Tuesday, October 30, 2012

Terkenang Semasa Dulu... Sejarah Pulau Tioman

.. tiba2 hati teringat dan rasa rindu kat Pulau Tioman. Ntah bila lah boleh dapat 'repeat' ke Tioman lagi?! Nak larikan diri dari hiruk pikuk dan kesibukan kota metropolitan yang penuh mencabar ini! Konon!


Pulau Tioman yang tersenarai antara 10 pulau paling cantik di dunia dengan keindahan pasir pantainya yang memutih dan kebiruan lautnya yang menggamit pelancong berkunjung ke Pulau Tioman..

Buat masa ni mmg keadaan sungguh tak mengizinkan. Dengan perjalanan yang agak jauh dan turun naik bot pula... maybe tunggu Airyl besar sikit!

Apapun, percutian buat pertama kali a.k.a 'HONEYMOON' di Salang Indah Resorts, Kampung Salang, Pulau Tioman dulu tetap melakarkan kenangan terindah dalam hidup aku!


Nak tau 'Asal Usul PULAU TIOMAN'...

Berdasarkan cerita yang diperturunkan dari generasi ke generasi, setiap kepulauan di Semenanjung asalnya daripada naga yang disumpah menjadi pulau. Bagi sejarah Tioman pula, ia berasal dari kisah sepasang naga pada zaman dahulu kala.

Sepasang naga suami isteri [naga jantan dan naga betina] meninggalkan Tasik Chini menuju ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalana kononnya naga ini telah tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok dan naga ini pantang sekiranya mendengar ayam berkokok.

Oleh sebab terlanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau sementara naga jantan bertukar menjadi Gunung Nenek Semukul iaitu salah sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Begitulah kisahnya!
Samada betul atau tidak itu terpulang kepada kepercayaan masing2 samada untuk menganggapnya sebagai hanya sebuah dongeng atau sebuah kisah benar. Mengikut legenda, Pulau Tioman mulanya kecil berubah menjadi besar.

Infact, kampung Salang pada zaman dulu pernah menjadi tempat bagi lanun memenjarakan penentang mereka atau melaksanakan hukuman. Jika berlaku kekecohan di laut, mereka akan singgah di pulau berkenaan untuk menjalankan hukuman!

.. ku tinggalkan cerita dan kenangan indah di Kampung Salang, Pulau Tioman. Insya Allah, ada masa dan kesempatan kami akan datang lagi!

Monday, October 29, 2012

HIDUP Dengan MEMBERI


Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai, hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi. Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi, namun itulah yang terus dihargai dan diingati!

Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi.

Erti 'HIDUP DENGAN MEMBERI'

Walau mungkin tampak pada mulanya tidak dihargai, lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati, sanubari n diri seseorang.

Ada pepatah pernah menyebut:

'Jadilah seperti pokok... walau dilontar dengan tahi... namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling!'

Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan kalian pada yang lain, sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan atau pun persatuan. Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang.

Sedarkah kita?!

Sebelum kita melontarkan persoalan sedemikian... cubalah lontarkan:

'Apakah sumbangan yg telah aku berikan kepada orang lain?!'

Jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita, tapi hitunglah dengan jari sendiri apakah sumbangan kita pada orang?!

Erti 'HIDUP Dengan MEMBERI' harus diteladani. Walaupun mungkin pada mulanya ia tidak dihargai.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

'Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima!'

Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi! Sebelum kita semua melangkah pergi, persiapkanlah segala bekalan untuk diri. Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari!

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 'Apabila seorang manusia mati, putuslah [tulisan pahala] amalan [setakat itu] kecuali tiga perkara [yang akan berlanjutan tulisan pahalanya] iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya!'
[Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad]

Semoga erti 'HIDUP Dengan MEMBERI' ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati! Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti.

Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih2 lagi...

- Artikel iluvislam.com

DISABLE Right Click atau The More U Give.. The More U Get!


Honestly masa mula2 aku create blog ni dlu aku berhasrat nk bubuh 'Disable Right Click'.. but then one day masa aku terdesak nk cari satu artikel utk 'assignment' aku.. [Assignment?! Huhuhu.. ].. bila aku right click kt satu laman web tu tiba2 kuar perkataan 'KALAU BERANI COPY LAH!'. Masa tu aku mmg marah sangat2! 'Hangin' aku satu badan!

