Thursday, September 27, 2012

Hai-O BIOZONE Car Sterilizer


Sistem purifikasi udara BIOZONE Car Sterilizer ini menggunakan teknologi "Cold Plasma" yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon [O3]. Ozon dapat menyingkirkan bahan2 pencemar seperti VOC [volatile organic compounds] yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau2 lain. Setelah ozon [O3] menguraikan bahan-bahan pencemar, ia akan kembali menjadi oksigen [O2] menjadikan kereta anda segar. Ia ringan, mesra alam, selamat dan mudah digunakan.

Apakah itu OZON?! Adakah ia selamat?!
- Lapisan ozon merupakan satu lapisan yang berjarak kira-kira 20 - 30km dari bumi. Fungsi utamanya ialah menyerap sinaran ultra ungu serta melindungi manusia dan tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu kerana ozon mempunyai fungsi yang amat berkesan dalam membasmi bakteria, dan menghalang bakteria daripada membiak. Kuantiti ozon di dalam udara ialah kira-kira 0.01-0.04 ppm. US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang dibenarkan adalah 0.05 ppm di mana pembebasan ozon oleh BIOZONE Car Sterilizer adalah kurang daripada 0.03 ppm, maka ia adalah selamat untuk digunakan.

Berapa lamakah BIOZONE Car Sterilizer boleh bertahan?!
- BIOZONE Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun sekiranya ia digunakan setiap hari.

Bagaimanakah BIOZONE Car Sterilizer memperbaiki kualiti udara dalam kereta?!
- Ozon yang dihasilkan oleh BIOZONE Car Sterilizer dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Ozon [O3] menguraikan bahan-bahan pencemar menjadi oksigen [O2], menyediakan kereta anda bagaikan kesegaran dalam hutan.

Mengapakah kita perlu menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam kereta?!
- Kereta mempunyai ruang yang tertutup, maka VOC seperti formaldehid, benzena dan ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu dan kelembapan yang bersesuaian dengannya di mana ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Mereka yang berada dalam keadaan sebegini mudah berasa pening kepala, keletihan dan mual, malah dalam jangka masa yang panjang, mereka mudah menghidapi penyakit pernafasan seperti tonsilitis, bronkitis, pneumonia dan sebagainya. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, Staphylococcus aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta akan menghasilkan bau ganjil, debu dan kotoran turut mempengaruhi fungsi pendingin kereta, menyebabkan fungsi pendinginan dan pemanasan kurang berkesan. Oleh itu, BIOZONE Car Sterilizer diperlukan untuk membantu menyingkirkan kuman, meneutralisasikan gas-gas beracun dan menyingkirkan bau.


Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam rumah?!
- TIDAK! BIOZONE Car Sterilizer direka khas berdasarkan ruangan dan kelengkapan dalam kereta. Soket dan kuantiti pembebasan ozon bagi BIOZONE Car Sterilizer juga direka khas berdasarkan kelengkapan dan ruangan kereta. Voltan di rumah yang terlalu besar akan menyebabkan BIOZONE Car Sterilizer terbakar. Selain itu, kuantiti dan liputan pembebasan ozon adalah terhad, maka ia tidak dapat memberikan kesan yang lengkap di rumah.

KELEBIHAN PRODUK

- Menggunakan teknologi "Cold Plasma" Jepun yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon [O3].
- Membasmi kuman yang boleh menyebabkan masalah pernafasan dengan berkesan, mencegah bakteria dan jangkitan virus.
- Menguraikan VOC dalam kereta misalnya formaldehid, benzena, ammonia, menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain.
- Membersih dan menyegarkan udara dalam kereta.
- Ringan, mudah alih dan mudah digunakan.
- Selamat, mesra alam dan tidak memerlukan penyelenggaraan.

CARA PENGGUNAAN

- Masukkan BIOZONE Car Sterilizer ke dalam soket pemetik api rokok dan ia akan dihidupkan [dengan bulb yang menyala]. Pasangkan pendingin udara untuk penyegaran udara yang berkesan.

HARGA = RM175.00

Wednesday, September 26, 2012

Jalan2 'Jelajah' SINGAPORE!

Setelah berbulan merancang akhirnya impian menjadi kenyataan! 

So pada Cuti 'Malaysia Day'... 15 dan 16 September 2012 yg lalu Kelab CIDB Selangor telah me'realisasi'kan impian kami untuk 'Jalan2 Jelajah Singapore!' Jelajah la sangat! Hahaha...


- Di hadapan hotel penginapan... FRAGRANCE ROYAL Hotel.


- 'Soping' di Mustafa Centre.


- Garden by the Bay, Marina South


- Tk larat dh nk 'kokom' budak yg paling 'musyuk' tu! Hehehe...


- Bersama HB tersayang!





- Universal Studios Singapore.
Kalau org tanya aku best ke tk USS ni... jawapan aku adalah 'Memang BEST sangat!' Hehehe... 'Especially kepada mereka yg suka bergambar... sbb kt USS ni banyak tempat yg sangat menarik!'




- Welcome to FAR FAR AWAY! Jangan tk tau ini adalah istana Shrek... n aku paling suka gambar ni! Hehehe...




- Take 5 jap! Letih la sangat dari pkul 10.00am - 5.00pm berjalan kt dalam USS tu! Mmg puas ati!

