Thursday, July 25, 2013

BUKIT MALAWATI Lagi...

Mulanya Airyl seronok... tp bila dh makin byk monyet yg datang dia jadi takut plk! Langsung tknk pijak tanah! 
Kesian Airyl...

Semalam aku menemankan HB outstation ke Sekinchan, Selangor. Hehehe... 
Kami keluar rumah seawal jam 7.00 pagi untuk mengelakkan jalan 'jam' n terus ke rumah Mak aku di Ijok, Kuala Selangor. Kiranya 'sambil menyelam sambil minum air' la kn?! Dh kebetulan lalu...

Dh rehat2 lebih kurang 2 jam kami pn meneruskan semula perjalanan. Di tengah2 perjalanan... iaitu ketika melewati Pekan Kuala Selangor, HB tergerak untuk naik ke Bukit Malawati sbb treingatkan budak Airyl tu suka sangat nengok monyet2 kt sana....

Kemudian  kami singgah di Pekan Tanjung Karang pula... tujuannya nk ke kedai BATA belikan kasut BUBBLEGUM untuk Airyl... tp kedai BATA tu tutup la plk. Sudahnya singgah kedai kain aku yg beli kain langsir n lapik meja. Hehehe...

Smpi di LKIM Sekinchan lebih kurang jam 1.30 tengahari. Sementara HB menyiapkan kerjanya aku n Airyl tidur je dalam kereta. Lena lagi!

Seterusnya kami meneruskan pula perjalanan ke WISMA MASRI untuk membeli beberapa jenis kerepek yg telah kehabisan di Industri Warisan Enterprise, Sungai Gulang-gulang yg kami singgah sebelumnya...

Kami smpi di Shah Alam lebih kurang jam 4.30 petang... n singgah di Bazaar Ramadhan di Stadium Shah Alam untuk membeli makanan berbuka puasa dan terus balik ke rumah...

KEREPEK RAYA?! Hehehe...

Bersama 'adik ipar'... baru kt depan pintu masuk dh setengah bakul! Smpi kt kaunter bayaran penuh menggunung bakul tu!

Sekadar berkongsi...
Kepada kawan2 yang ingin membeli kerepek Raya bole la membeli kerepek murah dgn harga borong di alamat:

Industri Warisan Enterprise
Jalan SGG 7/1, Lorong 1 Batu 7

Kg Sungai Gulang-Gulang
45500 Tanjong Karang, Selangor
HP: 019 3657518
Tel: 03 32691621

Macam2 kerepek ada! Pasti puas ati! Hehehe... 

IFTAR at CYBERVIEW LODGE RESORT and SPA

Sempat berposing sebelum berbuka posa...
Budak Airyl ni tk peduli langsung org makan apa pn... dia tau main je! Sudu n garfu pn bole jadi barang mainannya....

Alhamdulillah...
Ofis HB sponsor untuk Majlis Berbuka Puasa di Cyberview Lodge Resort and SPA. Bermacam2 menu yg disediakan antaranya nasi Arab, nasi ayam, kambing golek, sate, mee rebus, mee sup, murtabak, roti canai, roti John, kebab ... n byk sgt lagi! Tk termakan kesemuanya...

ADA SEBAB MENGAPA KITA MENGENALI SESEORANG...


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu n bercinta dgn orang yg salah sebelum kita bertemu dgn orang yg tepat... kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu!

DUTCH LADY 123


Beli 2 pek Dutch Lady 123 PERCUMA Milk Mug 'Bumble Bee' lagi! Hehehe...

Cara Supaya Pembaca Sentiasa Ingat BLOG Anda!


Selamat sejahtera...

Adakah anda dan blog anda tidak popular dan kurang daya tarikan... tak seperti blog HANIS ZALIKHA yang mempunyai ramai pembaca?!

Di bawah ini saya kongsikan beberapa idea supaya pembaca sentiasa mengingati blog anda.


■  Tiada Header Blog yang menarik?!
Contoh header yang senang diingati ialah seperti header blog Hanis Zalikha. Ada gambar korang dan kata-kata yang powerful. Cara paling mudah buat header ialah dengan menggunakan paint.net. 

■  Selalu menukar Header Blog?!
Blog Header yang selalu di tukar membuatkan pembaca confuse. Kalau boleh kekalkan header blog korang supaya pembaca tidak keliru dengan status blog korang tu.