Memandangkan aku mmg perlu sangat artikel yg penting n berguna tu maka terpaksa lah aku menaip balik semula satu persatu artikel yg panjang berjela2 tu! Sudahnya 7 hari 7 malam aku memaki n menyumpah tk abis! Pada aku seriously benda ni sangat annoying!

Aku tau sesetengah blog atau laman web mungkin ada yang mematikan fungsi right click.. ia bertujuan supaya hak cipta mereka terpelihara atau dengan kata lain dia tak nak orang lain copy apa yang dia buat.

Aku pun tak suka sebenarnya kalau ada orang copy blog aku.. tapi sesetengah artikel atau info yang berguna untuk dimanfaatkan aku rasa perlu untuk dikongsikan bersama! Betul tak?!

Moral of the story.. jangan sesekali kedekut untuk berkongsi ilmu atau info atau janganlah terlalu risau jika ada orang lain yg copy bulat2 apa jua artikel yg kita tulis. Sekiranya mereka menyampaikan kepada orang lain, bersyukurlah ilmu atau info itu telah disebarkan kepada lebih ramai orang.

Sekiranya kita benar2 yakin dengan janji Allah.. setiap perbuatan yang baik pasti akan menerima balasan yang baik!

Anyway FATIN LIYANA Asri yg menang awards Best Celebrity Blog dalam World Blogger & Social Media Awards pn tk bubuh 'Disable Right Click'. Huhuhu..

'HIDUP UNTUK MEMBERI'.. so berilah apa jua yang kita mampu dari segi ilmu, wang ringgit, kasih sayang n sebagainya.

The More U Give.. The More U Get!
 

CENDOL BAKAR 'Drive Thru'


... balik kampung Raya tu, time siang mmg panas gila! Malam plk sejuk gila!
So petang Sabtu tu kami ambil kesempatan untuk makan cendol bg menghilangkan panas badan n haus tekak! Hehehe... Kebetulan kami nk ronda2 ke Kuala Selangor.

So, on the way ke Kuala Selangor tu kami singgah di gerai 'CENDOL BAKAR' yg terletak di Bukit Rotan, Assam Jawa. Memandangkan barisan yg 'order' punya panjang berjela, kami hanya 'Drive Thru' n makan cendol dalam kereta je! Jgn tk percaya, cendol pn dh ada 'Drive Thru'.

Apa pn 'Cendol BAKAR' mmg sedap! Tk percaya cuba la! Dah cuba sekali... pasti nak lagi!

HEALING CRISIS


Fahami apa itu 'Healing Crisis'

Selalunya di awal pemakaian Premium Beautiful anda mungkin akan mengalami 'Healing Crisis'. Proses ini berlaku kerana proses penyahtoksid dari dalam badan sedang berlaku. Ianya mungkin juga tidak berlaku - bergantung kepada tahap kesihatan badan anda. Berita baiknya ia selalunya berakhir dalam masa 24jam.

Jangan risau jika anda mengalaminya kerana ianya adalah positif, ia petanda penyakit anda dibongkarkan dari dalam badan dan akhirnya di lenyapkan terus dari badan.

Symptoms yang normal berlaku:

1. Sakit kepala - bagi orang yang kerap sakit kepala dan migrain. Pastikan juga anda minum cukup air.

2. Sakit tulang belakang - bagi orang yang selalu mengalami sakit belakang. Tindakan awal menyelaraskan tulang belakang.

3. Terkentut dan sendawa - bagi orang yang banyak angin. Tindakan membuang angin. Angin banyak di dalam badan bermakna badan anda berasid.

4. Badan rasa sedikit sakit - bagi orang yang selalu demam dan sakit sendi-sendi kerana semasa memakai Premium Beautiful seperti di dalam proses berurut.

5. Payudara terasa sengal2 - memulihkan dan bertindak untuk menegangkan dan menaikkan semula buah dada seperti zaman remaja.

6. Berat badan turun - menunjukkan berat badan si pemakai tidak sesuai dengan ketinggian.

7. Gatal2 pada anggota badan dan tempat-tempat tertentu. Terlalu banyak asid yang dikeluarkan melalui perpeluhan. Kesan-kesan kehitaman pada pinggang mungkin berlaku. Teruskan pemakaian untuk mengeluarkan toksid berasid.

8. Badan terasa cergas dan lebih aktif - kerana tindakan resonan molekul air di dalam badan lebih aktif setelah memakai Premium Beautiful kerana tindakan FIR.


PREMIUM BEAUTIFUL Corset dan SLIPPED DISK


Say NO to Back Pain [Slipped Disk] dgn PB!

