Tuesday, October 2, 2012

BERFIKIRAN POSITIF DAN OPTIMIS RESEPI KEJAYAAN!


Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?!

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita.

Bijak pandai pernah berkata, 'Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak ia terpulang pada diri kita sendiri.'

Sebenarnya hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

SAYANGI DIRI

Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya. Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan tetapi lebih dari itu.

Kisah GURU dan MURID

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, 'Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?!'

Dan para murid menjawab, 'Ya! Kami sayang diri kami!'

Ujar guru itu, 'Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?!'

'Belajar sungguh-sungguh!'

'Jaga hati!'

'Pakai topi keledar!'

Maka kata si guru,

'Benar.. tetapi ia lebih dari itu! Terimalah diri kamu.. tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu.. ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu.. galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu.. jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima!'

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima.. tetapi pada esok hari kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

Kenapa?!

Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...