Thursday, September 13, 2012

ASRFAZ BIKERS CAFE


'ASRFAZ BIKERS CAFE' merupakan sebuah premis perniagaan yang menggabungkan kafe serba moden bersama dengan perniagaan aksesori motosikal. Ia agak unik dan boleh dianggap sebagai 'one stop centre' untuk penunggang motosikal yang mengidamkan perkhidmatan servis motosikal yang selesa dimana mereka boleh mengisi perut sementara menanti motosikal siap diservis.

'ASRFAZ BIKERS CAFE' juga sesuai untuk mereka yang ingin kelainan dalam pemakanan harian dimana menu utama kami ialah SATE KEBAB yang disajikan bersama kentang goreng panas dan sos lada hitam atau cendawan yang sungguh memikat. Kami juga menyajikan hidangan barat [western] seperti chicken grill dan lamb grill yang segar.

'ASRFAZ BIKERS CAFE' menjual pelbagai aksesori motosikal yang kebanyakannya diimport dari negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand dimana kualitinya boleh diyakini. Anda pasti kelihatan macho dan tampan apabila menggayakan jaket dan helmet yang dijual di premis kami.

Lokasi: A-G-08 KOMPLEKS SURIA KINRARA, PERSIARAN TAMAN KINRARA 3, 47100 PUCHONG, SELANGOR.

Waktu Operasi: 1.00PM - 8.00PM setiap hari [kecuali hari ISNIN].

... terletak berhampiran susur keluar KESAS dan kira-kira 5 minit perjalanan dari kawasan rehat dan rawat Awan Besar.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://asrfaz.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...