Sinaran FIR dipancarkan terus kedalam kulit n daging sehingga jauh ke dalam tisu tulang. Ianya sinaran yang amat bermanfaat, kesan pemanasan yang lembut keatas tisu semulajadi badan.

Kesan pemanasan ini, salur darah dikembangkan, melancaran aliran darah. Maka terjadilah kejaiban toksid dinyahkan, lebih banyak n kecekapan oksigen dibawa dalam darah. Darah yang kaya dengan oksigen mempercepatkan penyembuhan sebarang penyakit [body own natural healing process].

Jangan tangguh lagi, pakailah PREMIUM BEAUTIFUL Corset. The pain just melt away!

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang2, menendang sekelilingnya dan berpusing2 di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel...

Thursday, October 25, 2012

BERHATI2 di JALANRAYA! Ingatlah Orang Tersayang Yg Menanti Kepulangan Anda!


Berhati2 memandu di jalan raya sepanjang musim perayaan ini... elakkan kemalangan dan saman!

Bila tiba saja musim perayaan, antara berita yang sering kita dengari ialah berkenaan tragedi kemalangan jalan raya. Setiap pengguna jalan raya sama ada yang memandu kereta, menunggang motosikal, atau yang menggunakan sistem pengangkutan awam sentiasa terdedah kepada kemalangan jalan raya.

Kalau bernasib baik, mungkin kita hanya mengalami kecederaan ringan, atau hanya kenderaan sahaja yang mengalami kerosakan... tetapi jika tidak bernasib, mangsa kemalangan akan mengalami kecederaan parah yang boleh mengakibatkan kematian!

Apa tindakan kita sebagai pengguna jalan raya dalam usaha mengelakkan berlakunya kemalangan, terutamanya kemalangan maut?!
- Kebiasaannya kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sikap pemandu itu sendiri, di mana sikap cuai dan mementingkan diri sendiri menjadi penyebab utama.
- Keduanya disebabkan oleh keadaan jalan raya, termasuk situasi semasa seperti kesesakan yang berlaku, keadaan cuaca ekstrem seperti hujan lebat dan kabus tebal.
- Ketiga ialah disebabkan kondisi sesebuah kenderaan itu sendiri, seperti keadaan bunga tayar, sistem brek, tahap kekuatan enjin yang penting sewaktu cuba memotong kenderaan lain, dan ciri2 keselamatan yang dibekalkan pada setiap kenderaan yang sudah tentunya berbeza mengikut model.

Jika kita mengambil pendekatan memandu dengan berhati2 dan berhemah mengikut semua peraturan jalan raya, risiko kemalangan boleh dikurangkan ke tahap minimum. Pemandu yang bijak bukan sekadar memandu dengan cermat, malah peka dengan semua keadaan di atas jalan raya yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan.

Kenderaan juga perlu diselenggara dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengeluar, di samping memastikan semua sistem dan peralatan berfungsi dengan baik. Dengan cara itu, perjalanan pulang ke kampung sempena musim perayaan ini akan berjalan dengan lancar dan kita akan selamat sampai ke destinasi masing2...

Tuesday, October 23, 2012

Amalan SUNAT Menjelang AIDIL ADHA


Kedatangan 10 Zulhijjah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda, 'Tidak ada hari2 yang lebih disukai oleh Allah S.W.T di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.' [Hadis riwayat Abu Hurairah].

Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijjah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah pergandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah S.W.T dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.

Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban [Hari Raya Aidiladha] adalah:

SEBELUM 10 ZULHIJAH

• Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
• Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
• Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

PAGI 10 ZULHIJAH

• Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
• Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
• Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
• Memohon keampunan dan bermaaf2an sesama ahli keluarga.
• Sunat menjamah makan dan minum selepas selesai solat Aidiladha.
• Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
• Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
• Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah [Takbir Muqayyad].
• Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
• Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
• Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
• Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

'Aku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.'

Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis [terjemahan] yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud, 'Rasulullah S.A.W datang ke Madinah sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah S.A.W bertanya, 'Hari apakah yang dua hari ini?!' Mereka menjawab, 'Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah.' Kemudian Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya Allah S.W.T telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.'
[Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an Nasai daripada Anas]


Berdasarkan kepada hadis [terjemahan] 'Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.' [Hadis riwayat At Tirmizi]

Berdasarkan sebuah hadis [terjemahan] yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al Hakim yang bermaksud, 'Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah [menyembelih korban]. Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk2nya, bulu2nya dan kuku2nya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.'

