Wednesday, November 28, 2012

Only in JAKARTA!


JANGAN DIPANTAT?!
Klu kt Malaysia bila kita sebut perkataan ni sure org akan kata kita mencarut... tp kt Jakarta, Indonesia perkataan mcm ni akan biasa kita dilihat di belakang2 lori mereka! Mencarut ke?! Hehehe...


BABI PANGGANG?! SATE BABI?!
Jangan tk percaya... banner2 mcm ni pn akan kita jumpa di merata2 tempat di sna!


Dinner di Restoren Garuda...
Ada bermacam2 lauk! Ni baru 21 lauk... ada lagi lepas tu!
... tapi jangan risau, kita hanya bayar apa yg kita makan! Cumanya agak mahal sikit sbb kami ambil 5 lauk yg kami ketepikan tu pn dh 200,000 rupiah [kurang lebih RM70.00]...


Metro Tanah Abang...
Bayangkan... klu tiba2 org yg parking kt tengah2 tu ada emergency! Mcm mna agaknya dia nk keluarkan motosikan dia kn?!


Berjalan di sepanjang khemah2 menjual baju2 n pakaian... tiba2 ada plk yg menjual kambing! Jgn tk caya!

Ramuan HERBA MAHARANI


RAMUAN

■ Ayam hitam, 'Wuji' atau nama saintifiknya Gallus Gallus Domesticus yang disahkan cara pengambilannya mengikut hukum Islam. Ayam ini berbulu putih seperti salji. Isi, tulang dan kulit berwarna hitam. Berkuku lima pada setiap kaki. Terdapat seakan mahkota kecil di kepalanya sama seperti burung merak. Diternak di ladang khas milik sepenuhnya oleh Tong Ren Tang.
■ Tanduk Rusa yang disahkan cara pengambilannya mengikut hukum Islam.
■ Tulang sotong yang disahkan cara pengambilan mengikut hukum Islam.
■ 12 herba terpilih yang ditanam di ladang khas Tong Ren Tang yang terpelihara.
- Penanaman tanaman lain pada musim penumbuhan herba Cina adalah dilarang agar tidak mempengaruhi kualiti tanah dan kualiti produk.
■ Sumber laut terpilih.

PEMPROSESAN YANG MAHIR

TongRenTang merupakan satu perusahaan yang memenuhi piawaian GMP dan mengawal seluruh proses pengeluarannya dengan menggunakan teknik pemprosesan dan sistem piawai yang moden tetapi mengekalkan formula tradisional. Gabungan moden dan tradisonal ini perlu untuk meningkatkan kualiti produk.

Khasiat HERBA MAHARANI

Antara keberkesanan HERBA MAHARANI
[untuk mereka yang mengamalkan pengambilan secara teratur n berterusan]

■ Menyelesaikan masalah haid tidak teratur
■ Menyelesaikan masalah senggugut, keputihan n kekuningan
■ Anti bakteria [sekitar faraj]
■ Melegakan sakit pinggang, sendi n lutut
■ Melegakan migrain n& angin dalam badan
■ Menguatkan hati n buah pinggang
■ Melegakan asma
■ Baik untuk pesakit diabetes [kencing manis]
■ Menghilangkan bau mulut [terutama waktu bangun pagi]
■ Menyelesaikan masalah buasir kecil
■ Merangsang hormone estrogen, progesterone n androgen [hormone seks]
■ Memberi kebahagiaan kepada pasangan
■ Kesuburan n awet muda
■ Mencantik, menegang n melicinkan kulit
■ Menaikkan seri muka
■ Menegangkan payudara
■ Menghilangkan kelesuan n muka pucat
■ Melambatkan proses monopouse
■ Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam
■ Menguatkan antibodi n imunisasi
■ Melancarkan peredaran darah
■ Amalan semasa pantang [bersalin]
■ Menambah darah selepas bersalin
■ Menguatkan otot2 rahim n peranakan
■ Membanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin
■ Menghilangkan urat timbul
■ Mengimbangi tekanan darah
■ Meningkatkan kecerdasan minda

Macam2 AIRYL!

