Thursday, June 27, 2013

JALAN2 HAT YAI - SONGKHLA...

Finally tercapai jua impian kami untuk menjejakkan kaki ke Hat Yai - Songkhla dan Dan Nok. Sebenarnya dah lama kami 'plan' untuk berjalan2 ke Thailand ni... tp masa seolah2 tidak mengizinkan. 

Alhamdulillah... selepas HB abis meeting di Kuala Perlis, agenda seterusnya adalah 'Jalan2 ke Thailand'...

SADAO Boundry Post...
1st menjejakkan kaki ke Thailand... yg dikenali juga dengan nama 'Negara Gajah Putih'. Bila dah masuk ke Thailand je, maka time jugak berubah [GMT +7]... means lewat 1 jam dr time di Malaysia. Keadaan di Sadao Imigresen agak biasa2 jer... tak ramai orang. Berbeza betul dengan suasana sewaktu di Imigresen Singapore dan Indonesia...

... Pintu Gerbang yg senantiasa menyambut ketibaan para pengunjung dan pelancong ke Thailand
Padang Besar atau Hat Yai?! Jangan tersalah pilih jalan...
Hujan turun sebaik kami tiba di Samila Beach, Songkhla. Nasib baik budak Airyl tu tk demam sekembalinya kami ke KL...

... ala2 shomelnya dia! Mcm 'baby girl' plk. Hehehe...

... bergambar dengan 'The Golden Mermaid' yg menjadi mercu tanda di Samila Beach, Songkhla
... kelihatan orang ramai berebut2 untuk mengambil gambar di 'The Golden Mermaid'
 
Patung 'The Golden Mermaid' ini diperbuat daripada tembaga dan dibina pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus.

Menurut kisahnya pada suatu ketika dulu ada seekor duyung yg sedang menyikat rambutnya dengan menggunakan sikat emas di tepi Pantai Samila ini. Tiba2 ia ternampak seorang nelayan muda yg hampir kepadanya. Kerana ketakutan duyung tersebut telah terjun ke dalam laut semula. Nelayan muda itu pula terus menunggu dan menunggu duyung tersebut muncul semula tetapi hampa...

Menurut kepercayaan juga lelaki yang belum berkahwin digalakkn untuk mengusap patung duyung tersebut dengan tujuan untuk mendapat jodoh...

... Coconut Ice Cream
Aiskrim vanilla + isi kelapa muda + buah atap + kacang n etc yg dibubuh dlm tempurungnya. Cuma 30 Bath = RM3.00. Sedap sehingga menjilat jari. Airyl pn suka...

TANG KUAN HILL TOP, SONGKHLA

... berposing sementara menunggu giliran untuk menaiki 'cable car' ke Tang Kuan Hill Top
 
 
Sbnrnya takde tinggi sangat Tang Kuan Hill Top ni tapi kena menaiki cable car untuk naik atas. Bayaran naik hanya 30 baht iaitu RM3.00. Terdapat sebuah tokong Buddha n sebuah rumah api... tapi apa yang manariknya ialah view seluruh bandar Songkhla dan Teluk Siam yg sangat menarik.

 ... di hadapan monumen Tugu Naga Laut bernama NAG
Mengikut lagenda, Nag ni dikatakan membawa tuah kepada penduduk Songkhla. Yang menariknya tugu ni bukan satu... tapi tiga. Satu tugu kepala, satu tugu badan dan satu lagi tugu ekor. Jarak antara tugu ialah 5km. Nag ni panjangnya 10 km...
 
... di hadapan LEE GARDEN Hotel
... lunch di Chekkar Restaurant. Sedap tapi semuanya pedas2 belaka!

... di dalam bilik penginapan yg sangat selesa. Katil 'king size' lagi!

 ... untung bantal busuk n 'Tabby Grey' Ayel tu! Dh smpi ke Singapore, Jakarta, Thailand n etc...
... di hadapan Hotel penginapan HATYAI CENTRAL HOTEL
HAT YAI CENTRAL Hotel terletak di tengah2 bandar Hat Yai ini menjadi pilihan kerana terdapat banyak gerai2 perniagaan di sekitarnya.

  

NORA PLAZA
Segala jenis barangan kulit terdapat di NORA Plaza ni. Dr barangan kulit ikan pari, kulit kambing, kulit ular, kulit buaya n etc...
... di hadapan NORA PLAZA...
 

Last Stop: DAN NOK - SADAO [Thailand: สะเดา] adalah sebuah bandar kecil aka Dan Nok dan daerah [Amphoe] di sempadan Malaysia di Wilayah Songkhla, Selatan Thailand.

... sebuah pekan kecil syurga membeli belah kerana barang2 yg dijual boleh dianggap lebih murah daripada yg terdapat di Petaling Street. Pelbagai barangan berjenama terkenal seperti Louis Vuitton, Coach, Prada n etc... semuanya ada di sini.

  
... Pulut Ayam
Pernah dengar tak ayam goreng dimakan dengan pulut?! Pelik... tetapi itulah makanan unik yang rasanya begitu enak sekali dan paling popular di pekan Dan Nok. So, kalau ke Dan Nok ni mesti cuba makan 'Pulut Ayam'. Harganya pn murah... cuma 600 Bath bersamaan dgn RM6.00 shj. Selalunya masyarakat kita lebih sinonim dengan pulut durian, pulut kuning atau pulut mangga...
 
Kami sempat membeli buah2an di Dan Nok sebagai buah tangan... buah mangga, buah laici, buah jambu crystal n makanan2 ringan yg lain... 'Made In Thailand'
 
Ciannya! Dua beranak ni kepenatan rupanya selepas hampir 2 jam 'soping' di Dan Nok


Kami bertolak balik ke Malaysia dr Imigresen Sadao tepat jam 5.00 petang. Selamat Tinggal Thailand! Lain kali kami datang lagi...

Monday, June 24, 2013

JALAN2 KUALA PERLIS...

Pada 17 Jun 2013 yg lalu HB telah menghadiri mesyuarat di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis. Memandangkan agenda selepas meeting seterusnya adalah 'Jalan2 ke Thailand' HB mengambil keputusan untuk membawa aku n Airyl ke sana. Lagipun kami dh agak lama tk bercuti n bersantai! Hehehe... So terpaksa la aku pn mengambil 'Annual Leave' selama 3 hari...

Kami bertolak dr Kinrara, Puchong seawal jam 7.00 pagi dengan menaiki kereta kesayangan kami, Peugeot 207 tu... n tiba di Putra Brasmana Hotel ni pada jam 3.00 petang. Pada pukul 3.30 petang HB ada sedikit taklimat di dewan... so tinggal lah aku n Airyl berehat dalam bilik.

Alhamdulillah, kami dapat bilik berkatil 'King Size' n mengadap laut pulak tu! Mmg best sangat2!






Lebih kurang jam 5.00 petang taklimat HB pn selesai... so kami pn berjalan2 meronda sekitar Kuala Perlis. 1st most thing of course HB nk cari favourite makanan dia iaitu LAKSA. Pusing2 kami ternampak KAK SU LAKSA ni...




Honestly, aku tk berapa berminat sbnrnya dgn Laksa Kuala Perlis ni. Aku lagi suka Laksa Penang... [Jangan marah noksss!]



Selepas kenyang makan Laksa Kak Su... kami pn jalan2 snap gambar kt pantai ni. Angin mmg kuat sangat... smpi nk snap gambar pn tk selesa!




Budak Airyl Zakwan ni snap gambar dgn symbol 'peace' di jari. Erk! 'Peace' ke macam tu?! Hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...