Berdasarkan sebuah hadis [terjemahan] Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah AlAnsariy r.a, diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya, 'Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua2nya berkata, 'Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah [Aidilfitri] dan sembahyang Hari Raya Korban [Aidiladha]. Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut, lantas dia menjawab dengan berkata, 'Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al Ansariy r.a bahawa, 'Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah [Aidilfitri], baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa2 pun.

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya [yakni hari raya fitrah dan hari raya korban] dengan ibadah sama ada mengerjakan solat2 sunat, membaca al Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi S.A.W bersabda:

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ

'Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati2.'
[Riwayat Imam at Thabrani dari ‘Ubadah r.a.]

Pengenalan AIDIL ADHA


Hari Raya Aidiladha [bahasa Arab 'Eid Ul Adha] atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat KORBAN. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya Aidil Adha, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi2an. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri2 yang dikorbankan akan disembelih secara beramai2 di kawasan masjid sebelum dibahagi2kan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan...

SEJARAH dan Asal Usul AIDIL ADHA


Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi.. dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, 'Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.' Apabila mendengar kata2 ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, 'Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T. aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.'

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, 'Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.'

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, 'Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.'

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya... tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas...

Mengapa Anda Perlu Memilih PREMIUM BEAUTIFUL?!


Mengapa memilih Premium Beautiful Corset?!

• Tanpa pil pelangsing.
• Tanpa diet, pembedahan atau senaman.
• Halus lembut dan selesa pada kulit.
• Sesuai dipakai sepanjang hari.
• Fabrik yang boleh mengalirkan udara yang nyaman.
• Ditenun dengan sulaman F.I.R.
• Pengiktirafan Badan Kesihatan Dunia.
• Direkacipta mengikut struktur badan wanita secara terperinci.
• Keberkesanan dalam masa 5 minit selepas memakainya.
• Mengelakkan kanser payudara dan rahim.

Rawatan alternatif bagi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh secara biasa
• Anti kanser
• Lemah tenaga batin
• Kencing manis
• Darah tinggi
• Lemah jantung
• Gaot, Migraine
• Asma
• Sakit belakang dan pinggang

Lain2 kegunaan.
Kehebatan produk ini memang tidak terbanding, malah bengkungnya boleh dikatakan 1001 macam kegunaan. Antaranya ialah:-
• Kalau anak2 kecil mengalami kembung perut, boleh balutkan perutnya.
• Bagi kanak2 yang demam panas, bengkung dapat membantu mengeluarkan haba yang panas dengan cara membalut badan kanak-kanak tersebut.
• Biasanya bayi yang baru lahir terkena 'jaundis' [kuning], balutkan badannya dengan bengkung untuk mempercepatkan pemulihannya.
• Kalau anda sakit lutut [gaut], bolehlah membalut lutut anda dengan menggunakan bengkung.

Monday, October 22, 2012

Muhammad Airyl Zakwan... Cameron Highlands

Gelihati nengok budak Airyl ni teruja sangat nk petik buah tomato. 'Epan', katanya. Hehehe...



MIGRAINE Hilang Dengan PREMIUM BEAUTIFUL


Setiap helaian benang Premium Beautiful Corset telah ditenun dengan Far Infrared Rays [F.I.R.]. Bagaimana plak F.I.R. dapat membantu dalam melegakan dan seterusnya menghilangkan migraine?!

Secara ringkasnya, F.I.R. akan improve our blood circulation, sebab migraine terjadi apabila saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut2. So, dengan pemakaian Premium Beautiful yang telah disulami dengan F.I.R. akan mengurangkan migraine secara beransur-ansur dan lama kelamaan akan hilang terus...

7 Produk Import Thailand Mempunyai DNA BABI!


Pihak Jabatan Agama Islam Perlis [JAIPs] telah mengesahkan tujuh produk sejuk beku dipercayai dibawa masuk dari Thailand serta dijual di pasaran tempatan khususnya di wilayah utara mengandungi DNA babi.

Antara produk yang tersenarai, tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong, sepit ketam tiruan, bebola ikan berperisa, produk hasil laut dan jejari ikan jenama PFP keluaran Pacific Fish Processing Limited.

Tidak terkecuali produk lain seperti, kaki ketam tiruan jenama A-Roy Mark dikilangkan Smile Heart Food Company Limited [Smile Heart] turut disahkan mengandungi DNA babi.