... antara gelagat Airyl yg sempat di'rakam' sepanjang kami di Jakarta. Hehehe...


Dlm flight on the way ke Jakarta...
Punya marah budak Airyl ni bila Mommy n Abah ejek2 dia baca buku! Hehehe...


Breakfast di Ibis Arcadia Hotel...
Ntah apa yg ditenungnya kt menu tu! Makan muffin je...


Lunch di Dapur Indonesia Restaurant...
Punya banyak menu smpi pening2 kepala Airyl nk memilih!


... sudahnya disuruh 'Tabby Grey' tu yg nengok menu! Hehehe...


'Take 5' smbil minum Milo menghilangkan penat setelah hampir 2 jam melawat sekitar Tugu Monas.


... dalam 'TAKSI' on the way balik!


... di hotel penginapan yg ke 2, Amaris Hotel Mangga Dua.
Malasnya nk bangun bdk Airyl ni! Sedap tido dalam 'aircond' ye?!


Breakfast di Amaris... 'mamam popok' je!


Di siap mandi! Menyusu n get ready nk balik Kuala Lumpur, Malaysia.


Dalam flight...
Kesian bdk Airyl ni mabuk agaknya! Sebaik flight bergerak dia terus baring n tido...

Tuesday, November 27, 2012

BBplus - Pentingnya Kolagen


Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit. Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

■ Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit.

■ Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita.

■ Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit.

■ Di dalam sendi rawan, Kolagen berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

BBPlus juga dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi. Peptida kolagen ikan adalah sumber kolagen jenis 2, yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism dan osteoarthritis. 

Bakal Arah Filem Bersama Ahmad Idham?!


Siapa mahu melihat filem arahan dan juga terbitan Aaron Aziz?! Atau mungkin juga mahu melihat Aaron berlakon sekali didalam filem arahannya itu?!

Terbaru, ketika ditemui di majlis pengumuman tema terbaru Anugerah Bintang Popular Berita Harian [ABPBH], Aaron memberitahu bahawa kini dia sedang dalam perancangan untuk mengarah dan menerbitkan filem bersama pengarah terkenal, Ahmad Idham.

'Ia masih dalam perancangan, Inshaaa Allah nak cuba jika semuanya berjalan lancar.'

Aaron turut memberitahu bahawa dia akan turut berlakon sekali didalam filem arahan mereka berdua jika perancangan ini menjadi. Jika benar, OHBULAN! pasti gabungan kedua pelakon dan pengarah ini akan menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan menarik.

Dalam kesibukannya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk 'Fear Factor Selebriti Malaysia', Aaron kini terpaksa berulang alik diantara Malaysia dan Singapura demi menguruskan produksi sendiri di sana. Pelakon kacak ini juga mengaku mempunyai masalah tidak cukup tidur kerana sibuk bekerja.

'Saya tidur tak pernah cukup, rehat pun tak cukup. Saya cuba cari peluang untuk tidur, agak pening kepala juga la!' ujar Aaron.

Dalam perkembangan terbarunya, Aaron bakal muncul dengan filem LARI arahan Ahmad Idham yang dijangka akan ditayangkan sekitar tahun 2013.

Friday, November 23, 2012

Jalan2 'Jelajah' JAKARTA - Taman Impian Jaya Ancol

... 3rd day, afternoon. Jalan2 Pantai Ancol...

Ancol menjadi icon Jakarta, ibukota negara Indonesia.




Kawasan Taman Impian Jaya Ancol 'Dunia Fantasi' [DUFAN] dibina pada tahun 1985. Kini, Taman Impian Jaya Ancol yang seluas 552 hektar telah menjadi pusat pelancongan tepi pantai dan rekreasi permainan terbesar yg paling lengkap di Indonesia...



... dengan pasir putih yang membentang hingga 500 meter dan kelebaran pantai 150 meter. Kita bole bersantai dengan menyewa tikar2 dan khemah2 yg disediakan sambil menyaksikan alam pemandangan laut lepas!