Kalau korang nak pergi USS, better pergi weekdays. Kalau boleh elakkan peak hours macam Cuti Umum atau Cuti Sekolah sebab masa tu orang terlalu ramai. Nanti korang cuma akan habiskan masa dengan beratur je... lebih2 lagi kt TRANSFORMERS tu!
USS buka dr jam 9.00am - 7.00pm...

Apa pun Bye2 Singapore! Semoga bertemu di lain kali...

PROMOSI BB PLUS KOLAGEN

ADAKAH ANDA MULA MENGALAMI MASALAH KULIT KELIHATAN LEBIH TUA SEBELUM WAKTUNYA?!
Jika YA, ada berita gembira untuk anda semua!

Kini BB PLUS KOLAGEN telah pun berada di pasaran. BB PLUS KOLAGEN boleh membantu anda untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri! Ia juga dapat mengurangkan kedutan di wajah dan kulit wajah yg kusam! Menarik kan?! So untuk wajah yang sentiasa awet muda dapatkan BB PLUS KOLAGEN sekarang!


Special Promotion for Bbplus Kolagen is still available!

Buy 4 Boxes Bbplus Kolagen = FREE 1 BOX Bbplus Kolagen + Tumbler

GRAB THE PROMOTION NOW AND YOU WILL LOOK YOUNG AND PRETTY WITHOUT ANY WRINKLES ON YOUR BEAUTIFUL FACE!

WORLD’S BEST LUBRICANTS HAI-O JTX1000 MOTOR OIL


Satu2nya minyak yang tidak akan disarankan oleh 'Pomen' kerana enjin kereta sukar untuk rosak jadi kereta akan payah masuk workshop. Oleh tu 'Pomen' payah nak cari makan.
Teknologi Tribulogy dapat mengurangkan geseran diantara besi sehingga 99.999%.

FORMULA TRIBULOGY
TRIBULOGY adalah ilmu dan teknik 'interaksi relatives' dalam permukaan yang bergerak. Ini merangkumi kajian dan pelaksanaan prinsip2 geseran, pelupasan dan memakai.

TRIBULOGY memainkan peranan yg penting dalam industri insfratruktur... dalam operasi logam yang bergerak, geseran antara logam akan meningkatkan daya dalam pergerakan logam yg bersentuhan. Hal ini akan mengakibatkan kos yg meningkat dalam pengantian alat ganti dan pengunaan minyak petrol.dengan tercipta nya formula tribology satu lapisan pelincir ini tercipta sekaligus dapat mngurangkan pergeseran dan pengunaan daya tekanan dalam pergerakan enjin... dengan formula tribology ini, ia juga dapat membantu melindungi komponen enjin yg bergerak dalam keadaan ekstreme dan dapat mengurangkan kerosakan komponen enjin.


Berikut adalah pengesahan dan pensijilan dari beberapa pihak yang berkaitan dengan pengujian terhadap minyak enjin jtX1000 dan pengiktirafan terhadap produk ini:

API – American Petroleum Institute
SAE – Society of Automotive Engineers
ACEA – Association des Constructeurs Europeens d’Automobiles
CUMMINS
Global DHD-1
Volvo VDS-3

Superbrands
GMP
PDA 11241
ISO 9001


Melindungi enjin dan anti geseran.
- Operasi enjin yang lebih sunyi dan lancar.
- Mengurangkan kos penyelenggaran.
- Mengurangkan suhu semasa Perjalanan.
- Mengurangkan penggunaan bahan bakar.
- Meningkatkan kuasa enjin.
- Membekalkan pelinciran yang menahan tekanan.

Engine Oil JTX 1000 sangat terbukti pada kereta Honda, Proton, Perodua, Mercedes, BMW, Hyundai dan banyak lagi...

HARGA: 4 LITER = RM170.00

Tuesday, September 18, 2012

HAI-O MARKETING

Antara PERISTIWA PENTING
- 2007

Hai-O Maketing Sdn Bhd buat pertama kalinya mencatat rekod jualan sebanyak RM100 juta dalam tahun ini.

Giat dalam usaha penjenamaan Hai-O, termasuk mendirikan papan iklan di beberapa lebuh raya utama, melibatkan diri dalam program Jom Heboh TV3.


Penganugerahan Khas kepada Hai-O Marketing Sdn Bhd di atas "Sumbangan ke Arah Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera" oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. penghargaan Khas ini disampaikan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Anugerah "Best Under A Billion" kepada Hai-O Enterprise Bhd atas pencapaian "200 Syarikat Kecil dan Sederhana Asia yang Cemerlang" oleh Forbes Asia. Anugerah ini disampaikan oleh Christopher Forbes, Naib Pengerusi Forbes. Pencapaian ini diambil kira daripada bidang MLM yang mana Hai-O Marketing memberi sumbangan besar.

Perkenalan tagline "Hai-O My Choice For Life" yang membawa mesej bahawa Hai-O adalah pilihan yang tepat untuk kehidupan yang berjaya juga kesihatan yang terunggul.

- 2008


Penganugerahan khas di atas "Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2008" yang disampaikan oleh Y.B. Dato' Shahrir B Abdul Samad, Menteri Perdaganagan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna kepada Pengarah Urusan Hai-O Marketing, En. Ng Lip Yong.

