Thursday, April 18, 2013

Rumpai Laut TIDAK Mengandugi Kolagen?!


Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan.

Dakwaan yang mengatakan adanya "kolagen mentah" dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa "ibu kolagen". Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara!"

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur2an, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim [ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin]. 


Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda!

Wednesday, April 10, 2013

BEDAK ARAB - KOKURYU SUPER SUMMER CAKE



BEDAK ARAB ATAU KOKURYU asalnya disebut Kokuryu Super Summer Cake. Bedak Arab kokuryu ini sebenarnya produk dari Jepun... hasil kajian Philiphines Cherry Laboratory... tapi ada juga yang kata bedak ini dihasilkan di Filipina menggunakan teknologi Jepun. 

ANTARA PILIHAN WARNA
■  Jade - Digunakan sebagai concealer
■  Roshelle - Untuk kulit kuning langsat
■  Puggy Pink - Untuk kulit cerah atau sederhana cerah 
■  Olive Rose - Untuk Kulit Sawo Matang atau sederhana gelap
■  Cherry - Untuk kulit cerah
■  Cherry Pink - Untuk kulit cerah dan mahu kelihatan kemerah2an
■  Orange Blush - Untuk kulit sederhana cerah
■  Russet - Untuk kulit sederhana dan natural dan sesuai untuk kebanyakan kulit
■  Amber Rose - Untuk kulit sederhana gelap atau natural
■  Summer Tan - Untuk kulit sawo matang atau gelap

BEDAK ARAB SUPER SUMMER CAKE KOKURYU: 
1. Berat bedak ini 3 ke 4 kali ganda dari berat bedak biasa di pasaran, iaitu 50 gram. 
2. Mengikut pengalaman pelanggan yang telah menggunakannya, penggunaan bedak ini boleh bertahan selama lebih dari 3 bulan. 
3. Bedak ini merangkumi bedak, 'foudation' dan 'moisturiser'. 
4. Penggunaannya yg mudah dan memakan masa yg singkat, dapat menjimatkan masa untuk berhias.
 
CARA MENGGUNAKAN: 
- Basahkan span 
- Sapukan span pada bedak
- Ratakan ke seluruh muka

KELEBIHAN:
■  HALAL dan boleh dibawa solat
■  3 in 1 [powder + foundation + moisturizer]
■  Tahan sehingga 8 jam
■  Bedak ini akn 'blend' ke dalam kulit dlm masa 1 minit dan memberi kecantikan semulajadi  
■  Bila berpeluh ia akan lagi cantik... 'shining' dan 'glowing'
■  Mengikut suhu darah pemakai
■  Melindungi jeragat dan jerawat [mengecutkan jerawat]
■  UV Protection 

Tuesday, April 9, 2013

RAHSIA 7 WARNA ALAM


Tahukah anda bahawa warna pakaian yang dipakai mampu mempengaruhi hari-hari anda? Kuasai warna memainkan peranan dalam membentuk keterampilan dan menguasai mood anda setiap hari.

Berpakaian mengikut tema warna pada hari-hari tertentu akan membuatkan kita menarik keceriaan, kebahagian, kemakmuran, kejayaan dan kekayaan dalam hidup kita.

Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology [Hukum Kronologi Berulang yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan], hari yang datang secara berulang2 setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration [visual light] yang mendominasi hari tersebut.

Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Law of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.

ISNIN - PUTIH [Gabungan / istirehat / pertahanan] 0 - 279 nanometer
SELASA - PINK / VIOLET [Kesucian rohani] 380 - 489 nanometer
RABU - BIRU [Kasih sayang / tumpuan] 490 - 544 nanometer
KHAMIS - KUNING / OREN [Pemikiran / tenaga] 555 - 729 nanometer
JUMAAT - HIJAU [Keseimbangan / iman] 545 - 554 nanometer
SABTU - MERAH [Keberanian / tuah / kemewahan] 730 - 780 nanometer
AHAD - HITAM [Keberanian / tuah / kemewahan] 0 - 279 nanometer

Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera [medium vibration] pada hari isnin adalah rawak [menyamai konsep the state of metter of gases] dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat [menyamai konsep the state of metter of water].