... 'GONDOLA' [Skylift] untuk membawa pengunjung melihat dan menikmati panorama mengkagumkan di sekitar Pantai Ancol, Dunia Fantasi, Pasar Seni, Ocean Dream Samudra, Sea World serta pemandangan menarik disekitarnya dari ketinggian sekitar 21 meter dari aras laut! Gondola Ancol memiliki 37 unit gondola dengan kapasiti 6 orang per gondola...



Mmg tk sempurna rasanya kalau pergi ke Jakarta tapi tk singgah ke Ancol...


Jalan2 Cari Makan2 di A&W Ancol. Comotnya bdk Airyl tu minum Root Bir Float..

Thursday, November 22, 2012

Jalan2 'Jelajah' JAKARTA - Tugu Monas

... 3rd day, morning. Melawat Tugu Monas...


Monas atau Tugu Monas yg terletak di Medan Merdeka, Jakarta Pusat merupakan satu monumen tarikan pelancong ke Jakarta... setinggi 132 meter [433 kaki]. Tujuan pembinaan Monas ialah bertujuan mengenang perjuangan merebut kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pada 17 Ogos 1961, sewaktu pemerintahan Sukarno pembinaan Monas dilakukan. Monas dibuka pada umum pada 12 Julai 1975.

Menariknya tugu ini kerana ianya dimahkotai oleh lidah api yang disaluti lembaran emas [warna kuning] yang bertujuan melambangkan semangat perjuangan yang menyala2.

Di bahagian bawah Monas terdapat sebuah ruangan yang luas iaitu Museum Nasional... setinggi 8 meter. Museum ini menampilkan sejarah perjuangan Bangsa Indonesia. Luas museum ini adalah 80 x 80meter...












Take 5 kejap! Bdk Airyl tu asyik nk 'kokom' je! Loteh den!


Cian budak Airyl... haus n letih sangat! Kejap je air Milo... yg dibawa khas dr Malaysia tu dh abis! 'Menat!' katanya. Hehehe...


Tido sudah! Hehehe...

Jalan2 'Jelajah' JAKARTA - Metro Tanah Abang

... 2nd day. Jom shopping!
Sempat bergambar di hadapan pintu Ibis Arcadia sementara menunggu 'TAKSI' datang. Hehehe...


Metro Tanah Abang...
'Heaven' untuk kaum wanita especially... sbb barang yg dijual di sni kebanyakannya adalah barang2 untuk wanita! Ada telekung sulam, kebaya sulam, kain ela, kain lace, kain chiffon & segala jenis kain lagi. Seriously, semuanya sangat cantik & murah! Aku pn 'terbeli' 6 pasang kain lace! Blouse n tshirt jangan cakap la! Hehehe...

Datang sni mmg btl2 jadi JUATAWAN! Jgn tk caya dlm beg tu bawak duit 10 JUTA! [tapi juta rupiah je la! Hehehe...]




Jangan tk caya... kt Tanah Abang pn ada jual kambing! Hahaha...


Still kt area Tanah Abang. Just terfikir klu pemilik motosikal yg kt tengah2 tu tiba2 ada emergency... mcm mna la dia nk kuarkn motosikal dia tu kn?!



Kt depan kedai 'border lace'. Belikan border lace kiriman adik, Farah Nazlin...


Kain lace mmg murah gila kt sna! Kebanyakknnya mmg tgh sale... 4 meter cuma 39,000! Cuba la 'convert'kn! Gila tk?! Itu yg aku 'terbeli' smpi 6 pasang kain lace tu! Nk buat apa pn aku tk tau! Hahaha...


Dh penat 'menyoping' br balik! Hehehe...
Bergambar kt dalam kenderaan yg paling popular di Jakarta iaitu BAJAI...


Ni la dia BAJAI...


Blk shopping terus lunch di Restoren Indonesia tk jauh dr hotel penginapan! Punya banyak menu... smpi pening2 kepala bdk Airyl nk pilih menu! Sudahnya 'french fries' je! Hahaha...


Menu utamanya NASI GORENG GILA... sbb rasanya yg mmg pedas gila! Terbaik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...