Berjaya menghantar hampir 800 orang usahawan mengikuti Seminar Seberang Laut ke Korea. Ini mencatat rekod Hai-O yang menghantar rombongan terbesar ke luar Negara. Ia juga telah memecah rekod Korea yang menyambut paling ramai pengunjung Muslim ke negara mereka. Surat penghargaan telah dikeluarkan oleh Korea Tourism Organization [KTO] dan laporan diliputi oleh media-media tempatan.

Mengadakan insentif ke Paris yang memerlukan kos yang tinggi namun melebihi 600 orang usahawan berjaya melayakkan diri untuk menyertai lawatan sambil belajar ini.

Melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dengan menderma RM100,000 kepada empat rumah anak yatim di Lembah Klang.

- 2009

Hai-O Marketing Sdn Bhd melebarkan sayap dengan meluaskan pasaran ke Indonesia. Syarikat dengan namanya PT. Hai-O Indonesia ditubuhkan di Jakarta.

Pelaburan melebihi RM2 juta dalam program pengiklanan, termasuk 30 papan iklan di lebuh raya-lebuh raya utama, iklan di TV3 dan TV9, serta program khas Wanita Hari Ini dan Majalah Tiga. Konvensyen CDM diadakan di Berjaya Hills Bukit Tinggi dengan kehadiran 166 orang usahawan cemerlang Hai-O dan tetamu jemputan, Ketua Penolong Pengarah Unit Jualan Langsung dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Mengadakan 3 Diamond Night setahun memandangkan peningkatan bilangan usahawan berpangkat Diamond yang semakin ramai. Setiap majlis makan malam ini telah dipenuhi dengan hampir 5000 ribu usahawan.

Hai-O sekali lagi menunaikan hajat usahawannya, menghantar 426 orang usahawan mengerjakan Umrah di Makkah. TH Travel & Services Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk membawa mereka ke Tanah Suci dan cek sebanyak RM2.43 juta telah diserahkan untuk tujuan ini. Rombongan ini mencatat rekod Hai-O dan TH Travel yang membawa rombongan paling besar mengerjakan Umrah.


Mendapat pengiktirafan melalui Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 di bawah kategori Pembangunan Wanita dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Anugerah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak.

- 2010

Empat anugerah 'Best Under A Billion' selama empat tahun berturut-turut dari majalah Forbes Asia kepada Hai-O Enterprise bermula 2007. Hai-O ialah satu-satunya syarikat dari Malaysia yang telah mencipta rekod sebegini. Anugerah ini ialah pemilihan 200 syarikat kecil dan sederhana dari Asia yang berprestasi paling cemerlang. Anugerah disampaikan oleh Christopher Forbes, Naib Pengerusi Forbes.


Menerima Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2010/2011 dengan pengiktirafan tertinggi dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 9 Disember 2010.

Menganjurkan majlis Ulang Tahun ke 18 Hai-O Marketing dengan kehadiran kira-kira 10,000 pengedar! Majlis diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada Disember 2010 dan diberi tema 'Positif Progresif, Profesional'.

322 pengedar Hai-O Marketing telah dibawa melawat ke Switzerland sebagai insentif Seminar Seberang Laut pada Oktober 2010.

Mendapat pengiktirafan melalui Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 di bawah kategori Pembangunan Wanita dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Anugerah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak.

- 2011


Mandapat anugerah Bintang Syarikat Harapan daripada penerbitan Malaysia 1000 yang bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia [MATRADE] dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia [BERNAMA]

Membawa seramai 600 pengedar ke Hong Kong sebagai insentif Seminar Seberang Laut. Selain itu, insentif lain seperti Perth dan Jakarta juga diikuti oleh pengedar seramai 155 dan 103 orang.

Menganjurkan majlis Ulang Tahun ke 19 Hai-O Marketing dengan kehadiran kira-kira 6,000 pengedar. Seramai 33 orang Crown Diamond Manager [CDM] diiktiraf sebagai usahawan cemerlang. Majlis diadakan di MAEPS Serdang pada November 2011 dan diberi tema 'Strive for A Perfect Vision'.

Hai-O La Praise - VitaGlow Cleasing Water


Penanggal solekan yang bebas daripada sabun, mudah menanggalkan semua solekan dan kotoran pada kulit muka; menjadikan kulit muka anda lebih segar dan licin selepas digunakan.

Air tidak diperlukan. Sesuai untuk mereka yang sibuk dan perlu cuci muka dengan cepat pada lewat malam.

KANDUNGAN UTAMA

WAX JOJOBA - diekstrak daripada benih pokok Jojoba.

- Bertindak sebagai emolien kering
- Ejen anti-keradangan
- Kaya dengan pelbagai jenis nutrisi seperti vitamin E, kumpulan Vitamin B dan mineral

Ekstrak daun CAMELLIA SINENSIS [Pheno-SFETM]

- Epigallocatechin gallate [EGCG] dalam ekstrak daun Pu-erh, bertindak sebagai antioksidan membantu meneutralkan radikal bebas, dengan ini mengurangkan serangan radikal bebas terhadap kulit, yang merupakan faktor luaran penuaan kulit
- Sebagai ejen anti-keradangan; dengan ini mengurangkan keradangan pada kulit

Gunakan bersama Vitalift Serum Stem Cell. Produk halal dari Szwitzerland.

Friday, September 14, 2012

Fakta Tentang KUCING


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, di kala nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu 'mengeow' ketika mendengar azan, dan seolah2 suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, Nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan NERAKA...