'Mengikut laporan, ini merupakan kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011,' kata Mohd Sokri Hussin, Pengarah JAIPs.

Difahamkan juga, produk sejuk beku keluaran dua syarikat berpangkalan di Thailand itu dibawa masuk secara haram dari negara jiran berkenaan, kebanyakannya dibeli peruncit termasuk penjaja kecil sebelum dijual di pasaran tempatan terutama di pasar malam atau gerai tepi jalan.

Berikutan harga yang murah, produk terbabit dikatakan mendapat sambutan berbanding produk yang mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM] atau Jabatan Agama Islam negeri.

Menurut Pengarah JAIPs, Mohd Sokri Hussin, perkara itu terbongkar selepas pihak berkuasa di sempadan termasuk Jabatan Kesihatan Perlis merampas produk sejuk beku dibawa masuk secara haram sebelum mengambil sampel untuk diuji kandungannya.

'Sejak tahun lalu, kita mengesan empat kes membabitkan produk sejuk beku tidak halal dari Thailand dibawa masuk ke negara ini. Ia termasuk kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011.'

'Sementara itu, bebola ikan berperisa, produk hasil laut, jejari ikan filamen dan kaki ketam tiruan dikesan Mei dan September lalu. JAIPs sudah melakukan hebahan termasuk menerusi khutbah Jumaat di seluruh negeri selain menasihatkan umat Islam mengelak membeli produk sejuk beku dari Thailand tanpa sijil halal.'

'Malah, kita turut menasihatkan peruncit termasuk peniaga pasar malam supaya tidak membeli produk sejuk beku Thailand yang tidak halal serta tiada kelulusan Kementerian Kesihatan kerana dibimbangi memudaratkan orang ramai selain menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.' katanya.

Apa yang lebih memeranjatkan, katanya, ada sebahagian produk sejuk beku yang dirampas itu turut memiliki logo halal dari Thailand yang dikhuatiri mengelirukan umat Islam di negara ini.

Benarkah Bumi Akan BERGELAP Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012


Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah?! Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah 'Penyejajaran Alam Semesta' di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru [Dark of the Earth]. Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari!

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah! Ketenangan amatlah diperlukan... saling berhubung antara satu sama lain... berdoa dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari itu!

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya!

Anyway, kita tunggu dan lihat saja lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 itu. Ini hanyalah jangkaan atau ramalan manusia saja, tak pasti... tapi kalau benar2 terjadi, sekurang2nya kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari itu nanti!

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Wallahu‘alam...

SEJADAH Bercorak BA... ALIF... BA... YA [BABI]


SEREMBAN: 'Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah2 muka dan kepala babi.' kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira2 enam bulan lalu.

'Saya dan beberapa ahli keluarga membeli belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

'Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10.00 untuk tiga helai. Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil.' katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

'Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi.' katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan [NESCA], Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

'Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam.' katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

'Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya.' katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Sunday, October 21, 2012

PREMIUM BEAUTIFUL Corset untuk Conceive

Pada kawan2 yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat... cubalah pakai PREMIUM BEAUTIFUL Corset.

Setiap apa yang diimpikan haruslah bermula dengan USAHA dan TAWAKKAL kepada ALLAH!

Dengan berkat usaha Insya Allah akan berhasil. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Anyway, ini adalah antara testimonial pemakai PREMIUM BEAUTIFUL Corset. TAHNIAH dan semoga dimurahkan rezeki.




Kenapa PREMIUM BEAUTIFUL Corset untuk Conceive?!

PREMIUM BEAUTIFUL boleh mengurangkan serta membersihkan cysts dan fibroid dalam ovari yang diketahui banyak menyerang wanita terutama wanita berumur 40 tahun ke atas.

PREMIUM BEAUTIFUL boleh membantu menyeimbangkan hormon estrogen dan progesterone, FSH, LH...

Bila pakai PREMIUM BEAUTIFUL, kedudukan rahim adalah lebih stabil, kukuh, dilindungi dan disokong penuh bagaimana fungsi bengkung ketika dalam pantang malah lebih baik lagi!

Apabila rahim dalam keadaan baik, peluang untuk conceive adalah lebih tinggi!

Sebenarnya kegemukan dan lebihan berat badan memang mengganggu hormon dan menjejaskan peluang untuk concieve.

Boleh menyelesaikan masalah period yang tak konsisten.

Mengurangkan masalah period pain.

PREMIUM BEAUTIFUL juga berkesan untuk menguatkan kembali otot rahim selepas bersalin.