Isnin [Putih] 
- Putih lambang kesucian. Mulakan rutin harian dengan mengenakan pakaian warna putih pada setiap hari Isnin kerana ia mampu mencetuskan idea dan merangsang semangat baru dalam diri anda.

Selasa [Merah Jambu/Violet] 
- Merah jambu adalah warna kasih sayang . Pakaian warna ini sesuai dikenakan pada hari Selasa kerana ia adalah hari untuk anda beremosi dan meluahkan perasaan sayang kepada keluarga mahupun rakan.

Rabu [Biru] 
- Pada hari Rabu, amat sesuai mengenakan pakaian berwarna biru yang melambangkan peyembuhan. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang mana meningkatkan keyakinan dalam bercakap, berucap, berhujah dan sebagainya.

Khamis [Kuning] 
- Kuning adalah warna keceriaan. Ia termasuk dalam kategori warna yang penuh godaan, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita.

Jumaat [Hijau]
- Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan kedamaian.

Sabtu [Merah]
- Pilihan warna merah menyemarakkan mood di malam minggu untuk bersuka ria.

Ahad [Hitam]
- Hitam mempunyai azimat untuk menyimpan tenaga sepanjang enam hari. Ia ibarat mengecas semula tenaga untuk memulakan hari baru pada minggu berikutnya.

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2012


Shaheizy Sam Abdul Samad raih 79,656 undi mengetepikan Aaron Aziz, Zizan Razak, Neelofa, Adi Putra
...
 

Sam memenangi hadiah utama, kereta Nissan Coupe 370Z tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd berharga RM370,000, selain barang kemas Habib tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000 berserta trofi.

Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Songlap dan Adnan Sempit 2, Shaheizy Sam Abdul Samad, memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH [ABPBH] 2012, yang berlangsung di Bukit Jalil...


Komen Aaron Aziz Tentang ABPBH 2012

Bintang Paling Popular 2012 sudah terjawab apabila acara berprestij yang berlangsung semalam menobatkan pelakon, Shaheizy Sam sebagai pemenangnya. Kemenangan Sam yang meraih undi hampir 80 ribu undian itu sekali gus mengulangi kejayaannya di ABP2010 lalu. Pastinya, penyandang gelaran tersebut pada tahun lalu, Aaron Aziz sekadar membawa pulang anugerah Pelakon TV Lelaki Popular.

Ditanyakan komen Aaron akan kemenangan Sam, katanya;
"Saya ingat Zizan akan ‘tapau’ semua. Tapi tidak sesekali menidakkan Sam. Sepanjang siri jelajah ABP, sorakan yang diberikan peminat kepadanya begitu hebat. Jadi, tidak mustahil kalau dia menang. Dari awal lagi saya dapat rasa yang tahun ini bukan tahun saya. Dengan kemenangan Sam itu, saya tidak rasa tergugat pun. Pada saya ia adalah rezeki masing-masing dan bergantung juga kepada produk seseorang artis itu."
"Kemenangan saya bagi ketegori Pelakon TV Lelaki Popular cukup besar pada saya. Dan saya kira ia adalah penangan drama Adam & Hawa."

Dalam pada itu, Aaron juga tidak menjangka akan menang bagi kategori tersebut.
"Saya tidak jangka yang akan menang satu anugerah. Bukan apa, saingan untuk semua calon kategori hebat-hebat. Tapi, saya tetap berharap untuk dapat bawa balik satu agar peminat-peminat saya tidak kecewa terutamanya Aaronators." kongsi Aaron lagi.
 - Media Hiburan -

Senarai pemenang ABPBH 2012
  • Bintang Paling Popular – Shaheizy Sam
  • Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
  • Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin
  • Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz
  • Penyanyi Wanita Popular – Shila Amzah
  • Pelakon TV Lelaki Popular – Aaron Aziz
  • Pelakon TV Wanita Popular – Nabila Huda
  • Artis Duo/Berkumpulan Popular – Black/Malique
  • Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Razak
  • Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
  • Artis Baru Lelaki Popular – Aiman Hakim Redza
  • Artis Baru Wanita Popular – Wawa Zainal
  • Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk Aznil Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
  • Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
  • Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Search
Kategori Online:
  • Anugerah Artis Gandingan di Layar Serasi kategori Online - Zizan dan Johan
  • Anugerah Animasi Tempatan kategori Online - Upin dan Ipin
  • Anugerah Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial - Zizan Razak
  • Watak Jahat Dalam Drama atau Filem Popular - Sofi Jikan
  • Artis Wanita Stailo - Melissa Francis
  • Artis Lelaki Stailo - Zizan Razak
  • Artis Asia Paling Popular - Zizan Razak

Monday, April 8, 2013

GOD PUTS PEOPLE...