Keindahan Pantai Tersembunyi Di Mexico


Pantai selalunya dikenali sebagai tempat riadah berpasir dan kawasannya adalah bebas terbuka. Namun, ianya berbeza di Pulau Marieta dimana pantainya adalah tersembunyi di dalam sebuah gua. Pulau ini terletak di luar perairan Puerto Vallarta, Mexico. Ianya menjadi tumpuan para pelancong bukan sahaja kerana keunikan pantainya, malah lautan yang mengelilingi pulau ini bebas pencemaran dan sesuai untuk aktiviti riadah. Sekaligus, pantai ini dikatakan antara tempat paling cantik di dunia.

HAI-O BBplus Kolagen


Pengedar di seluruh Malaysia diperlukan. Modal hanya serendah RM50.00 sahaja!

Hai-O BBplus Kolagen
BBplus dihasilkan daripada 5000mg kolagen ikan terhidrolisis untuk memberi penyerapan yang baik. Kofaktor seperti ekstrak biji anggur dan dan vitamin C ditambah untuk melindungi rantaian kolagen.
BBplus Kolagen mengandungi peptida kolagen yang sangat tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit lebih anjal, lembab, tegang dan gebu menawan.

Ramuan: Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, vitamin C, inulin, serbuk jus blackcurrant, serbuk jus roselle, serat epal, isomaltos, sukralos...

Thursday, September 13, 2012

SATE KEBAB

Pernah dengar SATE KEBAB tak?!
Jom try makan Sate Kebab kt ASRFAZ BIKERS CAFE!


Sate Kebab didatangkan dengan 3 perasa iaitu Pedas, Beriani dan Black Pepper. Setiap perasa dihasilkan dari daging ayam dan ramuan rempah istimewa yang memberikan rasa yang enak dan lazat.

Sate Kebab boleh disediakan secara bakar, rebus atau goreng dan dihidangkan dengan sos dan mayonis. Ia juga enak dimakan tanpa sos kerana hasil perapan rempah ratusnya mampu membangkitkan selera anda!
Anda boleh menikmati Sate Kebab di mana jua dan bila-bila masa. Sama ada anda sediakan sebagai makan malam di rumah, atau sebagai pilihan makanan semasa berkelah di pantai sehinggalah ke jamuan untuk tetamu di majlis keramaian. Sate Kebab sesuai untuk seisi keluarga.

PERASA PEDAS
- Diadun dari cili serta ramuan lain, sate kebab ini mampu membangkitkan selera anda yang menggemari makanan pedas. Jangan risau, sate ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya tidaklah terlalu pedas.

PERASA BERIANI
- Rasa dan aromanya yang unik dihasilkan dari rempah beriani berkualiti. Bagi peminat nasi beriani, kini anda boleh mencuba pula sate kebab ini yang lazat dan enak juga dimakan begitu sahaja. Siapa kata hanya nasi sahaja boleh buat beriani..kini sate juga ada perasa beriani. Rasailah kelainannya!

PERASA BLACKPEPPER
- Antara sate kebab yang paling digemari pelanggan. Sate kebab ini lebih menyelerakan apabila dimakan bersama sos cili, mayonis ataupun cicahan lain. Rugi jika anda tidak mencuba perasa black pepper. Pastikan anda dapatkannya!

Lokasi: A-G-08 KOMPLEKS SURIA KINRARA, PERSIARAN TAMAN KINRARA 3, 47100 PUCHONG, SELANGOR.

Waktu Operasi: 1.00PM - 8.00PM setiap hari [kecuali hari ISNIN].

ASRFAZ BIKERS CAFE


'ASRFAZ BIKERS CAFE' merupakan sebuah premis perniagaan yang menggabungkan kafe serba moden bersama dengan perniagaan aksesori motosikal. Ia agak unik dan boleh dianggap sebagai 'one stop centre' untuk penunggang motosikal yang mengidamkan perkhidmatan servis motosikal yang selesa dimana mereka boleh mengisi perut sementara menanti motosikal siap diservis.

'ASRFAZ BIKERS CAFE' juga sesuai untuk mereka yang ingin kelainan dalam pemakanan harian dimana menu utama kami ialah SATE KEBAB yang disajikan bersama kentang goreng panas dan sos lada hitam atau cendawan yang sungguh memikat. Kami juga menyajikan hidangan barat [western] seperti chicken grill dan lamb grill yang segar.

'ASRFAZ BIKERS CAFE' menjual pelbagai aksesori motosikal yang kebanyakannya diimport dari negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand dimana kualitinya boleh diyakini. Anda pasti kelihatan macho dan tampan apabila menggayakan jaket dan helmet yang dijual di premis kami.

Lokasi: A-G-08 KOMPLEKS SURIA KINRARA, PERSIARAN TAMAN KINRARA 3, 47100 PUCHONG, SELANGOR.

Waktu Operasi: 1.00PM - 8.00PM setiap hari [kecuali hari ISNIN].