Boleh mengurangkan masalah keputihan.

* Kita hanya merancang... Allah juga yg menentukan!

ERISYA SPA Bath Salt

... walaupun tiap2 hari aku mandi menggunakan Dettol Shower Gel [itu PASTI]... namun at least seminggu sekali aku mesti nak juga 'scrub' badan. Kena la scrub sendiri, nk ke SPA tk mampooo! Hahaha... Tkde la! Tkde masa nk dok berjam2 kt SPA tu memandangkan si kecil yg sorg tu bukan boleh klu 'Mommy' dia tinggalkan dia lama2 skit!

So pilihan aku untuk scrub badan ni adalah ERISYA SPA Bath Salt. ERISYA SPA Bath Salt didatangkan dalam pelbagai pilihan untuk kesesuaian kulit pengguna!


- Spa Bath Salt KUNYIT untuk kulit normal.
- Spa Bath Salt ASA JAWA khas untuk kulit sensitif.
- Spa Bath Salt TIMUN bagi kulit kering.
- Spa Bath Salt STRAWBERI berfungsi sebagai agen antipenuaan dan membantu melumpuhkan kerja aktif kanser kerana asid ellagic yang terdapat di dalam strawberi.
- Spa Bath Salt LIMAU + SERAI + HALIA bertindak memecah lemak, toksin serta memecah angin.
- Spa Bath Salt MANGGIS + PITERA berfungsi sebagai antioksida, anti kanser merawat kulit yang bermasalah akibat sinaran ultra violet, seperti kulit kusam, gelap dan kering.

ERISYA SPA Bath Salt dirumus khas dengan herba buah2an yang mampu menyegarkan dan mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia juga dapat mencerahkan bahagian celah peha dan ketiak serta dapat menanggalkan sel2 kulit mati.


... dan pilihan aku semestinya ERISYA Spa Bath Salt STRAWBERI. Orang kata STRAWBERI membuatkan kita kelihatan 5 tahun lebih muda! Hahaha...

Saturday, October 20, 2012

Tempah BIO VELOCITY Sleep Mate anda sekarang!


Terhangat di pasaran... Bio Velocity Sleep Mate. Tidur yang berkualiti... kesihatan terjamin!

Bio Velocity Sleep Mate... bangun pagi dengan lebih segar dan bertenaga. Tiada lagi lenguh2, sakit2 badan, sakit urat, sakit belakang n etc.

Aura juga menjadi lebih positif dan meyakinkan. Ia mengeluarkan cas2 negatif dalam badan... yg ada hanya cas2 positif sahaja!

Harga: RM1,288.00 sahaja.

JTX1000 - World's Best Lubricants


Minyak Pelincir JTX 1000 untuk Honda, Proton, Perodua, Mercedes, BMW, Hyundai dan banyak lagi. Ia adalah mineral oil yang setara malah lebih baik dr prestasi minyak Fully Synthetic...

SUDUT PENGETAHUAN UMUM

Ada apa dgn 'W'?! Contoh 15W50 [JTX1000]

W = 'Winter Grade' atau tahap keadaan suhu enjin ketika suhu rendah [sebelum enjin dihidupkan]. Dalam keadaan suhu di Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi untuk menghidupkan kenderaan anda.

50 = Tahap kelikatan minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C [grad pada suhu ketika ujian kelikatan minyak].

Apa beza 10W-40 dengan 15W-40?!

Ketika enjin beroperasi sepenuhnya kelikatan minyak 10W-40 dan 15W-40 adalah sama. Perbezaan hanya pada ketika enjin mula dihidupkan atau berkeadaan sejuk. 10W lebih effisen berbanding 15W jika suhu lebih sejuk dan sesuai untuk enjin mula beroperasi pada suhu tersebut.


KEPUASAN PELANGGAN
- Menjimatkan bahan bakar [petrol atau diesel]
- Meningkatkan kuasa enjin [pick up]
- Membolehkan pergerakkan engine yang lebih stabil dan senyap
- Minyak pelincir yang dijamin kualiti dgn sijil ISO 9001 [SUPERBRAND]
- Mengadungi agen pembersih enjin

Harga: RM140.00 [Ahli] dan RM170.00 [BUKAN Ahli]

Friday, October 19, 2012

SNOW WHITE and The HUNTSMAN

... bukan SNOW WHITE and The SEVEN DWARFS tau! Hehehe... Citer ni mmg best! Nengok duatiga kali pn tk bosan! Rugi sapa tk nengok!


