Thursday, July 28, 2011

Premium Beautiful Short Brassiere...

 
 
 
 
 
 
NEW PRODUCT! HOT PRODUCT!
Premium Beautiful Short Brassiere...
Dengan setiap pembelian 1 helai Premium Beautiful Short Brassiere, anda layak mendapatkan 39 mata insentif melancong!
Hanya RM399.00 utk normal size n RM439.00 utk extra size...

Wednesday, July 13, 2011

Holland, Belgium atau Umrah!

Come join us untuk trip melancong PERCUMA ke Holland, Belgium atau Umrah!

Trip melancong datang lagi.
Semuanya percuma... FOC... '0' Cost...
Holland, Belgium atau Umrah.
Dari Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober.
5 bulan saja.
Setiap orang mesti fight dua tiket.
Jika bujang, Holland & Belgium pergi dan satu tiket ke Umrah.
Jika dah kawin bawa pasangan kita sama2 ke Holland & Belgium atau Umrah

Tak susah nak dapat dua tiket
Yang penting kita usaha
Yang penting kita sendiri mahu fight
Jangan kata susah
Jangan kata payah
Jangan terus mengaku kalah sebelum mencuba
Tak cuba mana tahu
Jika orang lain boleh kenapa tidak kita?!

Premium Beautiful



Wednesday, July 6, 2011

PELANGI SELEPAS HUJAN!

 

Seringkali hati kecil mengadu sakit.. seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa.. kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan.. kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan.. di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

PERNAHKAN SEKALI KITA MEMAHAMI ALAM?!

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan..
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang..
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan..
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam..
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang..
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa..
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu..

Jawabnya SENANG..

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran.

Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah..

AIRMATA TIDAK SELAMANYA ABADI..

  
Senyum.. Bahagia.. Tenang..

Ke mana perginya hari-hari gelap itu?! Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik2 hitam itu sudah berlalu. Pasti! Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali..

Namun tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba2Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan.. disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak! Aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia.. ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu. Malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya! Seekor beluncas yang dibenci.. dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar.. bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik sebuah cerita saintifik. Pernah terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya rama-rama ini mencuba, mencuba dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya. 

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya. Namun tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak! Ia tidak mati. Ia masih hidup.. ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang.. tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?!

Ternyata segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang. Hakikatnya apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Kitaran hidup ini perlu didalami.. jatuh bangunnya.. turun naiknya.. takdir dan karma. Tentu kata2 ini sering kita dengar di mana-mana, "Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya!".

Ini bukan kata2 kosong yang palsu. Bukan!.. tetapi jangan pula tanyakan padaku bila dan bagaimana?!.. tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi.. kering suatu masa nanti. Percayalah! Keajaiban itu pasti ada!


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku..

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu!

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab [Luh Mahfuzh] sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. [Kami jelaskan yang demikian itu] supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
[Surah Al-Hadid: 22-23]

Maka sudahlah.. jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...