 
... there will always be a reasons why U meet people... either U need them to change ur life or U're the one that will change theirs!

KEMANISAN DI SEBALIK KEPAHITAN

 

Buat insan yang diuji.. bersabarlah!

Jangan sekali engkau merasa keseorangan.. kerana Allah sentiasa bersamamu.

Percayalah, Allah mendengar segala tangisan n kesedihanmu itu. Sesungguhnya ujian Allah ini bukan satu penyiksaan tetapi hakikatnya engkaulah insan yg terpilih. Setiap derita yg engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya.

Terimalah takdir yg telah ditetapkan Allah untukmu.. terimalah dengan hati yg terbuka n berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. 

.. kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai..

Monday, April 1, 2013

NUTOX OXYFUSION SKINCARE


Hari ni aku nak bercerita tentang set penjagaan kulit aka skincare yang aku baru berjinak2 menggunaknnya iaitu NUTOX OXYFUSION... dek sebab terpedaya n terpengaruh dengan iklan n kecantikan DUTA Produk NUTOX iaitu FAZURA! Hahaha... No lah! The very reason why I choose this skincare is because it's PARABEN free. Paraben adalah bahan kimia berbahaya yang biasanya didapati dalam kosmetik, barangan penjagaan kulit, mandian, talcum n sebagainya...

Harga produk NUTOX ni pn tkde la mahal sangat. Rate harga dari RM15.00 - RM40.00 untuk Wrinkle Away Cleanser, Miracle Bar, Skin Refining Astrigent, Moisture Emultion, Supernatural Night Repair n beberapa produk lain. Klu yg agak mahal pn Superstar Night Mask... dlm RM79.00. NUTOX Mini Travel Kit pn cuma RM16.90...

Produk NUTOX boleh didapati di Guardian, Watson n etc...

DAZRIN dan HAIRUL JUARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA


Dengan jarak hanya 2.26 meter dari sasaran berbanding 10.9 meter oleh peserta lawan, pasukan Dazrin dan Hairul Azreen telah diumumkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia. Mereka telah menewaskan pasukan Hefny dan Hafizul dalam aksi kedua pusingan akhir Fear Factor Selebriti Malaysia. Mereka telah menerima RM200 ribu dan diraikan dalam satu sesi tontonan yang diadakan di Publika, Solaris Dutamas disaksikan oleh penonton dan peminat yang hadir menonton Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia.

Dalam episod kemuncak ini, 4 pasukan telah mara untuk melakukan aksi yang pertama. Namun dalam pusingan ini, 2 pasukan dengan masa paling panjang telah tersingkir dan mereka tidak dapat melakukan aksi kedua. Pasukan yang tersingkir adalah pasukan Dafi dan Zoey serta pasukan Ajak dan Elfira. Mereka semua tidak pulang dengan tangan kosong, masing-masing pernah memenangi hadihah mingguan sekurang-kurangnya sekali, malah Dafi dan Zoey memenangi 3 kali dengan membawa pulang RM30 ribu.

Dalam aksi kedua, pasukan kedua terpantas dalam aksi pertama iaitu Hefny dan Hafizul memulakan aksi mereka. Sementara itu, pasukan kedua iaitu Dazrin dan Hairul tidak dibenarkan menonton aksi pasukan pertama. Kelebihan yang mereka dapat hanyalah giliran kedua kerana mendapat masa terpantas dalam aksi pertama.

Dengan wang kemenangan yang diterima, Hairul Azreen akan membawa ibu bapanya ke Mekah seperti yang telah diimpikannya selama ini manakala Dazrin akan meneruskan niat murninya setiap tahun dengan sedikit bonus dengan memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim setiap kali tiba Hari Raya.

Tahniah kepada pasukan Dazrin dan Hairul kerana memenangi Fear Factor Selebriti Malaysia. Ternyata ketakutan bukanlah faktor bagi mereka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...