Tuesday, October 23, 2012

Amalan SUNAT Menjelang AIDIL ADHA


Kedatangan 10 Zulhijjah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda, 'Tidak ada hari2 yang lebih disukai oleh Allah S.W.T di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.' [Hadis riwayat Abu Hurairah].

Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijjah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah pergandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah S.W.T dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.

Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban [Hari Raya Aidiladha] adalah:

SEBELUM 10 ZULHIJAH

• Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
• Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
• Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

PAGI 10 ZULHIJAH

• Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
• Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
• Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
• Memohon keampunan dan bermaaf2an sesama ahli keluarga.
• Sunat menjamah makan dan minum selepas selesai solat Aidiladha.
• Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
• Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
• Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah [Takbir Muqayyad].
• Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
• Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
• Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
• Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

'Aku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...