■  Rajin blogwalking.
Blogwalking mengeratkan lagi persahabatan selain boleh mendapat ramai kawan baru. So, rajin-rajinlah blogwalking...

■  Memberikan komen yang positif dan berkualiti.
Paling penting tulislah komen atau beri pendapat secara matang dan tidak lari dari tajuk. Jangan komen seperti komen budak-budak!

■  Bantu blogger lain.
Sekiranya depa tak faham sesuatu, anda boleh hulurkan bantuan secara ikhlas tanpa balasan. Bantulah sekiranya anda berkemahiran dalam bidang tersebut.

■  Tulislah artikel yang berkualiti setiap hari.
Artikel yang memberikan sesuatu informasi yang berguna kepada mereka. Bukan artikel syok sendiri. Sesekali hasilkan satu killer post sekali dalam seminggu.

Selamat Mencuba!

Wednesday, July 10, 2013

DIANA DANIELLE Selamat Melahirkan Bayi Lelaki


TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengarah muda Farid Kamil dan pasangannya Diana Danielle... telah selamat bergelar ibu dan bapa selepas lahirnya putera sulung mereka pada 3 Julai 2013 yg lalu.

Pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle diijabkabulkan pada 3 November tahun lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur dan 16 hari selepas bernikah Diana mengumumkan beliau sudah mengandung [Bunting Pelamin]...

Diana selamat melahirkan bayi mereka secara normal di sebuah hospital di Australia dan berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Farid Kamil melalui laman sosial Twitternya. Bayi lelaki itu dilahirkan seberat 9.7lbs atau 4.39kg.

 
  

... melalui laman sosial Instagram miliknya, buat pertama kalinya Diana memuatnaik satu gambar bersama putera sulungnya sedang beriadah di taman. Dengan Caption “Letting the little boss soak in the sun. Just a slight case of jaundice, nothing the sun can’t solve,” terpancar kebahagiaan di wajah Diana...
Diana yang kini berada di Australia kerana menyambung pengajiannya dalam bidang perfileman melahirkan bayinya secara normal di salah sebuah hospital di sana. 

Monday, July 8, 2013

Salam RAMADHAN

 
".. saya dengan rendah diri terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang sengaja atau tidak disengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Inshaa Allah.. "
 
Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah! Tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal2 yg berikut:
■ Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya [jika masih ada]..
■ Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri..
■ Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 sekitarnya.. "

Maka Rasulullah pun mengatakan 'Amiiinnn' sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.

Firman Allah S.W.T: "Wahai orang2 yg beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat2 yg sebelum kamu. Semoga kamu menjadi orang2 yg bertaqwa."
- [Surah Al-Baqarah: Ayat 183]

Salam RAMADHAN Al-Mubarak buat semua..
 

BEDAK SEJUK TANAKA @ TATE by D.E.A [Danish Empire Association]

  

Bedak Sejuk Tanaka @ TATE adalah merupakan bedak sejuk yang diperbuat 100% dari ekstrak kayu Tanaka yang terkenal dalam mencantikkan dan melembutkan kulit secara tradisional dan semulajadi. Tanaka Powder adalah berasal dari pokok Tanaka yg digunakan oleh orang2 Myanmar sebagai penjagaan wajah dan badan mereka dari jerawat, jeragat dan sinaran matahari. Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.


Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat di raja di sana untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.
Di Malaysia TANAKA tidak begitu meluas penggunaannya namun antara produk yang berasaskan Tanaka adalah Bio Essence.


Bedak ini merupakan bedak  TANAKA original dari MYANMAR dan bedak ini juga telah di'packaging' semula oleh D.E.A [Danish Emphire Association] yang dipasarkan oleh keluarga selebiriti terkenal Nora Danish. Kedua2 bedak ini mengandungi kandungan dan qualiti yang sama, hanya berbeza pada logo dan 'labelling' pada 'packaging'.
 
KEISTIMEWAAN BEDAK TANAKA @ TATE
■  Mengecutkan jerawat
■  Menghaluskan kulit
■  Mencerahkan kulit
■  Menghilangkan jeragat
■  Melembutkan kulit
■  Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
■  Pelindung cahaya matahari
■  Menyelesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
■  Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk atau foundation
 
Bedak ini berbau wangi. Rasa sangat sejuk apabila dipakai... kalau cuci muka rasa licin dan muka terasa lebih gebu. Daki serta kotoran pun boleh tanggal ketika kita gosok dan mencuci muka. Selain itu ia juga boleh dipakai pada waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Sesuai untuk lelaki dan wanita... dewasa dan kanak2.