... terletak berhampiran susur keluar KESAS dan kira-kira 5 minit perjalanan dari kawasan rehat dan rawat Awan Besar.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://asrfaz.blogspot.com

PREMIUM BEAUTIFUL Corset


PREMIUM BEAUTIFUL Corset...
Bukan untuk wanita gemuk... tetapi untuk semua wanita sama ada gemuk atau kurus.
Premium Beautiful... jawapan terbaik untuk mendapatkan bentuk dan kontur badan yang sempurna.
Juga sangat baik untuk rawatan sakit pinggang, sakit belakang, slip dics, rawatan dalam pantang... juga disyorkan untuk bakal pengantin baru.
Free fitting dengan bayaran ansuran serendah RM100 sebulan.
Peluang menjana pendapatan lumayan dan trip PERCUMA ke seluruh dunia.

Hai- O Nurich Mixed Vege-Fruit Chewable Tablet


Alternatif kepada Pengambilan Buah-buahan & Sayur-sayuran
Dengan adunan buah-buahan (acerola cherry dan citrus concentrate), ekstrak jus sayuran campuran dan kandungan inulin, Nurich Mixed Vege-Fruit Chewable Tablet membekalkan pelbagai phytonutrien untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan badan. Kebaikannya termasuk:
• Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus
• Membekalkan vitamin C, A, mangan dan mineral mikro yang lain
• Mengelakkan jangkitan penyakit
Tablet sayuran campuran dan buah-buahan menyediakan kaedah alternatif yang mudah dan cepat untuk menggalakkan sistem penghadaman yang sihat bagi golongan sibuk dan kanak-kanak yang kurang mengambil buah-buahan dan sayuran dalam diet seharian.

Cara Pengambilan:
2-3 tablet sehari.

Harga:
80 tablets x 0.50g = RM52.00

Hai-O Nurich Ginkgo Complex Capsule


Penggalak Sistem Peredaran Badan
Gabungan kebaikan ekstrak Ginkgo Biloba dan Red Yeast Rice memberi fungsi bersama untuk:
• Melancarkan sistem peredaran darah
• Mencergaskan tubuh

Amalan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan suplemen yang sesuai dapat melancarkan sistem peredaran darah untuk menjamin kesihatan badan.

Cara Pengambilan: 2 kapsul sehari.

Harga:
60 capsules x 0.40g = RM115.00

Hai-O NatureRich Spirulina dengan Pati Blackcurrant


Gabungan Pati Semulajadi & Pati Berkhasiat
Gabungan spirulina dan esktrak blackcurrant dalam pati jus buah-buahan saling melengkapi untuk memberi kebaikan berikut:
• Membekalkan protein, karbohidrat, bahan-bahan mineral (kalsium, kalium dan besi) dan klorofil
• Membekalkan vitamin A, B1, B2, B6 dan vitamin C
• Tidak mengandungi kolesterol, bahan pewarna, perisa dan pemanis tiruan

Blackcurrant:
• Mengandungi 4 kali ganda vitamin C berbanding oren
• Mengandungi polyphenol yang baik untuk saluran darah jantung
• Memperbaiki peredaran darah dalam saluran jantung

Membekalkan protein, karbohidrat, bahan-bahan mineral, vitamin dan klorofil. Tidak mengandungi kolesterol dan bahan pewarna.

Harga:
1 litre = RM31.00

Hai-O CELGYNIC


Diformulasi berasaskan Lesitin yang membentuk membran sel badan manusia dan herba tradisional Cina lain bernilai tinggi. Pengambilan berterusan dapat:
• Memperbaiki, memperbaharui dan menyusun semula membran sel organ badan untuk memudahkan penyerapan nutrien dan oksigen lalu menguatkan kesihatan serta tenaga sel badan
• Mengaktifkan sel-sel otak, sistem saraf, memperbaiki daya ingatan
• Mencegah keguguran rambut, awet muda dan menyerlahkan kejelitaan
• Merendahkan tahap kolesterol, tekanan darah dan melancarkan peredaran darah

Lesitin:
• Didapati dalam kuning telur dan kacang soya, mengandungi fosforus
• Komponen utama membran sel otak, saraf dan kulit badan manusia
• Membantu mencegah pengumpulan lemak dalam badan. Ia tidak mengandungi apa juga bahan racun dan boleh diambil oleh sesiapa saja.

Cara Pengambilan:
2 kali sehari selepas makan dan diambil pada waktu pagi dan waktu malam.
Setiap kali 2-4 biji.
Sebaiknya disimpan ditempat sejuk [peti sejuk].

Harga:
60 tablets x 0.30g = RM57.80
240 tablets x 0.30g = RM231.00

UMRAH PERCUMA... Bersama Akademi Taipan 181


... tak rugi apa2 pun, kita jumpa, kita share Marketing Plan! Klu suka... kita buat sama2! Klu tk suka... tgk jer! Setuju?! Jom jumpa!

Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu SEHINGGA kaum itu merubah nasibnya sendiri! Transformasi HIDUP LUAR BIASA menjadi lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan Insya Allah diberkati hanya akan berlaku bila kita BERTINDAK & BERIMPIAN di luar kebiasaan kita berbekalkan ilmu & strategi yang telah terbukti berjaya berserta doa, yakin & tawakkal!
Ingatan untuk diri sendiri & mereka yang perlukannya!

Hai-O Mineral Coffee


Dengan adunan bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semula jadi dari Korea, Kopi Mineral Hai-O dengan aroma istimewa merupakan sumber bagi magnesium yang menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.

