Wednesday, September 4, 2013

TEGAR - AKU YG DULU BUKANLAH YG SEKARANG [Official Video]


TEGAR! Mungkin banyak di antara anda menduga siapa Tegar sebenarnya?!
Dan pekerjaan apa serta bagaimana dia boleh menjadi terkenal, bukan sahaja di Indonesia malah sampai ke negara kita juga?

    

Sesungguhnya nasib manusia tiada siapa yang tahu. Ketika Tuhan menjadikan manusia itu baik di mata orang lain, maka akan diangkatnya darjat manusia tersebut yang memang orang tersebut mempunyai 'kelayakan' untuk itu.

Kisah Kesusahan Tegar
Tegar lahir di Subang, Indonesia memang mempunyai cita cita menjadi penyanyi namun lantaran keluarga yang pada saat itu mempunyai masalah ekonomi menjadikan Tegar kanak-kanak yang beridikari sendiri dan berusaha mencari rezeki dengan mengamen [pemuzik jalanan]. Ayah tiri Tegar adalah seorang buruh kasar sedangkan Ibunya adalah juga pengamen [pemuzik jalanan] di stesen Kereta Api di kawasan Pegadean. Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah yang hanya berukuran sekitar 4 x 6 meter bersama 3 orang lagi adiknya yang masih kecil. Namun Tegar mengaku bahawa dia mulai menjadi pengamen [pemuzik jalanan] pada saat umur 7 tahun lagi.

Tegar dahulunya ialah sosok anak kecil remaja seperti kanak-kanak lainnya, namun nasib merubah dirinya menjadi popular dan muncul di pelbagai media. Melalui lenggok suara melayu-nya yang kental, Tegar berjaya memukau para pendengar dan penonton.

Asal Usul Tegar Boleh Terkenal
Perkenalan Tegar ke dalam industri muzik adalah berkat dari pengaruh Youtube. Persis kisah Justin Bieber yang popular disebabkan Youtube dahulu, begitu jugalah halnya dengan Tegar. Kisahnya bermula apabila ramai orang yang melihat pengamen jalanan kanak-kanak yang sedang asyik menyanyi di salah satu rumah makan di salah satu kota, lalu spontan beberapa penonton dari rumah makan tersebut merakam aksi tegar lalu diuplaod Youtube. Beberapa waktu sebelum Tegar terkenal, seorang pemuda yang mengupload video Tegar tidaklah begitu menjadi pusat perhatian pengunjung di Youtube, namun pemuda tersebut sepertinya sangat menyukai bakat yang dimiliki Tegar lantas dia sempat mengupload tidak hanya 1 video Tegar bahkan beberapa video yang lain.

Seperti juga kisah Justin Bieber, seorang produser dari salah satu label rakaman yang tertarik akan bakat dan potensi Tegar lantas mengajak tegar untuk mengikuti pertandingan vokal yang sesuai dengan umur Tegar pada ketika itu yang akhirnya dimenangi oleh Tegar. Dari sanalah pihak produser tersebut berani untuk mempromosikan tegar di pelbagai media dan berjaya menunjukkan bahawa tegar bukan hanya seorang pengamen jalanan bahkan boleh menghiburkan para penonton di seluruh Indonesia [termasuklah promosinya yang kini hangat di Malaysia].

Profil dan Biodata Tegar
Nama Lengkap: Tegar Septian
Nama Panggilan: Tegar si Pengamen
Tempat Lahir: Subang, Indonesia
Tanggal Lahir: 19 September 2001
Pekerjaan: Pengamen
Sekolah: Kelas 3 di MI Yayasan As Salafi
Lagu-Lagu Tegar:
-       Pengamen Cilik
-       I Love You
-       Salahkah Aku Memujamu Feat Netral
-       Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

KERANA 20 SEN itu..


Ini kisah yang saya dapat dari WhatsApp.Group..

Masuk-masuk ofis, termenung sekejap.. muhasabah diri sebentar.
Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi. Bersyukur di atas nikmat Mu. Alhamdulillah! Kalau kita terasa susah.. ada lagi yang lebih susah dan mereka tak pernah merungut kerana mereka tahu rungutan mereka tidak akan ke mana. Allahhurabbi..