Produk semulajadi yang terbaik di pasaran!
Pilihanku semestinya TANAKA Lemon...

CARA PENGGUNAAN
Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak TATE rata2 ke muka guna tangan atau span muka. Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak TATE dgn air dan sapukan ke muka.
Selepas 30 minit boleh cuci atau nk pakai sepanjang mlm pun boleh... muka tak kedut mcm pakai 'masker'.
Adalah lebih baik bagi orang yang berjerawat memakainya dengan tebal di muka pada waktu malam. Seperti memakai 'masker'.
AVAILABLE: 4 WARNA berbeza dgn khasiat yang sama dan bau yang berbeza.
Cream - Original Tanaka
Pink - Rose
Hijau - Lemon
Putih - Jasmine

SEKITAR RESEPSI PERKAHWINAN BEEGO dan LINDA HASHIM

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2013: Setelah selamat dijabkabulkan pada 7 Jun 2013 yg lalu, pasangan Beego dan Linda Hashim telah pun diraikan dalam satu majlis resepsi di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS], Hulu Klang pada keesokan malamnya.

Dalam majlis yang penuh romantis itu, mempelai mengenakan busana ala Inggeris kontemporari yang mana Beego mengenakan sut hitam manakala Linda mengenakan dress labuh berwarna unggu.
Majlis telah dihadiri oleh keluarga mempelai, sanak saudara serta rakan-rakan terdekat.

Dalam majlis akad nikah sebelumnya, Linda Hashim atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29 telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran sebanyak RM35,000.00.
Linda turut menerima 7 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.
Manakala, pihak lelaki pula menerima 9 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, seutas jam tangan, sepasang baju berjenama Polo, sepasang kasut, sepasang kaca mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah2an dan set penjagaan diri.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 3 November tahun lalu secara senyap tanpa pengetahuan umum.

Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33 sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga yg hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja bersama Intan Shahira Mohd. Shahru. Ini adalah perkahwinan kali keduanya...

Buah CERMAI

Masa kecil2 dulu aku suka sangat makan buah cermai ni. Biasanya aku akan tumbuk menggunakan lesung batu dan dicampur dengan sedikit gula! Mmg meleleh air liur! Hehehe..

Dah tua2 ni lidah aku dh tk imun dengan makanan masam2 ni, so aku 'prefer' jeruk cermai. Rasanya lagi sedap..


Pastinya tidak semua di antara kita mengenali spesis buah2an yg boleh dikira sudah tidak dikenali di masa ini. Maklumlah di zaman millennium dan zaman globalisasi langit terbuka ini kita seringkali tidak mengendahkannya. Generasi sekarang lebih mengenali buah2an seperti epal, oren, strawberi, plum, anggur, blackcurrent, kiwi dan juga buah2an yg kerapkali dijual dibandar2 sahaja.

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus Acidus merupakan satu2nya pokok dalam keluarga Phyllanthaceac yg boleh dimakan. Warnya hijau semasa mentah dan agak kekuningan ketika sudah masak.

Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam ataupun dijadikan jeruk atau halwa. Buah cermai muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Pucuk cermai mentah atau yg dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yg lain.

Rasa buah cermai masam manakala pucuknya pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih tunggal yg keras di tengah2nya..

CHARCOAL FACE MASK

'Charcoal Face Mask' ni boleh didapati di mana2 DAISO di Pasaraya JUSCO hanya dengan harga RM5.00 sebotol...

CHARCOAL FACE MASK... Made From Korea.

Aku sebenarnya seorang  yg mudah terpengaruh dengan product kecantikan yg ada di pasaran sekarang. Lumrahlah manusia suka pada sesuatu yg cantik kn?!
Anyway aku pn dh lama review pasal product from Daiso Japan ni. FYI ini adalah product dari Korea yg dibuat khas untuk Daiso Japan. Product ni memang popular di Jepun dan Korea...

Bahan kandungan utama: Arang [charcoal] yg merupakan bahan kecantikan yg sering digunakan oleh masyarakat Jepun sejak dahulu lagi.

Apa fungsi 'Face Mask'?!
 