Kopi Mineral Hai-O diformulasikan dengan Garam Buluh berorganik dari Korea yang semulajadi, diadun bersama serbuk kopi segera Robusta yang mengharumkan. Adunan istimewa kopi ini bukan sahaja mernenuhi kepuasan para peminat dengan aroma yang menyegarkan, malahan membekalkan pelbagai bahan mineral terutamanya Magnesium. MAGNESIUM merupakan sumber mineral untuk menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.

Keberkesanan
- Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
- Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
- Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
- Melegakan tekanan.

Kandungan
Krimer Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Minyak Sayur, Protein Susu, Fosfat, Pengemulsi, Bahan Anti Gumpal, Warna], Serbuk Kopi Segera Robusla, Maltodextrin, Garam Buluh, Serbuk Koko, Aspartame. Mengandungi Bahan Penstabil dan Bahan Perisa yang dibenarkan.

Cara Pengambilan
Bancuhkan sebungkus Hai-O Mineral Coffee dengan 150ml air panas, boleh diminum selepas dikacau dengan rata.

Harga:
20 sticks x 12.00g = RM33.00

Wednesday, September 12, 2012

AWET MUDA Dengan Hai-O BBplus Kolagen


'BBplus Collagen' diformulasikan untuk merangsang pengeluaran kolagen pada kulit bagi mengembalikan keremajaan dan kehalusan kulit secara menyeluruh. 'BBplus Kolagen' dihasilkan daripada 5,000mg kolagen ikan terhidrolisis utk memberikan penyerapan yg baik. Kofaktor seperti ekstrak biji anggur dan vitamin C ditambah utk melindungi rantaian kolagen. Pengambilan 'BBplus Kolagen' setiap hari dpt menyerlahkan keremajaan kulit & memberikan kesihatan yg menyeluruh.

Ramuan
Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, vitamin C, inulin, serbuk jus blackcurrant, serbuk jus roselle, serat epal, isomaltulos, sukralos...

Cara Pengambilan
Campurkan 1 paket 'BBplus Kolagen' dlm 150ml air... elakkan menggunakan air panas. Kacau & sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan atau sebelum tidur.

KENAPA BBplus KOLAGEN?!

Apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku.


Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapatkan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran.

BBplus Kolagen:
* Disahkan oleh Kementerian Kesihatah Malaysia sebagai produk makanan.
* Kandungan Kolagen yang tinggi dalam 'BBplus Kolagen' mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.
* All in one.
* Mudah dan murah.

Hai-O Garam Buluh [Bamboo Salt] Premier Drink


GARAM merupakan bahan yg diperlukan dalam kehidupan harian. Jadi memilih n mngambil garam yg terbaik adalah sgt penting!

Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea, dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk.
Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine [resin pine, minyak pine] dan buluh [200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan] bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.

KEBERKESANANNYA
- Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya [logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas].
- Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
- Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
- Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
- Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
- Meningkatkan daya pemulihan badan.

Sesuai untuk merawat alternative untuk penyakit:
- Sakit Jantung
- Strok
- Darah tinggi
- Kencing Manis
- Penyakit Kulit

CARA PENGAMBILAN
Bancuhkan sebungkus Hai-O Garam Buluh [Bamboo Salt] Premier Drink dengan 200ml air suam atau jus buah-buahan. Kacau dengan rata dan hidangkan.


HARGA
Garam Buluh Minum [Bambo Salt Premier Drink] - RM 158.00
Garam Buluh Masak [Bamboo Salt Premier Cooking Salt Powder] - RM 65.00

BENGKUNG?! PREMIUM BEAUTIFUL?!


Bengkung panjang sebegini?! Kini tk perlu lagi... hanya gantikan dengan bengkung PREMIUM BEAUTIFUL [bayaran ansuran serendah RM50.00 sebulan serta trip percuma ke London n Paris].
Sangat disyorkan untuk ibu2 baru yang baru lepas bersalin. Disarankan bersama herba Maharani, Garlic dan Celgynic.

PASSPORT AIRYL!


Passport Ayel yg 'Exclusive' la sangat! Hahaha...
Apa la Ayel ni... soh amik gambar nk buat passport pn nangesss...

Kawan Anda Adalah ANDA!


Apa yang anda baca serta dgn siapa anda berkawan adalah ANDA!

Tuesday, September 11, 2012

'BUSINESS CARD'... Etika Memberi dan Menerima

Kad nama sebagaimana berjabat tangan merupakan salah satu bentuk komunikasi yang mencerminkan siapa diri anda.

Kad nama yang cantik, kemas, berkualiti adalah penting. Namun anda juga perlu memberikan perhatian terhadap etika memberi dan menerima kad nama tersebut.

Ini memberikan kenyataan yang jelas mengenai siapa diri anda samada sebagai individu mahupun sebagai seorang usahawan.

Sebab-sebab Anda Memberikan Kad Nama Perniagaan
■ Supaya orang lain mengingati anda.
■ Supaya orang lain tahu perniagaan yang anda jalankan dan jawatan yang anda sandang.
■ Supaya mudah untuk orang lain berhubungan dengan anda pada masa hadapan.

Kenapa Bawa Kad Bisnes Di Majlis Sosial?
■ Kerana anda tidak tahu bila peluang untuk menjalinkan urusan perniagaan akan berlaku, maka selalulah bersedia.

ETIKA MEMBERI KAD NAMA

#1. Berhemah dan Bergaya

Kad nama anda mewakili diri anda. Hulurkan menggunakan kedua tangan sebagai tanda hormat kepada orang yang anda telah berkomunkasi, atau memperkenalkan diri.

