawasannya dilindungi oleh pokok2 menghijau n mewujudkan suasana yg redup serta dingin. 

Terdapat juga beberapa buah tasik yg dihuni oleh kura2 n ikan air tawar seperti ikan keli n sebagainya.

Juga kawasan yg menempatkan beberapa miniature yg mewakili setiap negara... n yg paling aku suka adalah kincir angin yg mewakili negara Belanda ni... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...