■ Menghilangkan black and white head di muka
■ Menegangkan kulit wajah
■ Melicinkan kulit wajah
■ Mengecilkan pori dan liang roma pada wajah

Cara memakai 'Face Mask' atau 'Charcoal Face Mask'

■ Basuh muka terlebih dahulu sebelum memakai 'mask'
■ Sapukan 'mask' ke seluruh wajah [sapu mask tebal sedikit supaya senang ditanggalkan]
■ Biarkan 'mask' betul2 kering dalam masa 10 - 15 minit
■ Tanggalkan 'mask' dari bawah ke atas
■ Last step, cuci muka semula dan lihat hasilnya 

TAKE NOTE!
Please do not use this mask everyday! But you can use this mask only 1 or 2 days per week.

Thursday, July 4, 2013

KHASIAT KURMA AJWA atau KURMA NABI



Sabda Rasullulah S.A.W: "Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yg hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yg bakal dilahirkan itu bakal menjadi anak yg penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya!" 

KISAH DAN ASAL USUL KURMA AJWA 

Kurma AJWA disebut juga sebagai Kurma Nabi atau Kurma Rasullullah.

Mengapa disebut Kurma Nabi?!

- Menurut asal usulnya Kurma Ajwa ditanam sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W di Kota Madinah sekitar 14 abad yg lampau. Hingga kini pohon Kurma Ajwa di Madinah jumlahnya tidak banyak iaitu hanya sekitar ratusan. Jadi, tidak hairan lah jika harganya pun agak mahal.

Diceritakan pada suatu hari Rasullullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yg melihat keadaan Rasullulah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan unruk Rasul kesayangan Nya berbuka puasa. Lalu Allah S.W.T yg sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan Malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah kurma yg istimewa ini untuk Rasullulah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasullullah S.A.W.  Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma AJWA ini membesar di kawasan Madinah dan dimaklumkan juga kurma AJWA tidak akan hidup dan berbuah di mana2 tempat selain Madinah.

 DI ANTARA HADIS2 dan RIWAYAT BERKAITAN BUAH KURMA..

■  Sabda Rasullulah S.A.W: "Rumah yang tiada kurma, nescaya penghuninya kelaparan."

■  Daripada Abu Musa r.a katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi S.A.W lalu baginda menamaknnya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

■  Saidina Ali r.a meriwayatkan: "Barang siapa yg memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."

■  Daripada Abdullah Jaafar r.a katanya: "Aku melihat Rasullulah S.A.W memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak."

■  Hadis Saad r.a, Rasullulah S.A.W pernah bersabda: "Sesiapa yg memakan 7 biji kurma di antara La Bataiha [2 Tanah tidak berpasir di Madinah] pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai ke petang."

■  Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yg bermaksud: "Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yg disampaikan oleh Marwan yg mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasullullah S.A.W bersabda: Brang siapa yg memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."

■  Daripada Anas bermaksud: "Rasullulah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Rasullullah S.A.W akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum bebrapa teguk air."
- [Hadis Riwayat Ahmad]

■  Riwayat daripada Muhammad bin Ali al Husayn bermaksud: "Kurma AJWA adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun [Al Samm]."

■  Diriwayatkan pula oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib: "Barang siapa yg memakan kurma AJWA 7 kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan [Ad Dud] di dalam tubuhnya."

■  Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullulah S.A.W pula, berkata Iman Ali a.s yg berbunyi, Jibrail a.s datang kepada Nabi S.A.W dan berkata: "Bergantunglah pada Al Barni kerana ia adalah sejenis kurma yg terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka."

■  Rasullulah S.A.W bersabda: "Makanlah kurma sebelum sarapan untuk membubuh cacing di dalam perut."

■  Daripada Adiy bin Hatim ia berkata, "Saya mendengar Rasullulah S.A.W bersabda: Hindarilah api neraka walaupun [dengan memberi sedekah] sebelah buah kurma [Hadis Riwayat Bukhari]"
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma, kita terhindar dari api neraka.

■  Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: "Aku melihat Rasullulah S.A.W memakan buah2an dengan kurma masak."

TAHUKAH ANDA..

■  Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?!

■  Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?!

■  Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?!

■  Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?!

■  Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?!

■ Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?!

■  Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?!

■  Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?!

■  Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?!
 

■  Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?!

■  Tahukah anda bahawa Kurma AJWA merupakan kurma yang paling dikagumi. Kurma AJWA dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim kerana Kurma AJWA mempunyai pelbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...