SINOPSIS

Mengisahkan Snow White... puteri kepada Raja Magnus dan Permaisuri Eleanor.
... menjadi mangsa kezaliman Ibu Tiri beliau Ravenna, seorang Tukang Sihir selepas kematian Ayahanda Raja, akibat dibunuh oleh Ravenna. Ravenna seorang Sihir yang mahu kekal hidup dan mahu sentiasa cantik dengan menyedut keperawan gadis remaja.

Setelah meningkat remaja, kejelitaan Snow White menjadi ancaman kepada Permaisuri Ravenna. Belum sempat Ravenna menggunakan kekuasaan Snow White, Puteri tersebut sempat melarikan diri ke dalam Dark Forest.

Permaisuri Ravenna akhirnya mengarahkan The Huntsman untuk memburu Snow White supaya dapat ditangkap. Kenapa pesuruh Ravenna tidak mampu menjejak Snow White ke Dark Forest?! Siapa dia The Huntsman dan berjayakah dia memburu Snow White?!

PELAKON

- Kristen Stewart [sebagai Snow White]
- Charlize Theron [sebagai Ravenna dan The Queen)
- Chris Hemsworth [sebagai The Huntsman]
- Sam Claflin [sebagai Prince]
- Peter Ferdinando [sebagai Black Knight]

Kunci SUKSES!


Orang2 yang sukses hidup dengan lengkap! Mereka bahagia dan penuh rasa syukur dan cinta terhadap segala sesuatu dalam kehidupan mereka...

VANILLA ICE CREAM Cake

Tiba2 teringat kt kek ais krim vanilla ni...


... masa birthday HB dlu! Sedapnya!
HB yg birthday... budak Airyl ni plk yg sibuk nk potong kek! Hehehe...

Jalan2 Cari Pasal - Marina Island, Lumut

Setiap kali balik kg HB di Manjung... mmg ini la aktivitinya. Jalan2 Cari Pasal di Marina Island... tk pnah 'missed'. Hehehe...


Muhammad Airyl Zakwan yg 'musyuk' itu...




Budak Airyl ni mmg 'maleh' nk berjalan. Asyik mintak 'kokom' je! Naik kurus Mommy dibuatnya....



Masa ni Airyl dh rimas amik gambar... maybe sbb cuaca yg agak panas. Dia tunjuk kereta n sebut, 'Nak naik car!' Hehehe...

Bunga MAWAR BIRU atau BLUE ROSE kini NYATA!


Bunga MAWAR BIRU atau BLUE ROSE..
Aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan bunga ini. Infact YM, email, blog, nickname kt forum, nama syarikat etc.. semuanya yg berkaitan dengan aku pasti ‘BLUEROSE’!

BLUEROSE Enterprise
BLUEROSE Beauty and Health
http://bluerose99.blogspot.com
bluerose99s@yahoo.com

Orang kata..
- MAWAR BIRU me'representasi'kan perasaan yang tidak mudah dikatakan.
- MAWAR BIRU diertikan juga imaginasi, misteri, tak dapat disentuh atau ketidakmungkinan.
- MAWAR BIRU adalah sesuatu yang benar2 dalam.. berasal dari mawar putih yang telah lama, dingin dan membeku menjadi MAWAR BIRU.
- MAWAR BIRU melambangkan kesungguhan atas perasaan dan kesendirian yang mendalam.

Orang JAWA kata bunga MAWAR BIRU adalah lambang kesetiaan, ketulusan, keikhlasan hati untuk mencintai dan menyayangi siapa saja yang dikasihi
Bunga MAWAR BIRU.. kononnya hanya ada di puncak gunung yg tinggi dan hidup liar. Itulah bunga MAWAR BIRU.. teramat indah.. tapi takkan semua orang dapat memetiknya!

Namun.. bunga MAWAR BIRU kini NYATA!


Sekarang dapat dilihat hasilnya.. bunga MAWAR BIRU sudah ada di depan mata!

Setelah melakukan penelitian selama 14 tahun iaitu semenjak dari tahun 2004, Perusahaan Suntory dari Jepun bekerjasama dengan Perusahaan Florigene dari Australia berjaya menemukan MAWAR BIRU melalui teknik rekayasa genetik.