Tiap pagi sebelum sampai ofis saya akan berhenti untuk membeli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap Pakcik tu kononnya.. dan saya pasti akan muncul di sekitar jam 6:30 pagi. Setiap kali berhenti membeli.. setiap kali itulah juga anak kecil bernama Ashraf berusia 9 tahun akan membeli nasi lemak di gerai yang sama dengan lengkap berpakaian sekolah. 

Setiap kali kami membeli di waktu yang sama, saya akan bayarkan nasi lemak yang adik ini mahukan. Pada saya, apalah sangat harga RM1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni dan dalam kesayuan suaranya dia tak putus2 mengucapkan terima kasih. Mungkin inilah peluang yang Allah berikan untuk saya bersedekah. Pernah saya bertanya kepadanya, 'bersekolah di mana'.. 'awalnya keluar berjalan kaki ke sekolah'.. 'di mana tinggal' dan sebagainya..

Katanya, dia bersekolah agak jauh.. 25-30 minit berjalan kaki.. sebab tu kena keluar awal. [terkenang anak-anak saudara di rumah yang sebaya dengan Ashraf.. semuanya serba tersedia walaupun tidaklah semewah mana tapi lebih beruntung dari adik ini. Kesian adik ni!]

Setelah hampir 3 minggu berulang alik dari umah ayahbonda di Kajang [masih dalam mood raya kononnya].. maka 3 minggu jugalah saya tak membeli nasi lemak Pakcik dan tak berjumpa dengan Ashraf. Hinggalah pagi ni saya memulakankan kembali rutin membeli nasi lemak Pakcik.. tapi saya pelik kenapa Ashraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai Pakcik macam selalu. Saya belikan sebungkus nasi lemak dan saya berhentikan kereta saya di sebelah Ashraf.
 
Jiha: Ashraf, Akak tunggu Ashraf tadi. Kenapa tak beli nasi lemak?! Dah boring nasi lemak Pakcik?! [cuba bergurau]. Nah, Akak belikan satu!
 
Ashraf: Eh, Kak Jiha. Lama tak nampak?! Terima kasih banyak2 Kak Jiha. Ashraf ingat Kak Jiha dah pindah. Bukan dah boring tapi.. [muka sayu].

Jiha: Eh! Kenapa macam sedih je tiba-tiba ni?!  Jom Akak hantar pergi skolah nak?! [setelah 2-3 kali saya bertnya.. barulah adik ini bersuara].

Ashraf: Ashraf tak ada duit nak beli nasi lemak. Sebelum ni Mak bagi RM1.50 sehari untuk sekolah pagi dan petang. Boleh lah Ashraf beli nasi lemak tapi minggu lepas Mak terpaksa potong duit belanja sebab Ayah sakit. Malam tadi  Mak potong lagi sebab Mak kata minyak naik. Mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada 80 sen je Kak Jiha. Takpe lah! Ashraf beli karipap je kat sekolah nanti. Ashraf tak boleh tumpang Kak Jiha. Mak pesan jangan tumpang orang. Jangan susahkan orang. Nanti Mak marah! [sayu dan jujur anak kecil ni bercerita. Ku tahan air mata dari meleleh mendengar ceritanya]..

Puasku pujuk untuk menghantarnya ke sekolah.. akhirnya dia beralah. Ya! Memang jauh sekolahnya.. PJS7 ke Kampung Lindungan. Gigihnya dia berjalan kaki kerana ilmu tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6:00 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak. 

Ya Allah! 
.. dan isu minyak bukan kita sahaja yang terkena kesan dari kenaikan harga yang HANYA 20 SEN tu.. tapi juga anak-anak kecik yang tak tahu apa2 ini. Kerana mereka bukan dari keluarga yang senang. Orang senang merasakan 20 SEN tu hanyalah di celah gigi sahaja tapi bagi orang-orang yang tak berkemampuan kerana 20 SEN.. mereka tak mampu lagi untuk membeli barang-barang asas dan makanan seperti biasa. Dari nasi lemak sebungkus terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari..

Tuesday, September 3, 2013

RAMA-RAMA LUTSINAR YANG UNIK LAGI MENAKJUBKAN

Spesies rama-rama ini dikenali sebagai Glasswinged Butterfly atau dalam bahasa melayunya adalah Rama-rama Cermin. Spesies ini sangat unik kerana kedua-dua belah sayapnya adalah lutsinar. Ia banyak dijumpai di hutan hujan Amazon...

 
 
 

Sungguh luar biasa ciptaan Allah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...