Kesilapan yang banyak berlaku ialah ramai diantara usahawan yang memberikan kad nama mereka kepada sesiapa sahaja termasuk yang tidak dikenali. Kad nama anda bukan flyers.

Jika anda memberikan kad nama anda kepada sesiapa sahaja, anda dilihat seperti cuba menjual kepada seramai orang yang mungkin, dan bukannya untuk menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih kukuh dan berpanjangan di masa hadapan.

#2. Hulur Kad Tepat Pada Masa

Jangan memberikan kad anda terlalu awal.

Contohnya di awal pertemuan atau perbualan. Anda mungkin dilihat seperti terdesak atau mendesak. Ini tidak elok untuk imej anda sebagai usahawan.

Pelanggan suka kepada mereka yang yakin pada diri dan perniagaan yang anda wakili.

Selain itu, elakkan daripada memberikan kad nama anda ketika orang lain sedang sibuk menjamu selera. Ini kerana pada ketika ini biasanya mereka sibuk memegang pinggan atau minuman.

Ini menyukarkan si penerima kerana mereka mungkin perlu membersihkan tangan, meletak minuman atau pinggan dan sebagainya.

Pilih waktu dimana mereka agak santai dan selesa.

#3. Pastikan Kad Anda Di dalam Keadaan Elok

Sebelum anda memberikan kad nama anda, pastikan ianya di dalam keadaan yang elok, dan yang paling utama ianya tertera nama anda dan bukan milik orang lain.

Selalu asingkan kad nama anda di ruang yang berlainan dengan kad nama yang bakal anda terima bagi mengelakkan anda memberi kad yang salah.

ETIKA MENERIMA KAD NAMA

Apabila anda menerima kad nama, pegang dan baca seketika apa yang tertera di kad tersebut.

Anda mungkin boleh menyebut nama si pemberi untuk memastikan sebutan yang betul, bertanyakan jawatan atau tugas beliau.

Ini bukan sahaja mencerminkan anda menghormati si pemberi, tetapi mencerminkan kesungguhan anda untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut lagi.

Tindakan anda mungkin berakhir dengan menjadi pilihan utama untuk mendapat kontrak bernilai jutaan ringgit.

Elakkan sama sekali menyimpan kad nama si pemberi di dalam kocek seluar, baju atau diselitkan di dalam buku, suratkhabar dan sebagainya. Ini mencerminkan anda tidak begitu menghargai pemberian dan tidak berminat dengan si pemberi.

Bagi sesetengah budaya seperti masyarakat Jepun, menyimpan kad nama yang diberi di tempat sebarangan mencerminkan tanda tidak menghormati mereka. Ini kerana kad nama ibarat pengganti diri si pemberinya.

Maka berikan perhatian di mana anda menyimpannya dengan elok dan hormat. Jika anda berurusan untuk mendapatkan kontrak dengan mereka, anda mungkin telah berjaya separuh jalan untuk menawan hati mereka.

Apa yang dibentangkan di atas adalah sebagai panduan bagi memudahkan kita berurusan dengan orang lain.

Sekiranya anda membuat kesilapan atau menyinggung perasaan si pemberi, permohonan maaf yang datang daripada hati yang ikhlas akan melenyapkan ketidak sempurnaan yang dilakukan. Yang paling utama adalah menghormati orang lain sebagaimana anda ingin dihormati.

JUST DO IT!


Majoriti mereka yang memulakan usaha luar daripada kebiasaan akan diperkecilkan usaha mereka. Dikutuk, dikeji, dipandang rendah, dicaci, dipandang 'suku mata' atau dituduh gila, khurafat dan macam2 lagi!

Bukankah itu yang berlaku kepada Rasulullah S.A.W?!
... yg berlaku kepada Wright Brothers yang cuba membuatkan manusia boleh 'terbang'!
... yg berlaku kepada Thomas Edison bila mereka cipta lampu!
... yg berlaku kepada Henry Ford yang cuba mencipta kereta.
... yg berlaku kepada Tan Sir Tony Fernandes bila mahu membina AirAsia?!
... Tun Dr Mahathir bila dia mahu membuat kereta buatan Malaysia dan pelbagai lagi benda baru adalah biasanya sukar diterima oleh akal yang 'biasa-biasa'.

Apa yang kita boleh buat adalah, jangan buang masa melayan mereka tetapi lakukanlah apa yang anda percaya dengan penuh yakin, doa, usaha luar biasa dan bermatlamat!
Insya Allah anda akan mencapai impian anda!
- Doktor Azizan Osman.

Monday, September 10, 2012

3 TIPS DEKORASI PEJABAT BARU

Sudah memperolehi kunci untuk pejabat baru anda, tetapi tertanya2 konsep dekorasi yang sesuai dengan imej perniagaan yang dijalankan?!


Baki modal cukup2 makan sahaja. Di sini, saya kongsikan tiga tip dekorasi yang boleh dimulakan dahulu.
1. Dinding adalah kanvas
2. Perabot terpakai masih boleh dipakai
3. Tiru seperti galeri perabot

#1. Dinding Adalah Kanvas

Tiada apa yang lebih mudah untuk mengubah dinding putih yang membosankan kepada warna-warna yang ceria dan menarik untuk pejabat anda.