"Penemuan MAWAR BIRU ini terjadi justeru pada saat kami percaya penemuan itu mustahil dilakukan.. tapi kami terus melakukannya sampai akhirnya tercapai!" kata Nobutada Saji, Presiden Suntory pada sidang media di Tokyo, Jepun dua tahun lalu.

Untuk menghasilkan MAWAR BIRU, para ahli ‘meminjam’ pigmen biru [delphinidin] dari bunga petunia dengan mengaplikasikan teknologi RNAi. Meski demikian MAWAR BIRU temuan para ahli Suntory belum benar2 biru melainkan biru lembayung. Namun kunci dan teknik untuk menghasilkan warna biru dari pigmen ‘delphinidin’ sudah ditemukan.

Para peneliti kini tengah bekerja keras untuk menghasilkan MAWAR BIRU dengan warna biru langit cerah. Menurut mereka, harus ada penambahan bahan kimia untuk menghasilkan warna yang lebih cerah..

Maksud Di Sebalik WARNA Bunga MAWAR

Pasti kita tertanya2 apakah makna disebalik warna bunga tersebut. Maka, pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua makna disebalik warna bunga mawar. Harapnya ia dapat membantu anda dalam memilih bunga yang sesuai untuk diberikan kepada teman2.



Mawar MERAH [Red roses]
Meaning: Love, Respect, Courage, Passion, Well Done, Congratulations.

Ros merah biasanya diberikan untuk menyatakan perasaan cinta. Ia juga sebagai simbolik kepada keberanian dan penghargaan.


Mawar PUTIH [White roses]
Meaning: Purity, Secrecy, Innocence, Reverence, Worthiness.

Sesuai dengan warnanya, mawar putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati.


Mawar MERAH JAMBU [Pink roses]
Meaning: Happiness, Elegance, Romance, Admiration, Sweetness, Thank You.

Mawar pink secara umumnya membawa maksud kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink muda [light pink] simbolik kepada kekaguman atau simpati terhadap penerima. Warna yang lebih pekat [deep pink] memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih.


Mawar PEACH [Peach roses]
Meaning: Appreciation, Sincerity, Gratitude, Modesty.

Mawar peach sebagai simbolik kepada penghargaan. Ia juga boleh digunakan untuk menyatakan terima kasih.


Mawar KUNING [Yellow roses]
Meaning: Friendship, Caring, Welcome or Welcome Back, Joy.

Bunga mawar kuning menjadi lambang persahabatan dan kegembiraan. TAPI bunga ros kuning juga lambang cemburu. Jadi untuk mengelakkan salah faham, bagi bunga dengan nota sekali. Nanti kalau salah faham lagi haru.


Mawar UNGU [Purple roses]
Mawar yang satu ini merupakan mawar favorit bagi kebanyakan pecinta mawar. Mawar yang berwarna ungu ini menciptakan nuansa keanggunan, keagungan, kemuliaan dan kemegahan. Selain menjadi warna yang di identikan dengan kemewahan dan elegan, Warna ungu juga dianggap sebagai simbol kesetiaan.
Mawar ungu juga boleh di jadikan perwakilan untuk mengungkapkan rasa terpesona atau jatuh cinta pada pandangan pertama.


Mawar HIJAU [Green roses]
Bila diertikan dari warna hijau nya saja memiliki makna sebagai kesejahteraan dan kesuburan. Namun jika diterjemahkan sebagai mawar hijau adalah suatu perdamaian dan ketenangan. Perumpamaan dalam kesejahteraan di kehidupan baru juga di simbolkan dari bunga yang bernuansa hijau ini.


Mawar HITAM [Black roses]
Mawar hitam termasuk bahagian dari macam2 bunga mawar. Warna hitam diidentitikan dengan rasa benci. Bunga mawar hitam memiliki erti sebagai rasa tidak nyaman pada seseorang. Mawar hitam sendiri merupakan hasil dari percubaan teknik genetik.


Mawar BIRU [Blue roses]
'BLUE roses also convey inner feelings of love at first sight, being enchanted by something or someone. The color blue is also traditionally associated with royal blood, and thus the blue rose can also denote regal majesty and splendor!' [Wikipedia].
... tetapi mawar BIRU juga sebagai simbol misteri atau sesuatu yang tak dicapai.

Bunga mawar BIRU sebenarnya tidak wujud secara semulajadi. Menurut Wikipedia 'Blue roses do not exist within nature, as they lack the gene which produces the blue pigment. Traditionally, white roses have been dyed blue and recently researchers have used genetic modification to create blue pigmented roses.'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...