Memilih warna yang sesuai memang memeningkan kepala tetapi tidak apabila mengikuti dua pilihan ini:
1.Pilih warna daripada warna jenama, warna logo, warna syarikat anda. Contoh: warna korporat Celcom warna biru... lihat logo dan pejabat mereka.
2.Pilih berdasarkan 'feel' warna tersebut. Boleh layari artikel tentang warna dan efeknya.

Ingin dinding pejabat lebih menarik dan lebih kreatif?! Hasilkan mural berdasarkan bentuk logo atau nama syarikat, lanskap atau lukisan abstrak [jangan terlalu abstrak, nanti bertambah pening kita melihatnya].

#2. Perabot Terpakai Masih Boleh Dipakai


Bagi mereka yang mempunyai modal lebih, pejabat mereka dapat dihiasi dengan perabot-perabot baru. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai bajet yang ketat, perabot terpakai adalah pilihan yang terbaik.

Ada satu cerita yang menarik terdapat dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri. Pengarangnya Ainon Mohd mengkongsikan salah satu cara mencipta gambaran kita adalah orang bisnes yang berjaya adalah berdasarkan perabot pejabat. Beliau menyatakan, "Membuat pembelian perabot baru menandakan kita baru sahaja membuka pejabat dan belum lama dalam bisnes. Perabot lama memberikan imej kita seperti sudah bertahun-tahun membuka perniagaan."

Perabot lama atau terpakai boleh dibeli di kedai perabot terpakai [junk shop]. Untuk maklumat, kedai perabot terpakai juga menyediakan perkhidmatan membaik pulih perabot dan membaiki upholsteri dengan fabrik dan isian baru.

#3. Tiru Seperti Galeri Perabot

Apa persamaan tipikal setiap pejabat yang pernah anda lawati dan perhatikan? Perabot yang ada semuanya sama. Sofa jenis sama, kerusi kerja warna sama, ruang kerja dan ruang makan meja sama.

Kerana dengan pembelian perabot secara pukal, kosnya murah. Itu kalau ruang pejabat kita besar dan ada lebih seratus orang pekerja.

Bagi pejabat kecil gunakan cara seperti galeri perabot. Bermaksud, pejabat kita mempunyai pelbagai jenis rupa perabot. Contoh, ruang menunggu dipelbagaikan kerusinya. Kerusi kerja dibezakan warnanya seperti konsep mix and match.

Tiga tip yang saya kongsikan, formulanya sama seperti 'gunakan apa yang ada di tangan'. Setelah mendapat untung, untung dan untung. Bolehlah naik taraf perabot dan alatan pejabat atau mengambil pereka profesional untuk membantu mencantikkan pejabat anda.

Kenapa MALU Untuk BERNIAGA?!

Sememangnya ramai lagi masyarakat Malaysia masih malu untuk mulakan perniagaan. Ada juga di antara mereka malu untuk berjumpa dengan pelanggan serta malu untuk komersialkan dan promosikan produk atau servis mereka.


Mereka malu sekiranya produk mereka gagal dipasarkan serta malu ditertawakan oleh rakan2. Daripada hal ini, ramai juga yang tersalah anggap bahawa perasaan malu tersebut boleh kita atasi dengan menjalankan perniagaan dari rumah [perniagaan internet]. Ternyata pandangan mereka sememangnya SALAH!

USAHAWAN TAK BOLEH MALU!

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, sebenarnya kita tak boleh lari daripada pelanggan. Kadang2 pelanggan lebih suka sekiranya kita berjumpa dengan mereka, lagipun ia juga boleh menambah kepercayaan terhadap kita.

Ternyata, dalam mana2 perniagaan, kita selaku usahawan memang tak boleh lari daripada perasaan malu. Memanglah perasaan malu ada baiknya, tapi adakalanya sekiranya malu tak bertempat, ia akan menghalang proses bisnes kita.

Tangani Perasaan Malu Anda

Jika timbul perasaan malu untuk berniaga, fikirkan sejenak tentang 3 perkara di bawah ini :

1. Perniagaan Digalakkan Oleh Islam.

Menjalankan perniagaan merupakan kegiatan yang mulia dan baik disisi Islam. Malahan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda.

"9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga!" – [HR Tarmizi]

2. Perniagaan Sunnah Rasulullah S.A.W

Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakah salah satu karier dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Rasulullah S.A.W telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di seluruh pelusuk Tanah Arab.

Dari situ, Rasulullah belajar selok belok perniagaan sehingga baginda mendapat kepercayaan dari umat Islam. Justeru itu, kenapa kita perlu malu melakukan sunnah Rasulullah?

3. Perniagaan Boleh Menguasai Ekonomi Negara

Seperti yang sedia maklum, 10 orang terkaya di dunia kebanyakannya menjalankan perniagaan. Sebagai contohnya, Robert Kuok yang terkenal dengan Raja Gula serta Ananda Krishnan juga mempunyai empayar perniagaan besar seperti Maxis dan Astro.

Dengan kekayaan, mereka juga dapat menyalurkan sumbangan kepada golongan sederhana dan miskin di negara ini. Tidakkah itu satu perbuatan yang mulia?

Jadi, tiada sebab untuk kita malu untuk berniaga. Tanya diri sendiri sekali lagi, kenapa perlu malu untuk berniaga?!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...